ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, June 3, 2012

Apam Marie PLKN Giteww... Versi School Holiday!


Assalammualaikum.. semua sahabat-sahabat baru dan lama.. :) terima kasih kerana masih sudi berkunjung di dapur ku ini... yang kejap ada.. kejap tak ada :)) masih sibuk melayan anak-anak.. maklumlah masih dalam mood cuti sekolahlah katakan ya tak ;)

Penatnya jangan cerita.. rasanya dalam 2-3 hari ni i bukannya bercuti tetapi sibuk bagai nak haper! penat ya hamfunn.. hanya Tuhan sahaja yang tahu.. melayan kerenah anak-anak hadoii.. penat memang tak boleh nak di gambarkan i tell you! 

Penat dan sibuklah macam mana pun.. i tetap menyediakan juadah yang simple buat keluarga tersayang :) sama macam you all jugak! ni baru sahaja selesai bercuti bersama Abang Amin.. yang baru je balik semula ke kem PLKN.. sekejap benar masa berlalu... hmm :)


Tu dia... beskot dalam ten emas i tu masih banyak lagi taw :))

walaupun dah banyak juga ku bungkuskan bagi sedara mara.. ehh.. ada lagi tu! maka telah ku ciptakan satu lagi resipi dengan menggunakan biskut oil Marie i tu ekk.. dengan idea... datangnya dari.. :))


Yer.. idea datang dari seluar celoreng Abang Amin di PLKN hahahaha :))

Walaupun kelernya tak sama si cik apam i tu kan.. jadilah.. loreng-loreng jugak teww... :) yer giteewww :))

APAM MARIE PLKN GITEWW


BAHAN-BAHANNYA :

200 gm tepung gandum
150 gm biskut marie oil *Pecah-pecahkan*
100 ml santan pekat + 250 air
sedikit garam
1/2 peket yis kering
100 gm gula pasir
sedikit pewarna merah dan biru *atau apa jua warna*

kelapa parut tanpa hitam + sedikit garam *kukus*

CARA :

campurkan kesemua *Bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati*
Ketepikan dalam 4-5 jam *i ketepikan semalaman*

setelah adunan naik, bahagikan kepada dua bahagian dan bubuh warna yang anda suka.

Panaskan pengukus dan masukkan adunan ke dalam acuan kukus, bubuhlah adunan dengan cara meloreng-lorengkan.

Kukus selama 15-20 minit.
Angkat dan taburkan bersama kelapa kukus!

TARRAA!!!

APAM MARIE PLKN GITEWW


Baunya harum naaa....


lembut dan gebuu youUuu... :)


harum, lemak dan enak! samalah jugak macam apam biasa tu.. cuma bertambah2lah lemak biskut marie i tu kan kan... ;)


Wahh.. Abang Amin tengah nak test tu.. Syyy.... penuh dengan gaya You! awww :))

komen sikit Abang Amin.... ;)


"Awesome!" yer giteeww... kata Abang Amin..

jangan memain! lentik aje ibu jari tu taw.. :))


APAM MARIE PLKN GITEWW

Tabik!!! Hormat!!

cecewahhh.... :))


tu dia antara menu hidangan istimewa sepanjang Abang Amin
bercuti di rumah ni... sekarang hanya tinggal kenangan manis.. :)

Abang Amin dah pulang semula ke PLKN...


Sepanjang 5 hari Abang Amin ada di rumah..

hidangan istimewa tetap berhidang untuknya dan keluarga tersayang... percutian selama 5 hari bersama Abang Amin dan keluarga.. adalah antara kenangan terindah buat kami sekeluarga..

Tu tengah bercuti ler tu kononnya.. ke mana?? Plan Z i tu kan... ;)

Panjang kisahnya.. bagi i rest dulu yaa..

Buat semua teman-teman tersayang yang meninggalkan jejak.. sabar yaa.. Insyallah akan ku kunjung ke rumah you all.. sabar yaa.. tungguUUUuu... muahhzzz :)

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ