ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label DESSERT WESTERN STYLE. Show all posts
Showing posts with label DESSERT WESTERN STYLE. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Scones... Musim Hujan.. Teringat Nostalgia Di Cameron Highlands 2010




Assalammualaikum...

Would you like a cup of tea?

Scones anyone? :D


Hujan lebat sangat di kampung i...

bila hujan.. i ni jenis yang mulalah teringat kat kenangan manis suatu masa dulu..

Termenung celah tingkap memerhatikan hujan lebat...

Bestnya... kalau dapat makan scones dan secawan teh o panas...

SlurrpPPpp... ahhh... ya giteeww... MODE :: berangan tak sudah! :))


December 2010... kali terakhir i jejakkan kaki ke Cameron Highlands.. salah satu tempat percutian wajib tiap tahun i sekeluarga... tahun 2011 tak ke sana sebab i sibuk bertarung di gelanggang Masterchef :D

2012???

Insya~ALLAH.. masih dalam perancangan..
sekarang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan undangan :D


menikmati scones, waffles, pan cake.. cheese cake... di Cameron...

hadoii.. seronok betul time tu... :)


Ada banyak kenangan manis cuti bersama keluarga..di Cameron Highlands :D


dan nostalgia 2010 kembali petang tadi...
17 Oktober 2012...

berangan menikmati teh o Cameron Bharat di kedinginan hujan petang...

padahal cuma celah tingkap tu je minum teh o... :))

kabus memang tak de.. sejuk memang ada :D *hujan lebat*


angan-angan ingin menikmati scones akhirnya menjadi kenyataan petang tadi...

kuatkan semangat.. dari tertidur dalam bilik opis i tu..

baik turun ke dapur...:D

bukannya susah benor.. tak sampai 35 minit siap!

Scones


resipi paling mudah dan simple.. rasa enak dan meleTOP!
tak caya meh! cuba.. ekk.. ;)

Nak buat scones ni mudah sangat.. 
sangat ringkas, simple dan enak di makan..
sesuai di hidangkan waktu sarapan pagi dan minum petang..
makan ketika panas-panas memang terbaik!
teh o jangan lupa tau :D

jem strawberry wajib ada..
mentega terbaik dari ladang juga jangan di abaikan.. ;)


i guna sukatan seperti di atas..
mudah dan lebih tepat.. ada jual di kedai menjual bahan-bahan dan peralatan membuat kek dan biskut..
tepung jangan lupa ayak untuk mendapatkan hasil yang gebu dan halus..
jangan di uli...
mentega haruslah beku dan bukan suhu bilik *lembik*


BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu besar baking powder + 1 sudu teh garam **AYAK BERSAMA**
100 gm mentega *beku dan potong dadu
3 sudu besar gula castor
150 ml susu segar

CARA :

Campurkan mentega dan *BAHAN AYAK* dan dengan menggunakan hujung jari gaul rata sehingga menjadi serbuk.
Masukkan gula castor dan gaul rata.
Lubangkan di tengahnya dan tuangkan susu segar, sedikit demi sedikit sambil mengacau dengan sudu.
Setelah sebati. **JANGAN DI ULI, SEKADAR MENJADIKAN IA SEBUKU DOH* dahh... :D
Leperkan adunan dengan menggunakan jari setebal 2 cm tebal.

**DOH ini memang agak lembik**



terap seperti gambar di atas.


sapukan dengan sedikit susu cair di atasnya...
dapat lebih kurang 9 ketul :D

Panaskan ketuhar dengan suhu 180'C selama 10 minit.
Masukkan adunan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SCONES


Jika anda sukakan scones yang lebih keperangan.. tambahkan lagi 5 minit..
i dah tak sabar.. lapo! sebab hujan... :))

TARRAA!!!

SCONES



Smells so GOoooOOooooooDDdddddddd :D


jangan lupa jem strawberry dan mentega tau..
atau apa-apa sahaja jem yang anda suka... sesuka hati you all lah yaa... giteewww... :D


YummEhhhHHhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh


hidangan yang cukup mengenyangkan!

lepas makan terus senyum sampai ketelinge..


Bila terkenang nostalgia.. lalu.. kekadang tu bagus jugak..

ada jugak idea nak makan apa di kala musim hujan cam ni kan kan... :D


sekian jumpa nanti yaa... ;)

Sorrylah yaa.. N3 petang keluar malam.. :))


Jumpa nanti...

Assalammualaikum..

TATA!!



Tuesday, October 16, 2012

Strawberry Fritters


Assalammualaikum... :)

Selamat petang semua :D

Dah ada idea nak buat apa untuk petang jap lagi ni?

i awal-awal dah minum petang.. sebab makan tengahari awal.. ;)


hujan renyai di kampung i...

mendung aje langit tu... mata i pun dah separa kuyu ala-ala Garfield ;))


terbayang-bayang strawberry celop cekelat!

tengah hujan renyai.. mata tu pulak kuyuUUuuu....

perghhhhhhhhhh... kecur je... :))


buat jejemput best ni!

cakap dalam hati...

tengah termenung celah tingkap dapur i tu....


tu dia... buah strawberry i celah pokok limau kasturi tu ada yang dah masak..

hari tu petik, simpan dalam peti sejuk...

gatal je tangan :))


nampak tak celah tingkap dapur i tu?

bila memasak mata i tu dok ler memandang kebun mini i tepi dapur tu... masa tu ler dapat memacam idea nak masak apa..

cuma sungai dan laut je tak de tepi dapur i tu.. kalau tidak bila  nak masak aje...
turun dulu menjala! muahahaaa :))

so dapat ler idea tadi tu...

Strawberry Fritters


BAHAN-BAHANNYA :

1 1/2 cawan tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder = Ayak
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
5-6 biji strawberry *potong dadu
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

*gula aising untuk taburan di atasnya*

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan dan jadikan batter separa pekat.
Ketepikan 10 minit.


Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
Angkat dan toskan di atas kertas minyak.
Taburkan dengan sedikit gula asing di atasnya!
sedia di hidangkan!!

TARRAA!!!!

Strawberry Fritters


yUMMEHhhHHHHHHHHHHHHHHHHHH :D


renjiskan dengan gula aising dan jangan lupa coklat sos...

waduhhhhhhhhhhhhhhh


baunya masa ni................................
peh! :D


celup! celup! ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... :))


yaa..... celup giteew..... pastu masukkan ke dalam mulut...

mata tu pejamkan sambil mengunyah...

wahhh!!!



Ladang ler sangat! :D


sedap! tak caya.. cecuba.. cecuba... yaa... ;)


Sekian jumpa lagi...

Jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!!


Wednesday, May 23, 2012

Spoon Licking Good Tiramisu.. i Tell YouU!


Assalammualaikum.. dan selamat sejahtera buat semua teman-teman yang masih sudi singgah di dapur ku ini.. :)

Wahh! hari ni memang terlewat masukkan N3 yerk... sebab sibuk benor i hari ni.. banyak urusan yang perlu di bereskan sebelum cuti sekolah bermula. Anak cuti sekolah emaknya ni semakin banyaklah tugas nak di buat.. ;)


Kebetulan semua balik lewat hari ni, so kesempatan yang ada tu.. wahh membancuhlah dessert yang memang ler mewahnya yaa hamfunnn :) Siapa yang tak kenal dengan Tiramisu kan kan.. semua dah pernah merasa dan dah ramai pun yang mencuba membuatnya.

Ingat lagi masa di gelanggang MasterChef masa tu peserta masih lagi 40 orang.. dan ramai yang tersingkir masa tu.. dan challenge yang terakhir bagi pemilihan ke TOP 24 masa tu.. hah! inilah challenge nya.. Tiramisu.. resipi dari Chef Ridz anak Dato Chef Wan tu kan.. ingat lagi tak?? masa tu i dah berjaya untuk turut serta ke peringkat TOP 24 so adalah tinggal beberapa orang peserta yang terpaksa bertarung untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.


Kelam kabut masa tu memasing nak membuat Tiramisu. Dan akhirnya ramailah juga yang gagal melayakkan ke TOP 24. Selepas aje habis shooting tu.. kami reramai cuba merasa tiap Tiramisu kengkawan tu.. wahh! memacam rasa ada ngko! :)) :)) Muak jangan cerita.. dekat 3 bulan tak nak tengok lagi dah Tiramisu tu jemu jelak! :)) Kenangan manis.. hmm memang tak boleh lupa masa tu..


Tiramisu berasal dari Italy... telah wujud sejak abad ke 20 lagi You! hah! tu dia... berapa punya antik kan kan.. :) tetapi popular sejak tahun 1993... hah gitewww.. dari sumber beberapa buku resipi yang i baca yaa... tahu apa maksud TIRAMISU??? maksudnya ialah... 'PULL ME UP!' ATAU 'PICK ME UP!'
hah! giteewww... :)) :)) mau taknya.. ter UP! ter PICK! PICK i tadi you masa nak menyenduk cik TIRAMISU i yang lazat tu.. :)) :))


tahu kan ni apa?? :)) selagi seten emas tu tak habis lagi.. hah! jawab.. manjang kubagaikan ekk.. :)) ehh jangan memain masa i melapis TIRAMISU i tadi tu.. lepas ku potong dan suapkan ke dalam mulut i ni perghh... << kisah bersambung ;)


i guna mangkuk gelas berkaki ni yaa... besar tau tu.. lupa pulak nak ku ukur... :)


i nak rasa TIRAMISU yang asli.. ala-ala classic giteww.. so i guna espresso i yang tinggal sikit tu... banyak ku bubuh.. biar terasa espressonya :) dan i juga gunakan mascarpone cheese.. wahhh! dapat bayangkan macam mana rasanya kan... selembut sutera dan sedap tidak terkata... ;) Sponge finger Savoiardi pun i guna jugak, selang selikan dengan biskut marie oil dari ten emas i tu :)) yaa giteww.. dah jom! meh kita membikin CIK TIRAMISU!! << sambil tepuk tangan... yaa giteww.. okay dah! :))

SPOON LICKING GOOD TIRAMISU


BAHAN-BAHANNYA :

4 sudu besar espresso + 2 sudu besar gula + 500 ml air = campurkan dan larutkan gula sehingga sebati bersama espresso dan ketepikan.

450 gm mascarpone cheese

20 keping sponge finger Savoiardi

18 keping biskut marie oli *jenama Lee Biscuits*

400 ml whipping cream *putar sehingga kembang*

sekeping coklat Van Hauten *untuk parut*


6 biji kuning telur + 150 gm gula castor  + 1 sudu kecil esen vanilla dan putarkan sehingga kembang.

dengan menggunakan kaedah double boiler *bain marie* tenggekkan dan sentiasa di kacau dengan whisker sehingga pekat lebih kurang 10 minit *api sederhana*


MULA-MULA SEKALI = 

masukkan adunan telur ke dalam mascarpone cheese dan gaul rata.
Kemudian masukkan whipping cream dan gaul sebati *perlahan-lahan*
ketepikan sebentar.


Ambil sponge finger dan celupkan ke dalam Espresso sehingga basah *jangan terlalu lama* sekadar serap. 
Susunkan ke dalam mangkuk sehingga memenuhi satu lapisan dalam mangkuk tersebut.
Kemudian tuangkan 3 senduk *ADUNAN* yang telah di campur tadi sehingga melitupi sponge finger itu yaa..
 cik adik dan cik kak sekalian dan Puan-puan Juga tak lupa Cik Abang dan Tuan-tuan juga.. :)


setelah itu parutkan coklat di atasnya.. *i guna coklat Van Hauten* huahhhh.. asyik giteww :))


ambil beberapa keping biskut marie oil dan celupkan kedalam espresso.. dan susun begitu..


tuangkan lagi *ADUNAN* dan ulanglah sehingga memenuhi mangkuk dan adunan selesai...


DAN AKHIR sekali jangan lupa yaa.. parutkan banyak-banyakkkkk naaaAAAA.. coklat di atasnya.. boleh juga di ayakkan sedikit serbuk koko... cekelat jugaklah yang best! :))



masukkan ke dalam chiller selama lebih kurang 2-8 jam.. semalaman lebih elok!
you all sabar ke menanti??

i tidak :)) :)) hokeyyyy.... ;)

TARRAA!!!

SPOON LICKING GOOD TIRAMISU


TIRAMISU... 

pick me UP!!!

 pull me UP!!!

pick me UP!!!

 pull me UP!!!

pick me UP!!!

 pull me UP!!!




okay! PICK YOU UP! AND PULL YOU DOWN rite... on my plate :)) :))


SlurPPPP.... Spoon Licking Good i tell youUuuuu.... ;)


ini untuk i.... :)


ini untuk you All.. nganga mulut please.. Spoon Licking Good :))


 jangan lupa...

PULL ME UP!!

PICK ME UP!!

catch you later... :))


Assalamualaikum.. Jumpa lagi... :) muahzzz...


TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ