ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, July 10, 2012

"Momma Masak Apa??"


Abang Amin : :D "Assalammualikum Momma..."

Mak Amin : ;) "Waalaikumsalam... Amin tengah break ke?"

Abang Amin : :D "Amin baru habis kuliah, petang tak ada kuliah." <<masa tu baru jam 11 pagi bersamaan 10hb Julai 2012.. amboihh detailednya :D

Mak Amin : ;) "Ohh.. dah makan?"

Abang Amin : :D "Belum tak lapar lagi. Momma tengah buat apa?"

Mak Amin : ;) : "Tengah masak ni..."
<<sambil menggoreng di kala itu sambil Hp celah telinge :D

"MOMMA MASAK APA??"


Ayam Goreng Briyani Masala :D


Semuan bahagian peha.... garing, harum baunya dan enak, lazat dan puzat! :))

"LAGI MOMMA MASAK APA??"


Nasi Goreng Sempoi :D


Dengan hirisan buah tomato ceri, timun muda, ikan bilis goreng, sayur kacang buncis semuanya ku satukan di dalam Nasi Goreng Sempoi :D aka Nasi Goreng Kampung berisi :D

Jom! Masak!

Ayam Goreng Briyani Masala :D 


Bahan-bahannya :


6 ketul peha ayam segar di kelar-kelar,
cuci bersih dan keringkan dengan tisu dapur


Serbuk Briyani Masala 2 sudu besar
*ada jual di pasaraya Maideen*


Perapkan :

Peha Ayam
2 sudu besar Rempah Briyani Masala
3 sudu besar tepung beras
garam secukupnya
1 sudu besar gula
2 sudu perahan jus limau nipis

CARA :

Gaul sebati bahan-bahan di atas dan perapkan selama lebih kurang 3-4 jam, semalaman lagi sedap :)
Panaskan minyak dan gorengkan ayam dengan api sederhana sehingga masak atau keperangan!
Angkat dan hidangkan!!

TARRRAAA!!!

Ayam Goreng Briyani Masala :D


Mudah, ringkas dan enak!
lazat dan puzat! :))

lawankan pulak dengan....

Nasi Goreng Sempoi :D


inilah yang sempoi dan terbaik!
di kala sibuk dengan pelbagai urusan... :)

Kisah sambungan.....

"LAGI MOMMA MASAK APA??"


Abang Amin : :D "Wow! Sedapnya Momma masak hari ni... Momma... boleh tak Amin balik rumah hari ni???"

GULPpppp... dah pulak... mujur kolej Abang Amin tak jauh... sejam dah sampai rumah dah... ;)

Mak Amin : ;) "Sebab apa Amin nak balik? Esok tak ada kuliah ke?"

Abang Amin : :D "Ada.. Amin nak balik sebab nak makan nasi goreng dan ayam goreng tu.. boleh?"

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... masa tu macam nak melalak pun ada *mengade* pun yerk :))

Maka baliklah Abang Amin.. semata-mata setelah bertanya...

"MOMMA MASAK APA??"

:)) ;)) :))

Sekian kisah... "LAGI MOMMA MASAK APA??"


my desserts after lunch.. Vanilla ice cream top up with banana, choc sauce, sprinkle with choc rice and bla.. bla.. sedap ngko aii... :))
*makan tanpa berkongsi dengan sesiapa* bagus kan :D

Blogs yang BER~UPDATE KLIK DI bawah, Tq..:)



dan satu lagi blogs BER~UPDATE.. klik bawah TQ... :)




Terima kasih buat semua teman-teman yang sudi meninggalkan jejakmu itu.. 
Insyallah malam nanti i akan memulakan misi membalas kunjungan.. Insyallah.. tunggu yaa.. cayang dia muahzzzzz :)


Patutlah masa nak memasak tu semuanya i masak lebih.. ayam lebih dari 4 ketul.. nasi lebih setengah pot.. kisahnya... Abang Amin nak balik... Syukur Alhamdulillah... :)

Assalammualaikum.. Jumpa lagi nanti ya.. Insyallah...

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ