ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, April 27, 2012

Daging Black Pepper Dan Cendawan Shitake Tumis Air Bonus Berganda!


Assalammualaikum.. dan selamat petang di hari Jumaat yang mulia ini... Terima kasih kepada semua blogger baru dan lama kerana sudi add dan singgah di dapurku yang ala-ala aje ni kan kan.. Okay kepada teman yang baru aje add dan tinggalkan jejak tu.. sekejap aje lagi... sebelum i melelapkan mata yang kuyu kalah mata Garfield tu... akan ku usahakan singgah dan meninggalkan pesan buat semua.. cayang sangat kat you all... :))


Hari ni i masak simple dan macam biasalah 2-3 hari ni masak ikut tekak Abang Amin... tinggal berapa hari sahaja lagi dah nak berangkat ke PLKN.. so hidangan hari ini adalah special request dari Abang Amin.. dia pesan suruh you all cuba dan jangan lupa doakan dia pulang dengan bentuk asal dan warna kulitnya yang ala-ala kecekelatan tu akan bertambah cerah! muahaha.. tak dapat ekk jack! lagi hitam ada ler.. sure kena berkawat tengah panas... alahai ciannya dia... nak buat macam mana.. demi Malaysia tercinta.. gitewww..


Bonus berganda hari ini sebab... hari ni hari Jumaat nak masukkan 2 N3 aje memang tak kuasa! apa taknya.. percaya tak.. i tidur malam tadi tak lebih 3 jam! nak tahu kenapa?? hah! ni nak bagi you all ni ekk.. Pak Habibi i tak tahu pun.. dia ingat i dok merap kat dalam opis tu menulis manuskrip.. peh! hapah! menaipnya sikit.. lainnya mata tak boleh nak pejam.. sebab apa tau.. sebab hahhahaa.. dok menaip kisah cerita hantu kat blogs KISAH HANTU! hantu betullah! dah tahu maharaja penakot! boleh pulak tebiat haper tah ku masukkan pulak N3 yang merepek tapi benar dan nyata tu ekk..jam 2 am pagi tadi.. haishh.. dah ler mengantuk tak sudah ni.. lepas solat Jumaat dan lepas i menjejaki dapur kengkawan tu.. nak lelapkan mata sekejap... boleh kan?? hape kisah yer tak muahahaa..

Daging Black Pepper

600 gm daging *batang pinang hiris nipis *lumurkan bersama sedikit garam dan kunyit serbuk.
Panaskan minyak *benar2 panas dan gorengkan sebentar angkat dan ketepikan.

BAHAN HIRIS UNTUK TUMIS :

1 biji bawang holland *potong baji
4 ulas bawang putih
3 cm halia

BAHAN LAIN :

1 sudu besar penuh lada hitam *tumbuk kasar
4 batang daun bawang *potong 2 inci
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
sedikit minyak bijan
1/2 sudu teh tepung jagung *bancuh bersama air
sedikit air
garam

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN HIRIS UNTUK MENUMIS*

Kemudian masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, serbuk lada hitam, sedikit air,
minyak bijan dan renehkan sebentar.
Masukkan daun bawang dan air tepung jagung sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

*yang mana tetinggal tu.. silalah baca aje bahan di atas tu yer*

TARRAA!!

Daging Black Pepper


Bau aje terus lapo!


mengantuk punya pasal....


tido dulu.. lepas tu baru makan takut Gems! hehee... yang dah sedia ada Mok ni kan kan... hahaha

Cendawan Shitake Tumis Air


BAHAN-BAHANNYA :

7 biji cendawan segar shitake *hiris kasar
1/2 biji lada benggala *merah
1/2 biji lada benggala *kuning
1 ikat sohoon rendam
sedikit serbuk lada sulah
garam
1 sudu teh serbuk ikan bilis
500  ml air

BAHAN TUMIS :

1/2 biji bawang holland *dadu
3 ulas bawang putih *hiris
1 batang celery *hiris
minyak

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS sehingga naik bau.
masukkan air dan renehkan sebentar sehingga mendidih.
Masukkan semua bahan-bahan yang lain dan kacau rata, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Cendawan Shitake Tumis Air



cuaca pulak panas hari ni... perhhhgghhh...


Inilah yang best... kan kan...


Nak Blog walking.. pastu lelapkan mata sekejap.. pastu baru makan....
selamat menjamu selera kawan-kawan!!


Take care and smile...

TATA!!





21 comments:

Amie said...

Adohhh Sha... berjela-jela dia tayang menu yang sangat sedap ni! Tambah berkeronconglah perut Kak Amie... sib baik bujang dah habis solat Jumaat, nak tutup mr lappy, nak balik or singgah mana-mana restoran, nak makan tengahari...aikkk dah petang rupanya ye! Tak tahan negok daging ke dading b;ack pepper tu Shaaaa...

Liza said...

salam kak sha, dgg black pepper tu kan mmg peberet giler family Liza...nasib baik mkn xjd giler....hihihihi

Ilhamkreatif said...

Salam sha....menu daging n cendawan,sedap ni.... kalau sayur,cendawan...masak air macam ni,iza ratah je,x sempat makan ngan nasi.

gerhana luka said...

Adui kak baru je makan nasi ngan kari ikan jenahak ni tapi lapau balik bila tengok daging black peper ngan cendawan shitake Kak Sha tu, menyelerakan betul nyum..nyum...

AZLITA AZIZ said...

Salam Shah

Singah sini sebab dah terhidu bau aroma daging black papper yang wallaaa... sedapnya..

Ni fav akak dan suami.. kalau gi makan selalu kita berebut.. hihi

terima kasih kerana shah sudi berkongsi resepi.. nanti bila senang2 akak cuba ye! boleh kan??

ummiaisyah said...

miss u kak sha ...memacam mknnn sedap2 kkt sini....lapoooo!

Bicara Kak Noor said...

Salam Shaaaaaaa nak daging black pepper tu 3 ketoi cukup lah nak lepaskan kempunan ni sbb lama dah tak makan boleh tak???

ogyep yummy mellow said...

Wah... healthy menu today... chinese style gitu... yang paling kelasss sekali.. props2 yang digunakan... i likeeeee u... ada taste..

anymz said...

salam sha,akak dah kenyang makan daging black pepper ni sekali dgn cendawan...akak balik dulu lah ya,sekali dgn bekas mangkuk biru ni tau..kira halal lah,entah mcm mana terpekenan pulak kat bekas biru....huhu

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Amie cayang...hehhehe kak Amie mata mengantuk sampai tersilap taip dading.. dah betulkan tq kak Amie muahh

Shahriah Abdullah Novelis said...

Liza daging black pepper ni memang evergreenkan.. masakan cina tapi itulah yang paling best!

Memang best giler.. tapi bila makan gerenti tak giler hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Ilham.. betul tu.. cuaca pulak panas dan berbahang ni hah.. lauk ni memang yang terbaik.. simple tetapi enak bahhh...

macehh kak muahhh

Shahriah Abdullah Novelis said...

Gerhana luka hhhee.. simple aje tu yangg... tapi kari ikan jenahak tu peh! kecur liur akak ni,,

muahhzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Kak Azlita Cayang.. tq sudi singgah yaa kak..

Wah makan berebut dengan suami... hahaha.. same here.. siapa lambat dia tak dapatkan hehhee



Nyiru tapak tangan sha tadahkan.. akak masak pastu snap gambar peh! gerenti lauk black pepper yang simple jadi MEleTOP!

tq kak muahhzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hi! Ummi missed you too dik muahzzz

lauk simple je tu dik... nanti cuba ya..

muahzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wsalam Kak Noor.. 3 ketoi aje kek Kak Noor??? cukup ke??? huisshhh sha bagi kak noor semua tu hehee...

Muahzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Ogyep.. hehee.. tq dik...

Jangan tidak aje.. kuar masuk dalam lemari.. saja je nak nambahkan kerja hehehe...

tq dear muahzzz

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Anymz hehhee...

cukup ke tangan nak bawang tu kak hehhee..

tq kak muahzzz

Amelia said...

Hi my dear Sha, arh.. finally dapat masuk your pondok. Cuba few times tak dapat comment.

Amboi... menu satu Malaysia. I mau itu black pepper ley....nampak especially sedapppp........

Itu chinese bowl pun I minat, very cantik. hehehe

Mau balik umah perah bib,sudah basah habis... kekeke

Nieza said...

Assalam kak Sha, sedapnya tgk daging black pepper ni...saya suka msk gini.lapar lak tgk..hehe

Chik Mimi said...

Assalam kak Sha ,terima kasih sudi singgah n tinggalkan jejak kat rumah kita yg tak seberapa tu
Daging blackpepper tu mengancamnyaaa

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ