ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label Raga Misteri. Show all posts
Showing posts with label Raga Misteri. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

Dari Hasil 'RAGA MISTERI' Sayur Goreng Campur Segar


Assalammualaikum... :)

Selamat Hari Deepavali khas buat semua teman-teman blogger yang meraikannya.. :)

ada buat muruku tak?? i suka yang putar tajam2 tu... sedap betul kalau terkunyah bijan hitam ;)



sekarang ni musim hujan.. tanaman i kat tepi dan belakang rumah tu tengah syiok membuahkan hasilnya.. maka dengan itu.. muncullah 'RAGA MISTERI' yang ku jinjit kat celah-celah kebun mini i tu..

berbekalkan sebuah 'RAGA MISTERI' dan gunting...

maka adalah hasilnya memenuhi 'RAGA MISTERI' i tu :D


i update blogs i ni tepat jam 1:17 am..
jadi inilah hasil petikan pagi semalam bersamaan 13hb November 2012 :D

apa yang ku masakkan dari hasil 'RAGA MISTERI' i tu??

;)

Sayur Goreng Campur Segar!


BAHAN-BAHANNYA :

**hasil petikan yang i petik**

kacang bendir *potong serong
kacang panjang *potong 2 inci

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *i love garlics :D
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering
garam dan minyak
sedikit minyak bijan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan kesemua *BAHAN-BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan kacang panjang dan kacang bendir.
Sesuaikan rasa, renjiskan sedikit minyak bijan.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAAA!!!

Sayur Goreng Campur Segar!



SEGAR! RANGUP! MANIS!

simple made easy yet deli! ;)


makan dengan nasi panas-panas!

terangkat! i tell u olls :D







sekian...
jumpa nanti ya...
selamat bercuti bersama keluarga..
jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


Saturday, November 10, 2012

Raga Misteri Dan Hasilnya....(Hasil Dari Kebun Mini)


Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua.. :D

N3 yang sepatutnya masuk pagi...
 tetapi petang baru di masukkan... :D

maklumlah sibuk.. anak-anak dah mula cuti sekolah.. semua berkumpul di rumah.. riuh sikit rumah ni... kalau tak sepi je... seronok betul! :D

Okay... nampak tak raga yang penuh tu?

Yaa.. tu ler raga misteri i :))

hasil petikan dari kebun mini i tu... :)

**Dan selepas ini akan menyusul pelbagai lagi N3 Raga Misteri dan i dah siapkan Folder khas.. di bawah lebel... 'RAGA MISTERI' cecewahh.. hasil dari kebun mini i tu.. ;)**




Raga misteri yang kosong..

hanya ada gunting...;))


Dan hasilnya.... Raga Misteri dah penuh sesak dengan memacam bahan semua petik tepi rumah..

petik apa yang ada.. pastu baru fikir apa yang nak di bagaikan...

wah! dah macam gelanggang masterchef pulak.. peti saji misteri! :D

okay jom! tengok apa yang ada dalam Raga Misteri i tewww ;)


Musim hujan sekarang ni...

so pokok selasih i yang ada lebih 7 rumpun bukan main segar dan rimbun... petik banyak-banyak... nak masak apa??
tu nanti ekkk.... ;)


Tu.. dia terung panjang pendek! aww...
terung pun lebat berbuah..


kacang panjang... ohh.. kali ni i petik yang agak muda..
goreng sedap ni!


daun kunyit.. kalau nak berniaga pasar malam pun boleh..
dah sekebun merebak... amik daun je.. isi kunyit minggu lepas dah amik.. ;)


Opps!! nampak tak serangga yang molek je posing celah bunga rose i tu??

hadoii sekarang ni... semua pokok2 bunga rose i habis di makan serangga...

dan sempat pagi tadi spray kan dengan racun serangga.. :(



Bunga pun tak molek.. daun lagilah habis berlubang...
i petik adalah dalam 6-7 tangkai.. ;)


Pucuk daun bayam gajah.. 
petik sikit je.. semalam baru makan.. jemu ler pulak.. ;)


Cili hijau.. pun banyak berbuah...


Kacang bendir... terkonteng-konteng!!
hasil buah yang pertama dari lebih 40 pokok yang Pak Habibi tanam... nanti i buat N3 khas untuk pokok kacang bendir i tu yaa..
lepas ni manjang resipi bendir je ler.. fav i ni taw! aww ;))

DAN HAsilnya.............


Tu dia.. hasil masakan dari Raga Misteri i tu... ;)

SAYUR GORENG CAMPUR...


Kacang panjang, terung, bayam gajah....
Tumiskan dengan bawang merah, bawang putih, hirisan daging, cracked black pepper dan sedikit garam..
goreng dan hidangkan...

segar dan enak i tell you olls.... :D


GULAI DAGING SELASIH


Slurppppp........ ahhh....


Nampak tak kacang bendir yang ada satu terkonteng-konteng celah gulai tu? :))


Sambal Belacan Cili Hijau.... ;)


Jambangan Bunga rose dari Roses Garden yang i petik tadi tu...

ada bunga reben ku ikatkan celah balang tu..

wahh... baru beli ke?? << Pak Habibi i tanya! muahahahhaaa ;))


Sekian sahaja... Untuk Resipi Gulai Daging Selasih... bakal menyusul...

Insya~ALLAH selepas i uruskan kerja i yang bertimbun-timbun depan mata ni hah! :D

sekian dulu.. selamat bersantai hujung minggu..

selamat bermesra dan berkumpul dengan keluarga di rumah.. :)

Assalammualaikum...

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ