Cinnamon Apple Pie YummYY!!
Smell... so gooodddddddddddd... taste...sooo YummYyyyyyy..... jangan ceritalah yaa... rasa apple yang masam-masam manis tu... harum bau cinnamon/serbuk kayu manis tu.... rasa lemak dan rapuh pastri tu... aduhaii.. memang cairlah... inilah menu minum petang i pada 3 January 2012.. dah melangkah ke hari ketiga dah yer... diam tak diam... i ni pulak urusan kerja semakin bertimbun... dalam sibuk tu curi-curi masa jugak nak share resipe dengan you all... Buat Apple pie ni bukannya susah sangat... malah lebih mudah dari nak membuat donut kalau you all nak tahu... yang dah biasa buat tu memang senyum aje kan... bahan-bahan yang i gunakan pun sikit aje.. masa nak buat pun alahaiii mudah sangat! you all kenalah cuba yaa.. rasakan sendiri betapa enaknya...:))) Dah jom! salin resipe...
Cinnamonn Apple Pie YummYY!!
Bahan-bahannya :
Untuk Pastri :
130gm mentega *sejuk
150gm tepung gandum
1 sudu teh castor sugar
secubit garam
air secukupnya untuk jadikan sebuku doh
**I gunakan food processor seperti diatas tu hah! campurkan semua, tekan.. tak sampai 2 minit dah siap!
*Jika guna tangan, sila campurkan kesemua bahan diatas dan jadikan sebuku doh. Simpan didalam peti sejuk selama 10 minit. kemudian baru di ratakan di dalam acuan.
Ratakan doh didalam acuan pie... gambar di atas tu sebahagian acuan pie yang i ada... i guna saiz sedang.
3 biji apple merah/hijau. I guna apple merah.. itu aje yang ada dan hampir nak tamat tempoh pun hehee..
**Buang kulit apple. Hiris atau gunakan sagat untuk memotong apple nipis-nipis. Gaulkan bersama gula perang sebanyak 4 sudu besar dan 1/3 sudu teh serbuk cinnamon/kulit kayu manis dan sedikit jus lemon *jika suka. Gaul rata.
Susun apple di atas pastri dan taburkan lagi gula perang diatasnya.
Bakar dengan suhu 180'C selama 30-35 minit!!
Tarraaa!!!!!
Cinnamonn Apple Pie YummYY!!
Baunya.... aduhaiii.. sekampung! you all mesti cuba ya.. mudah dan jimat belanja i tell you!
With Vanilla ice cream.. The Best! Combinations!!!! must try ya....:))
TATA!!!