Assalammualaikum, Selamat petang semua :)
Hari ini i masak untuk berbuka awal sebab sebentar sahaja lagi i akan berangkat ke rumah ibu mertua berbuka bersama-sama dan bersama dengan Abang Amin juga :D
Tu yang masak awal. Bukan sahaja bekalan berbuka untuk ibu mertua dan Abang Amin, juga telah ku bekalkan di dalam mangkuk tingkat dan sebentar lagi akan singgah dulu di rumah Abang di mana Bonda kesayangan ada di situ.
Wahh seharian ni i jadi delivery girl! << girl tu yang tak leh nak angkat! :))
Nasi lemak juga telah siap berbungkus dengan daun pisang dan juga lapisan luar di bungkus dengan kertas surat khabar.
waduhh baunya jangan cerita :D
jangan risau tidak akan basi punya.. yang penting jangan sentuh nasi tu dengan jari tetapi gunakan senduk, ya giteww :D
Untuk resipi Nasi Lemak.. ada banyak dalam folder i..
Bungkusan nasi lemak siap sedia untuk di edarkan di rumah ibu mertua kesayangan :D
Semua hidangan berbuka yang ku masak hari ini bakal ku hantar kerumah Abang dan Bonda tersayang :D
Sambal Tumis Udang Petai
Untuk Resipi Sambal Tumis Udang Petai..
Lawankan dengan nasi lemak... perghhhhhhhhh
Anak ikan bawal goreng garing-garing
kacang dan ikan bilis goreng
telur rebus siap berkupas kulit, sampai sana nanti baru ku potong
ulam timun
ulam jering, fav ibu mertua
Cucur Dodol Melaka Sedap!
Bahan-bahannya :
1 peket dodol *i beli dari pasar awam melaka* *potong saiz kecil atau kiub
Untuk Batter :
2 cawan tepung gandum*
1/2 sudu kecil baking powder*
secubit baking soda*
*Ayak bersama*
1 sudu besar gula kastor
sedikit garam
air secukupnya
CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan jadikan adunan batter yang pekat dan tidak cair. Ketepikan dalam 15 minit.
Setelah itu masukkan dodol yang telah di potong ke dalam mangkuk adunan. gaul sebati.
Panaskan minyak penuh.
Goreng sehingga keperangan dan angkat!
TARRAA!!!
Cucur Dodol Melaka Sedap!
Nampak tak dodol yang cair celah tepung tu??????
masa nak goreng tadi tu baunya perghhhhhhhhhhhhhh :D
kurang pahala puasa i taw :))
Rangup di luar.. cair di dalam :D
sangat mudah dan sedap!
tang sedap tunggu berbuka nanti ya...:))
Sekian menu berbuka hari ini 25hb Julai 2012
Esok Insya~ALLAH akan kembali bersama tips dan... tunggu :D
____________________________________________________________________________________________________________
BERITA KUIZ
**PERHATIAN UNTUK PESERTA KUIZ**
Sila baca di bawah tags itu... dan..
*SILA KE SINI UNTUK INFO LEBIH LANJUT*
Sekian terima kasih,
Assalammualaikum
TATA!!