ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label DAGING/SUP/GULAI/GORENG/RENDANG. Show all posts
Showing posts with label DAGING/SUP/GULAI/GORENG/RENDANG. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Sup Tulang Rebus Nyaman....



Assalammualaikum... Selamat Pagi semua.. :)

Awal pagi dah update blogs i yang jap ada manjang tak de ni... ;))

Macam biasa awal pagi bangun.. tetiba teringatkan sup tulang malam tadi untuk dinner masih ada baki..

Kebetulan My PA tengah panaskan sup tulang tu..

Terus ler i bubuh dalam mangkuk... dan terus ler menonong amik camera... :D



tak tahu nak masak apa.. terus ler dapat idea sebab Pak Habibi beli 2 jenis tulang, lembu dan kambing.. embeekkkkkkkkkkkkk :D

buatkan sup tulang...

Waduhhh....... waduhhhhhhh.....  :D


i buat sup tulang rebus..

Sebab Bonda tak suka sup yang bertumis.. muak katanya...

Tak perlu tumis pun, cuba tengok dalam mangkuk sup tu.. bukan main berlondang lagi minyak tulang kambing dan lembu.. itu nama bergabung tenaga... memeriahkan kuah :)) 

cara memasak pun simple.. sebab i masak last minit untuk dinner.. rebus adalah dalam 2 jam.. (malas nak guna pressure cooker) lepas solat Maghrib.. daging celah tulang pun empuk..ngam-ngam terus makan... SlurPppp....


Dan yang istimewanya i snap gambar sup tulang tu..

awal pagi tadi.. di kala mentari belum lagi menunjukkan wajahnya..

nampak tak cahaya kat celah mangkuk tu??

Jam 7 am... masih samar-samar.. suasana nyaman sangat masa tu.. bunyi burung berkicauan...

Jiran tetangga baru pulang dari menghantar anak-anak ke sekolah..

dan i pulak snap gambar celah taman muahahahaa... ramai jugak jiran yang angkat tangan kat i.. :D

i angkat tangan sambil lambai-lambai.... :)) baru dia orang nampak i pagi ni kan.. kan.. (kalau tak berkurung dalam opis 24jam!)

Udah ler yerk.. tu je celoteh i pagi ni.. masukkan N3 awal pagi sebab sebentar lagi i ada urusan di luar.. so i tinggalkan resipi ini untuk you all semua cuba... :)

Sup Tulang 


BAHAN-BAHANNYA :

*SEMUA DIHIRIS*

2 biji bawang holland
6  ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas

BAHAN LAIN:

1/2 kg tulang kambing
1 kg tulang lembu
1 sudu besar lada hitam *biji
1 sudu kecil *coarsed blackpepper/kasar*
2 helai daun salam/bay leaf
10 tangkai cili padi *patah 2*
2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji pelaga 
garam secukupnya
air secukupnya

10 biji tomato ceri
1 batang lobak
3 biji kentang *potong 4
2 batang celery
1 biji lemon *ambil jusnya*
2 helai daun limau purut *ambil daunnya sahaja*

BAHAN TABURAN :

daun sadri
bawang goreng
cili padi kicap  

CARA :

  1. Rebuskan tulang bersama air yang secukupnya sehingga mendidih. Tambah air jika perlu.
  2. Setelah mendidih kaup buih berwarna kelabu yang timbul di atas kuah. Dan buang.
  3. Setelah buih kelabu selesai di kaup. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali kentang dan karot.
  4. Renehkan sehingga daging di celah tulang empuk. Baru masukkan kentang dan karot. Masak sehingga empuk.
  5. Akhir sekali masukkan daun sadri dan renehkan sebentar.
  6. Angkat dan hidangkan bersama taburan daun bawang, bawang goreng dan kuah cili padi kicap!       

TARAAA!!!!!

SUP TULANG


 SLuUUuuuuurrPPppp... Ahhhhhh.....

First time snap gambar di pagi kala... :)

Serius ni.. suasana memang nyaman.. next time nak snap gambar awal pagilah.. nanti leh tata.. tata.. my neighbour! muahaha...

Okaylah.. jumpa nanti.. jaga diri.. jangan noty k..

Assalammualaikum..

TATA!!    

Saturday, November 10, 2012

Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban


Assalammualaikum... Ya.. seperti yang di janjikan... resipi baru dari dapur The Writer's Cooking... ;)

Gulai Daging Selasih Resipi Istimewa Daging Korban...

cukup manis sekali..;)

Kais-kais dalam peti sejuk.. ada lagi sepeket daging korban kiranya stok penghabisan ler ni :D

Syukur Alhamdulillah dapat pulak bahagian batang pinang.. jadi dah tentu-tentulah dagingnya lebih manis dan mudah empuk.. pulak ada lemak terselit celah daging tu.. perghhh....

terus ler kecur jam tu gak!

buat gulai sedap ni!


terus ler capai RAGA MISTERI i tu.. terus ke tepi rumah..

masa ni tak dapat lagi idea nak masak apa.. ingat nak buat gulai daun kesum.. dah biasa yer tak... ;)

yang mana terlepas N3 RAGA MISTERI i tu..



tu dia.. dapat idea dari daun selasih yang rimbun dan segar tepi rumah... terus petik dan terus ler dapat idea..

masa ni hati dok ler berkata-kata... sedap ke eekk???

masak gulai daging buh daun selasih??
cecuba-cecuba.. <<< cakap dalam hati sesorang :D

GULAI DAGING SELASIH


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
3 cm kunyit
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam
40 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

800 gm daging segar *hiris nipis
3 keping asam gelugor *asam kepinng
700 ml air
gula dan garam
1 helai daun limau purut *siat
6-7 tangkai daun selasih *ambil daun sahaja @anggaran satu mangkuk
4 biji kentang *belah 4
kacang bendir
minyak untuk menumis

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR
Tumis lama dengan api perlahan. 
Setelah pecah minyak masukkan daging dan kentang.
Kacau rata dan masukkan air dan asam gelugor.
Renehkan sehingga daging dan kentang empuk.
Masukkan daun limau purut, kacang bendir dan daun selasih.
Renehkan sehingga kuah pekat dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!!


TARRAA!!

GULAI DAGING SELASIH


komen dari Pak Habibi dan anak-anak i....

"Sedapnya! Sedapnya! Sedapnya!"

Awwww...... :D

ya, begiteeww.. tak caya.. cecuba-cecuba... ;)


ada lagi 2 resipi dari RAGA MISTERI yang ada kat atas tu bakal kukongsikan..

Soon.. Insya~ALLAH...


jumpa lagi.. jaga diri k... ;) << macam taip dalam HP ler pulak :))


Assalammualaikum...

TATA!!


Monday, May 14, 2012

Tom Yum Tetel SUPERB! Mood memang ke SUNGAI!!


Assalammualaikum... Selamat sejahtera buat semua blogger baru dan lama... tq soOOooo much kerana masih sudi singgah di dapurku ini yaaa..:))

Hari ni mood memang ke sungai! tak beridea langsung nak masak apa pun tak tahu! agaknya sebab kepala ni senoneng sikit kot sebab semalam berjemur tengah panas! pulak mulut tu tak reti senyap ada aje yang di cakapkan.. hah! hari ni baru ler terasa-rasa hehehhh....


Ke sungai macam mana pun mood tu.. masak tetap masak! nak keluar membeli lauk-pauk yang dah siap lagilah malas nak ku start enjin kereta tu ekk.. lebih rela memasak YoU! hebatkan heehee...

Okay hari ni i masak lauk simple sangat.. dan hari ini hanya masak sejenis sahaja lauk!

TOM YUM TETEL SUPERB!! tahu tak apa tu Tetel?? yer lemak daging lembu.. dagingnya sikit kat celah-celah lemak tu yer tak.. selalunya ku buatkan dalca aje.. tapi Bonda tak ada.. so yang lain tak suka dalca..
so dalam mood ke sungai tak beridea tu.....
terbongkok-bongkok! kat celah lemari bebahan kering i tu kan..
daging tetel tu dah ku defrost awal pagi lagi.. idea tak ada.. tetiba kan kan...


Tadaaa!! yer ternampak stok kiub i dalam botol... huahhh.. terus ler dapat idea.. :))

TOM YUM TETEL SUPERB!

BAHAN-BAHANNYA :

3 biji kiub tom yum *knoor*
2 biji bawang holland *potong bulat*
5 ulas bawang putih *hiris*
3 inci halia *hiris*
4 inci lengkuas *ketuk*
3 batang serai *titik*
25 tangkai cili padi siam *titik*

1200 ml air
2 biji lemon *ambil jusnya*
2 helai daun limau purut *siat
6 batang daun ketumbar *potong 3 inci panjang*
2 biji tomato masak *potong 2*
1/2 batang karot *potong*

500 gm daging tetel *lembu* hiris nipis@kecil

CARA :

Masukkan air dan tetel dan rebus sehingga empuk *i guna daging lembu NZ so mudah empuk*
*sila kaup dan buangkan hampas yang berwarna kelabu di atas didihan air stok tu yaa*

Masukkan kesemua bahan-bahan dan renehkan sehingga mesra dan sebati kuah dan tetel. Karot empuk, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

TOM YUM TETEL SUPERB!


Kebetulan tekak ni teringin sangat nak makan Tom Yum yang masam, pedas dan power!!!
inilah dia... sedapP benorr... hilang rasa muak tetel tu yerk..


SlurpPP.... pedas giler!!! yang mana tak suka pedas tu sila kurangkan cili padi..
mujur tak tersedak tadi heeheehehhh...


ini aje lauk yang kumasak tengahari tadi.. wahh.. Pak Habibi sanggup balik rumah untuk makan tadi...
katanya... SUPERBBBB!!!! semangkuk di atas tu.. dia sorang aje yang hirupp... wahh. semakin bergentel ler lemak Pak Habibi i yang TembamBOM tu kan... hehehhhh


kekadang tu..... mood ke sungai tu ler yang menghasilkan hidangan yang cukup RINGKA TETAPI SUPERB!! tak percaya cuba... segala bahan memang ku bubuh bebanyak.. biar pekat.. pedas... masammmMM.... wahhhhh giteeww...

ehh.. dalam mood kesungai tu jugak.. sempat jugak ku UPDATE...


Blogs HOBI ku itu ekk.. apa tu??? nak tahu... KLIK SINI, HOBI DAN KOLEKSIKU...


toing! toing!! APA TEEEwww???



mangkuk yang i gunakan untuk TOM YUM TETEL SUPERB tu... kan kan...
sangat antik.. dari China... lebih 100 tahun usianya...:)))


sekian sahaja... laporan untuk hari ini... Insyallah jika mood ke sungai tu dah tenggelam..

Insyallah adalah menu petang.... selamat menjamu selera.. dan buat teman-teman yang meninggalkan komen dan jejak tu.. TERIMA KASIH SANGAT! sabar yaa... nanti bila free semestinya akan ku jejaki kawan semua... tq soOOoOOoooo much!!

TATA!!!

Friday, April 27, 2012

Daging Black Pepper Dan Cendawan Shitake Tumis Air Bonus Berganda!


Assalammualaikum.. dan selamat petang di hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih kepada semua blogger baru dan lama kerana sudi add dan singgah di dapurku yang ala-ala aje ni kan kan.. Okay kepada teman yang baru aje add dan tinggalkan jejak tu.. sekejap aje lagi... sebelum i melelapkan mata yang kuyu kalah mata Garfield tu... akan ku usahakan singgah dan meninggalkan pesan buat semua.. cayang sangat kat you all... :))


Hari ni i masak simple dan macam biasalah 2-3 hari ni masak ikut tekak Abang Amin... tinggal berapa hari sahaja lagi dah nak berangkat ke PLKN.. so hidangan hari ini adalah special request dari Abang Amin.. dia pesan suruh you all cuba dan jangan lupa doakan dia pulang dengan bentuk asal dan warna kulitnya yang ala-ala kecekelatan tu akan bertambah cerah! muahaha.. tak dapat ekk jack! lagi hitam ada ler.. sure kena berkawat tengah panas... alahai ciannya dia... nak buat macam mana.. demi Malaysia tercinta.. gitewww..


Bonus berganda hari ini sebab... hari ni hari Jumaat nak masukkan 2 N3 aje memang tak kuasa! apa taknya.. percaya tak.. i tidur malam tadi tak lebih 3 jam! nak tahu kenapa?? hah! ni nak bagi you all ni ekk.. Pak Habibi i tak tahu pun.. dia ingat i dok merap kat dalam opis tu menulis manuskrip.. peh! hapah! menaipnya sikit.. lainnya mata tak boleh nak pejam.. sebab apa tau.. sebab hahhahaa.. dok menaip kisah cerita hantu kat blogs KISAH HANTU! hantu betullah! dah tahu maharaja penakot! boleh pulak tebiat haper tah ku masukkan pulak N3 yang merepek tapi benar dan nyata tu ekk..jam 2 am pagi tadi.. haishh.. dah ler mengantuk tak sudah ni.. lepas solat Jumaat dan lepas i menjejaki dapur kengkawan tu.. nak lelapkan mata sekejap... boleh kan?? hape kisah yer tak muahahaa..

Daging Black Pepper

600 gm daging *batang pinang hiris nipis *lumurkan bersama sedikit garam dan kunyit serbuk.
Panaskan minyak *benar2 panas dan gorengkan sebentar angkat dan ketepikan.

BAHAN HIRIS UNTUK TUMIS :

1 biji bawang holland *potong baji
4 ulas bawang putih
3 cm halia

BAHAN LAIN :

1 sudu besar penuh lada hitam *tumbuk kasar
4 batang daun bawang *potong 2 inci
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
sedikit minyak bijan
1/2 sudu teh tepung jagung *bancuh bersama air
sedikit air
garam

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN HIRIS UNTUK MENUMIS*

Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, sedikit air,
minyak bijan dan renehkan sebentar.
Masukkan daun bawang dan air tepung jagung sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

*yang mana tetinggal tu.. silalah baca aje bahan di atas tu yer*

TARRAA!!

Daging Black Pepper


Bau aje terus lapo!


mengantuk punya pasal....


tido dulu.. lepas tu baru makan takut Gems! hehee... yang dah sedia ada Mok ni kan kan... hahaha

Cendawan Shitake Tumis Air


BAHAN-BAHANNYA :

7 biji cendawan segar shitake *hiris kasar
1/2 biji lada benggala *merah
1/2 biji lada benggala *kuning
1 ikat sohoon rendam
sedikit serbuk lada sulah
garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis
500  ml air

BAHAN TUMIS :

1/2 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *hiris
1 batang celery *hiris
minyak

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga naik bau.
masukkan air dan renehkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Cendawan Shitake Tumis Air



cuaca pulak panas hari ni... perhhhgghhh...


Inilah yang best... kan kan...


Nak Blog walking.. pastu lelapkan mata sekejap.. pastu baru makan....
selamat menjamu selera kawan-kawan!!


Take care and smile...

TATA!!





Monday, April 16, 2012

Kurma Kambing Vs Mini Baguette


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua teman-teman... Hari ini adalah hari yang paling sibuk buat i ekk.. tak tahu yang mana satu nak ku bikin dulu.... mana nak siapkan kerja penulisan, mana nak cari idea.. nak uruskan kerja rumah ler... hadoii... memang bila dah tak ada PA Indon ni segala kerja begitu banyak naa... terkejar-kejar.. pulak tu jenis tak reti kerja nak bertangguh... tambah aje satu kerja lagi dah lari schedule.. apa pun.. utamakan memasak dulu lepas tu.. baru uruskan kerja yang bertimbun tu.... Nak tanya ni... baca dalam hati aje ekk.. ada sesapa nak kerja jadi PA i tak??? i janji tiap hari i masakkan yang enak-enak! muahahaa.... bilalah PA i nak sampai ni... tolonglahhhhh.... <<< suara penuh merayu.. tapak tangan bercantum bawah dagu.. <<< mata masa tu kuyu ala-ala katon puss in the boots! >>> pengsan tahap 12! muehehhee...


Idea nak memasak kurma kambing tu setelah berhempas dan pulas nooo... membanting cik Baguette atau pun French Bread... psst bukan i yang membanting doh roti tu ekk.. my hero no 2 yang tolong bantingkan semalam petang... so pagi tadi baru ku bedal dan bakar dalam oven.. dan lawankan pulak dengan kurma kambing yang meletop tu.. tapi nak buat mudah yaa ampunNNnn.... untuk resipe Baguette Mini tu dan kisah ceritanya  silalah klik sini >>> Al-Kisah Si Mini Baguette....


Kurma Kambing 

Bahan-Bahannya :

500 gm kambing *bahagian shoulder so dia bertulang sikit
1 tangkai lada hijau *belah dua
3 biji kentang *belah 4
4 tangkai daun pudina *daunnya sahaja
santan 600 ml

BAHAN TUMIS :

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar *potong baji
2 ulas bawang putih *hiris
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 peket serbuk kurma *Adabi


CARA :


Panaskan sedikit minyak dan *Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan Kisar dan renehkan sehingga rempah masak.
Masukkan daging kambing dan kacau rata. Renehkan sebentar.
Masukkan santan dan kentang, renehkan dengan api sederhana, sentiasa di kacau takut pecah minyak.
Setelah daging kambing dan kentang empuk, masukkan lada hijau dan daun pudina. Sesuaikan rasa dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Kurma Kambing 


Mudah aje kan... lawankan dengan mini Baguette i tu perghh...


Tetiba terasa macam ada kat 2 buah negara.. Kashmir dan France!


Wal hal ada ni hah! kat rumah tengah dok menghadap kerja yang bertimbun muahahaa... aje memang aje kan.. ehh.. realiti dan fantasi harus di gabungkan... dan akhirnya akan menjadi.... SATU.. pasti!
tak giteewww.. udah ler ekkk...


Jangan lupa cuba my resipe tu ekk.. mini baguette yang cukup comey dan meletop di dalam mulot hehhee...
Selamat menjamu selera kawan-kawan.....


Idea untuk minum petang nanti.... Kerana sebiji epal.. bersempena karyaku yang ke~8....:)))

TunggUUUuu.......

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ