Assalammualaikum... :)
Waduhh sepi seharian ni yaa.. bukannya mood nak mengupdate blogs ke sungai atau ke laut.. masih lagi ada di darat ni hah! :D
Tahu tak dari hari Sabtu memang i tak jengah langusung blogs.. cek email lagilah memang tak ku cuit.. wahh sibuk bebenau ke? idak ahhh.. tahu i kemana? muahhahahaa :))
Ada terconggol depan tv bersantai sambil beramal.. cecewaahhh... maklumlah bila dah pertengahan bulan puasa ni kan.. memacam yang nak di uruskan... mengemas rumah belum lagi selesai... bayangkan ada 6 buah bilik tidur yang perlu di kemas.. humban sana.. humban sini.. kain baju jangan cerita setakat ini dah 12 karong telah berjaya di kumpulkan.. rasanya lebih kot menjelang esok :)) kalau karong tu $$$$$$$ kan best.. :D
Semua kain baju itu bakal ku sedekahkan kepada yang memerlukan.. tiba bab kain tudung.. perghh memang tak bercuit biarlah dulu.. lepas raya nanti baru ku kemas dengan alasan... *malas* :D Sofa ada satu set dah siap di keluarkan dan Syukur Alhamdulillah ada dah yang cop! Sofa tu masih elok dan langsung tak bercuit pun.. cuma agak berlapok :D sebab dari jenis kain baldu.. tak kuasa nak ku simpan dari berhabuk baik bagi kat 'seseorang' tetiba lapang opis i :)) satu set yaa.. :) dah selesai satu perkara.. ehh banyak perkaralah yang dah selesai...
Mood nak membuat beskot raya pun dah mari.. heehhe.. tapi i buat beskot raya hujung minggu nanti dan bukan sekarang.. i suka buat beskot raya dah hampir nak raya.. barulah rasa nak raya.. <<apa punya ayat daaa..tapi sekali i bancuh.. henjut 12 jenis terus ya, giteww.... :D
Okay menu berbuka puasa 16 Ramadan 5hb Ogos 2012 ialah...
Nasi Putih :D
Ayam Lemak Cili Padi Permintaan Abang Amin, Abang Aemir & Nellysha :D
Yang serabut semacam penuh dengan bawang tu :))
Ikan Bawal Goreng Permintaan Pak Habibi :D
Tahu Sumbat Dan Kuah Kacang..
Permintaan si tukang menaip ni ler.. yakni i :D
Untuk Kuah Kacang :
1 cawan kacang tanah
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
4 tangkai cili padi
*BAHAN-BAHAN DI GORENG*
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar air asam jawa
gula dan garam
CARA :
Tumbukkan *BAHAN-BAHAN YANG TELAH DIGORENG* sehingga lumat. *Kacang tunguk separuh separa hancur*
Masukkan kicap, air asam jawa, sedikit air masak, gula dan garam.
Bancuh kesemua bahan-bahan dan sesuaikan rasa..
Hidangkan bersama tahu goreng, hirisan timun dan taugeh celur
sambal belacan,
ikan masih tenggiri jeruk dari hari tu tak selesai :D
dan ulaman jering dan petai juga haritu punya tak selesai lagi :D
Hari ni ramai di rumah berkumpul..
So beli kuih RM1 4 keping banyak sikit.. Alhamdulillah selesai Terawikh selesai semuanya :D
Nampak tak pau kampung tu.. waduhh setakat ni i belum jemu jelak lagi memborong.. sedap ngko aii :D
Syukur Alhamdulillah.. selesai sudah kerja membungkus.. hanya tunggu masa untuk di pos.. :D
Sekian sahaja..
Assalammualaikum..
TATA!!