ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label LAKSA PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label LAKSA PELBAGAI JENIS. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Asam Laksa Sinced 1994 - 2012



Assalammualaikum.... ;)

Selamat petang semua :D Masak apa hari ni?

Cuti lagi hari ni kita kan kan.. :) Hari ni i masak simple aje... dah lama teringin sangat nak masak Asam Laksa... kiranya dah lama mengidamlah ni ya...ya betul tu terhingGiiinn sangat!

Pulak masa hari raya lepas tu... mana2 rumah i pergi langsung tiada satu rumah pun yang menyediakan Laksa Asam.. Kecur manjang aje :D

Asam Laksa Sinced 1994-2012


Almost 18 tahun i tak masak Laksa Asam! :))

Wahh lama tu kan.. selama ni kalau teringin sangat nak makan i beli aje di pasar malam. Sedap juga.

Kali terakhir dan kali pertama i buat Laksa Asam pada tahun 1994 lama sangat tu kan?

Ingat lagi masa tu i mintak resipi dari Kak Mira kawan sepejabat i dulu. Kak Miralah yang bagi i resipi. Mujur tak lupa :))

Tahun 1994 i buat Asam Laksa untuk majlis open house i masa tu. Ramai kawan pejabat yang datang. Panik! You ialah masa tu first time buat open house rumah sendiri ;)) buat banyak sangat! satu periuk besar kuah laksa asam. Selesai jamtu jugak! petang tetamu datang terpaksa pulak i gorengkan mee hoon.. :)) ingat lagi dulu you... :D

Dan hari ni September 2012 sejarah berulang kembali! :D

 Asam Laksa Sinced 1994-2012


1 peket laksa beras i guna jenama EKA.
rendam satu jam bersama air sejuk.
Toskan dan rebuskan atau celur di dalam air mendidih.
Angat dan toskan!


Laksa beras! siap dah... jom buat kuah laksa asam!

Asam Laksa Sinced 1994-2012


1/2 kg ikan kembung batu *buang perut
Masukkan ikan di dalam periuk dan tuangkan air sama rap dengan ikan. Taburkan sedikit garam dan rebus sehingga ikan masak!
Angkat dan toskan.
Ketepikan air rebusan ikan.

Cara :

ambil isi ikan sahaja. Masukkan isi ikan bersama air rebusan ikan tadi dan kisar sehingga hancur. Ketepikan.
Tulang-tulang ikan campurkan bersama sedikit air dan kisar sehingga hancur. Tapis dan ambil airnya.

Asam Laksa Sinced 1994-2012

Cara Membuat Kuah Laksa Asam :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
5 cm belacan *satu peket kecil

BAHAN LAIN :

7-8 keping asam gelugor
3 cm lengkuas *titik
2000 ml air
gula dan garam
5 tangkai daun kesum *ambil daun sahaja
3 kuntum bunga kantan *hiris nak potong dua pun boleh

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR* air dan kesemua *BAHAN-BAHAN* lain dan renehkan sehingga mendidih.
Sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah pekat!

TARRAAA!!!


Pekat, lemak dan Pedas!


Slurppppppppppp.. hadoii masa ni kecur tak sudah!
baunya perghhh kecur youuuu aiii.... ;)

Asam Laksa Sinced 1994-2012
Ulaman Dan Sampingan


telur rebus
timun
daun salad
bawang potong
cili padi & cili hijau
nenas
daun kesum
daun pudina *i tak de :D
petis *i tak berapa suka/tak reti :D
limau sambal

Asam Laksa Sinced 1994-2012


Lepas tu bubuhlah ramuan di atas bersama laksa beras... ;)
cili padi tu lebihkan sikit!
tahulah langit tinggi ke rendah! :))

Asam Laksa Sinced 1994-2012


SlurpPPPpppppppppppppppppp....
Punyalah senang.. kalau penyakit 'TK' >>> 'tak kuasa' tu melampaui segalanya aje memang tak terbuat sampai tahun 2020!!!
kuatkan semangat.. SLuruUPPPPP wahh giteeww ;))


Sekian sahaja....
Tak ke mana ke cuti-cuti ni?
Jap aje lagi i bersiap nak menjengkit!
shopping ke?
idaklah.. nak ke kedai buku huhuhu...
dah lama tak memborong buku!
shopping buku time!!! :D

Assalammualaikum!

TATA!!


Sunday, February 13, 2011

LAKSA JOHOR VERSI (1)

 
LAKSA JOHOR VERSI (1)

Sebut je Laksa Johor... semua orang Johor suke ekk.. pastu dah namanya Laksa Johor.. okay ni nak cerita ler sikit ekk... Laksa Johor kalau di rumah Ibu mertua kalau hari raya inilah hidangan utamanya di pagi raya oke... so resipe ni pun dari resipe dari Ibu mertua kesayangan... ada banyak lagi cara memasak dan menyediakan Laksa Johor ni sebab tu i buh 'LAKSA JOHOR VERSI (1)' . Laksa ni ada orang buat bertumis macam Bonda Shasha Laksa style dia bertumis, nanti sha share dengan you all oke.. so sekarang ni memang ler tengah kekenyangan, pulak tu Abang Sulong sekeluarga datang bertandang ke rumah.. tu yang masakkan Laksa Johor.. bukan ler susah sangat.. mudah aje.. tak perlu tunggu raya ekk.. ekk.. ikan pun boleh guna beberapa jenis ikan, kalau yang asli guna ikan parang... ada yang guna ikan selayang dan ikan kembung tetapi Bonda Shasha selalu guna ikan tenggiri, lebih banyak isi dan manis isinya... so pilihan terletak di tangan anda! cewahh.. ewahh...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
LAKSA JOHOR VERSI (1)
 
Bahan untuk Isi Ikan :
  • 2 ekor ikan tenggiri anggaran 1kg ~ buang perut cuci bersih dan isi air 1 cawan di dalam kuali dan masukkan ikan bubuh garam sedikit. tutup kuali biarkan sehingga air kering. atau ikan tenggiri masak
  • Leraikan isi ikan dari tulang dan kisar sehingga hancur (benar2 hancur) ketepikan
  • kisarkan tulang ikan bersama sedikit air sehingga lumat dan tapis air tulang ikan dan campurkan bersama isi ikan yang telah di kisar tadi. ketepikan

 
Bahan Untuk Ramuan Kuah Laksa (kisar halus):
  • 2 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • inci halia
  • 2 inci kunyit
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • **kisar kesemuanya dan ketepikan
Bahan-bahan lain :
  • 2 keping isi ikan kurau (tumbuk hancurkan atau sekeping-sekeping)
  • 6 sudu besar udang kering ( kisar)
  • 3 sudu besar rempah laksa atau rempah kari ikan
  • 5 sudu besar kerisik
  • 2 biji kelapa ~ jadikan air santan sebanyak setengah periuk atau anggaran 2500ml santan
  • 2 keping asam gelugor
  • garam dan gula

Cara memasak kuah Laksa :
  • Masukkan santan ke dalam periuk, masukkan kesemua bahan-bahan yang telah di sediakan di atas renehkan di atas api sederhana dan sentiasa di kacau rata
  • kacau sehingga kuah pekat dan agak kental 
  • sesuaikan rasa angkat dan ketepikan

Spagetthi :
  •  3 kotak spegetthi ~ panaskan air dan celurkan sehingga spegetthi empuk atau tanak
  • capkan mengikut suka anda.. shasha buat bentuk 'S'

Sayur-Sayuran untuk Laksa :
  • 1 biji timun ~ buang kulit dan hiri nipis (lihat gambar)
  • 3 pokok daun kesum ~ hiris nipis
  • 3 pokok daun selasih ~ hiris nipis
  • 1 cawan taugeh ~ buang hitam dan ekor
  • 1 biji bawang kuning ~ hiris bulat dan tipis
  • limau sambal 
  • sambal belacan
  • atau caipo jika suka
TENGGG!!! TARRAA!!!
 LAKSA JOHOR VERSI (1)  
LAKSA JOHOR VERSI (1) 
  LAKSA JOHOR VERSI (1)  
 

 KUAH LAKSA
SPAGETTHI
SAYUR-SAYURAN
SAMBAL BELACAN
 LAKSA JOHOR TELAH DI RIMBUN DEK KENGKAWANNYA AHAKZ!
 SET LAKSA JOHOR VERSI (1)
Tu dia... nampak leceh... tapi mudah aje oke.. sangka mudah.. aje memang ler mudah ekk.. ekk..
nanti i share dengan you all LAKSA JOHOR VERSI (2)
SELAMAT MENJAMU SELERA!!!
pstt.. kat gambor tu i tak de.. tukan snap gambor.. bagi peluang pada yang lain hehee...:):)
TATA!!!



Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ