ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, June 29, 2012

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Assalammualaikum... Apa khabar semua? :D Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di dapur maya i ni kan kan ;) Hidangan yang di bawah tudung saji tu.. adalah hidangan i beberapa hari yang lalu.. :)) dah 2 hari dapur nyata i tak berasap! kerja di luar.. makan pun di luar jugak.. jemu betul! :)) Pak Habibi kena jadi Super Papa :D tengahari balik bungkus nasi ayam.. bayangkan 2 hari anak-anak i makan nasi ayam! :)) Abang Aemir suka aje.. fav dia tu.. dak kerempeng dah macam lempeng! cian dia.. alooOoollooo... 


nak dijadikan cerita.. malam tadi.. Nelly kejut i jam 12:45 malam! ingatkan nak apa...dahlah 2 hari kena drive selepas subuh.. balik sebelum senja... hadoii.. penat betul! tak pe.. tak pe.. demi mencari sesuap nasi.. langsung tak menyesal pon :D 


Hah! nak tahu kenapa, Nelly kejut i tengah malam?? Hah! dia cakap nak makan roti sapu mentega kacang! hadoii.. turun jugak ke bawah malam tadi.. mata bukak cuma 35% aje.. selebihnya meraba nak cari botol peanut butter! muahahahahaa :)) mujur tak terambil botol belacan serbuk i tu! naya ngko aii :D

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Jom! redah! cecewahh.. panjang nak bercerita kat you all ni, sebab lama dah tak bersembang panjang... :D



Pak Habibi masa dia nak kutip buah durian kat kebun belakang rumah tu hah.. kisahnya pokok jering sebatang tegak berdiri nunnn jauh kat kebun tu banyak berbuah!! dah tua! tinggi-tinggi pulak tu buahnya..
dengan motto.. dia tahu isterinya ni memang hantu jering.. di petiknya mana yang dapat capai... nampak pulak terung pipit.. tahu pulak dia petik :))

Pak Habibi i tu memang orang bandar dan kampung dia pun di tengah bandar Johor tu hah!
agaknya sebab teruja benor nak jadi orang kampung! semua selok belok kat kebun belakang rumah tu dia tahu.. i yang lahir di kampung.. :D setahun sekali belum tentu akan jejakkan kaki lepas dari pintu dapur i tu hah! baguskan :D


Udang segar baru naik dari laut.. Bonda kirim dengan jiran yang sememangnya tiap hari turun ke laut... saiz M *dah macam saiz baju ler pulak* murah aje tu... merah dan segerrr gitewww :)


biasalahkan.. kalau masak lauk kampung.. kalau tak ikan masin.. telur masin wajib ada.. ya giteww.. :)


kalau dah namanya musim durian.. hah! sambal tempoyak power mesti ada.. ulam timun muda dan pucuk kedondong.. asam limau jangan lupa... waduh nyah! sedap benor lah tu :))

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?

JOM! BUKAK TUDUNG SAJI!!

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

TARAAA!!!

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


Tu dia.... ;))


SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

35 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci belacan
1 inci kunyit

BAHAN LAIN :

500 gm udang *buang hujungnya*

6 biji jering pencen *tua* :)) kupas kulitnya dan belah dua, rebus bersama sedikit air sehingga empuk. Buangkan air dan toskan.

50 ml air asam jawa
1 batang serai *titik*
minyak
gula dan garam
1 biji bawang holland *hiris*

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan serai dan *BAHAN KISAR* sehingga terbit minyak *tumis lama dan api sederhana, sentiasa di kacau*

Masukkan air asam jawa, gula, garam dan jering renehkan sebentar.
Masukkan udang, bawang dan masak sehingga udang bertukar warna. Sesuaikan rasa, Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))


pulak masa masak lauk ni.. adik bungsu bonda bertandang kerumah.. apalagi.. bayek punya.. kunyah! :D

SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN TUMBUK KASAR :

1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit
5 tangkai cili padi merah
2 sudu besar udang kering

BAHAN LAIN :

600 ml santan *separa pekat*
350 gm labu *potong*
1 cawan terung pipit
1/2 cekak daun pegaga
2 tangkai daun selasih *ambil daunnya*
garam

CARA :

Campurkan kesemua *BAHAN kecuali daun selasih dan daun pegaga*
Renehkan kuah dengan api perlahan dan masak sehingga labu empuk.
Masukkan daun pegaga dan daun selasih, sesuaikan rasa, Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA


Tu dia... dengan sambal tumis udang berjering pencen! 
buh komen you all kat in box di bawah tu yaaa :))


calit sikit!!!

huahhhhhhhhhhhhhhh... :))

Lauk Apalah Agaknya Bawah Tudung Saji tu ekk?


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


  1. SAMBAL TUMIS UDANG DAN JERING PENCEN! :))
  2. SAYUR LEMAK LABU BERSAMA TERUNG PIPIT DAN PEGAGA
  3. SAMBAL TEMPOYAK
  4. TELUR MASIN
Terima kasih buat semua yang sudi meninggalkan jejak :D Insyallah jap aje lagi akan ku jejaki kawan-kawan yaa...:) cayangg dia.. muahzzz :D

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ