ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, August 1, 2012

Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut


Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 12..
diam tak diam... beskot raya tak buat lagi :)) tak pe.. tak pe.. minggu depan kita sama-sama marathon buat cookies ehh... esok lusa nanti i share list biskut raya yang bakal i buat untuk Aidilfitri :D

Hari ini i tak masak.. gambar di atas itu adalah menu berbuka i semalam... Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut... resipi di bawah i share buat semua teman-teman.. juga resipi baru di dapur The Writer's CooKING wah giteeww... :D

Petang nanti i akan berbuka puasa di luar.. wahh bestnya :D bersama adik bungsu kesayangan dan keluarganya.. i bertiga sahaja.. Pak Habibi TembamBOM kesayangan i tu tak ada.. outstations selama 2 hari.. huaaaaaaaaaaaaaaaa..*nanges* atau hoooreeeyyyyyyy ??? ;)

Mau taknya tak perlu ler memasak hari ni... tapi kan.. selang 10 minit Pak Habibi sms.. padahal dalam bilik meeting tu...

"Petang ni masak apa?"
"Esok masak apa?"
"Dah masak ke?"
"Drive kereta baik-baik." <<selama ni jahat naa ke i memandu?? :))

dan yang paling tak ku tahan....

"Esok masak sotong masak hitam best kan?"

Ya, giteww.. tu baru 2 hari tak ada... kalau seminggu?? :))


Bukti bahawa udang di atas itu adalah menu berbuka 11 Ramadan :D



UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm udang *saiz M* cuci dan buang hujungnya

5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan nestum
2 helai daun limau purut *mayang
1 biji telur
sedikit garam dan gula
sedikit cracked blackpepper
minyak untuk menggoreng

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan perapkan lebih kurang 15 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga bertukar warna keperangan atau garing.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT


Memang sedap.. enak dan ranggup... harum bau daun limau purut dan rasa nestum yang... waduhh kenalah cuba yaa... :D


Selamat berpuasa.. dan selamat berbuka puasa.

Assalammualaikum..

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ