ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 8, 2012

Cuaca Tak Menentu Ini Menu Yang Terbaik! i tell you Olls giteww...


Assalammualaikum... :)

Cuaca tak menentu.. kekadang tu di kampung i.. awal pagi dah hujan lebat.. tengahari panas terik.. ehh.. tetiba.. pagi panas terik.. petang dia hujan lebat sehingga ke malam.. hujan malam tu yang best :D

i masak simple khas untuk cuaca yang tak menentu :))

sayur bening kacang panjang + bayam gajah + selasih
kesemuanya i petik tepi rumah.. buh bebanyak naa daun selasih tu.. waduhh harummm gitewww baunya you ollss ;))


tu dia pokok kacang panjang yang Pak Habibi TembamBOM i tanam..

dah membuahkan hasilnya..

semai tak banyak.. 5 pokok je..

sekali dia berbuah!!!


hamik ko! :))


awww! nampak tak Aliff Bom! BOM! anak sedara i tu.. ya ada di rumah ni.. ponteng sekolah awal dengan alasan musim hujan kasut sekolah basah! gasak! muahahahaaa :))

yang Aliff pegang tu petikan semalam.. dah ku gorengkan dengan cendawan.. waduhhh segar-segar giteew.. goreng jangan lelama.. cempak angkat dah.. pastu ngap! Bismillah jangan lupa baca taw! awww :))

dan pagi tadi cuaca cerah... i ajak Aliff petik lagi...
dan pasal cuaca cerah.. i masakkan...

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
10 biji lada hitam

*bahan di atas di tumbuk lumat*

air secukupnya
garam
bayam gajah secekak
kacang panjang terbaik dan segar dari ladang secekak
selasih segar dari ladang secekak

amboii main pakai cekak aje yerk :D

CARA :

renehkan air bersama *BAHAN TUMBUK* sehingga mendidih.
Masukkan kacang panjang dan bayam gajah, kacau sebati dan sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan daun selasih, angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

BENING KACANG PANJANG+BAYAM GAJAH+SELASIH


SluuUuuurrrPPppppp ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... :D


jemu dengan ikan dan ayam..

telur adalah penyelamatnya di kala cuaca yang tak menentu macam ni...

sambal tumis telur + ikan bilis

dah....


sambal tu kalau berbaki.. petang nanti calitkan dengan roti putih..

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh :D


ikan kering gelama jangan lupa..

lawankan dengan bening dan sambal tumis telur tu perghhhhhhh


sekian sahaja perkongsian..

menu dan resipi orang kampung macam i yang duduk terceruk celah kampung tu hah!

inilah yang terbaik.. ehh dulu dok bandor KL tu pun.. lauk ni jugak yang ku sesah! belum cerita masa dok Germany dulu i masak apa! ;))



sekian jumpa lagi yaa... jaga diri...

Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ