ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, August 1, 2012

Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut


Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah dah masuk puasa yang ke 12..
diam tak diam... beskot raya tak buat lagi :)) tak pe.. tak pe.. minggu depan kita sama-sama marathon buat cookies ehh... esok lusa nanti i share list biskut raya yang bakal i buat untuk Aidilfitri :D

Hari ini i tak masak.. gambar di atas itu adalah menu berbuka i semalam... Udang Goreng Nestum Bersama Daun Limau Purut... resipi di bawah i share buat semua teman-teman.. juga resipi baru di dapur The Writer's CooKING wah giteeww... :D

Petang nanti i akan berbuka puasa di luar.. wahh bestnya :D bersama adik bungsu kesayangan dan keluarganya.. i bertiga sahaja.. Pak Habibi TembamBOM kesayangan i tu tak ada.. outstations selama 2 hari.. huaaaaaaaaaaaaaaaa..*nanges* atau hoooreeeyyyyyyy ??? ;)

Mau taknya tak perlu ler memasak hari ni... tapi kan.. selang 10 minit Pak Habibi sms.. padahal dalam bilik meeting tu...

"Petang ni masak apa?"
"Esok masak apa?"
"Dah masak ke?"
"Drive kereta baik-baik." <<selama ni jahat naa ke i memandu?? :))

dan yang paling tak ku tahan....

"Esok masak sotong masak hitam best kan?"

Ya, giteww.. tu baru 2 hari tak ada... kalau seminggu?? :))


Bukti bahawa udang di atas itu adalah menu berbuka 11 Ramadan :D



UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHANNYA :

500 gm udang *saiz M* cuci dan buang hujungnya

5 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan nestum
2 helai daun limau purut *mayang
1 biji telur
sedikit garam dan gula
sedikit cracked blackpepper
minyak untuk menggoreng

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan perapkan lebih kurang 15 minit.
Panaskan minyak dan gorengkan udang sehingga bertukar warna keperangan atau garing.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

UDANG GORENG NESTUM BERSAMA DAUN LIMAU PURUT


Memang sedap.. enak dan ranggup... harum bau daun limau purut dan rasa nestum yang... waduhh kenalah cuba yaa... :D


Selamat berpuasa.. dan selamat berbuka puasa.

Assalammualaikum..

TATA!!

16 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum kak sha.
Hr ni mkn luar ya. Untung sbb x pyh ssh2 nak msk dan pening2 nak fikir msk apa. Sue x bp sgt mkn luar bln2 pose ni sbb takut membazir ja. Bln pose mkn bkn kuat mn. Org pesen mcm ni ptt duduk rmh, buka kat rmh ja lah. Hihihii.
Kak! Sedap tu sotong akk tu. Nmpk rangup ja

ibh_sue said...

Eh silap! Nak sebut udang tertaip sotong lak. Hahaha. . Tu lah! Pala ni terfikir nak mkn sotong goreng tepung lagi. Kikikii

Shahriah Abdullah Novelis said...

Sue cayangg selamat berpuasa yaa.. akak pun bukannya makan banyak naa.. tapi Pak Habibi tak de tu yang makan luar.. kalau masak alahai aje memang tak luak.. itu udang dik bukan sotong akak faham puasa kan kan hehhehe

ShimaSalleh said...

hahahaha sama ngan abg amin!

Shahriah Abdullah Novelis said...

Heehehe... ye laa biasa buat sotong goreng celup tepung kankan...

Norzie hany said...

Sedapnya meratah udang tu Sha,nasi dah tak pandang lg.klik chup2.

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq Kak Norzie..:)) meratah udang nasi tak pandang dah hehehe.. tq so much kak..:)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Rania tq so much dik.. akak dah singgah dan dah baca pun terima kasih cayanggg selamat berpuasa dan berbuka ya...:)

dZana said...

aslmkum sha.. boleh meleleh klau tenung lelama.. akk pun verangan gak nk buat cookies.. harap2 mjadi kenyataan.. (tpi sebenarnya dah oder pun 2, 3jenis.. hihihi)

rahyan said...

Assalamualaikum Sha! This is my first visit to your site. Teruja benar nak try resipi udang ni! Da bookmarked da pon. Terima kasih!

tiera said...

sedap je nmpk...yummy..:)

Amie said...

Mesti harum bau daun limau purut udang goreng nestum tu Sha.... sedapnya kalau ratah-ratah aje, puas makan!

Wani said...

salam kak sha.. waduh sedapnya kak sha x pernah masak style udang cam ni .. harus dicuba2

Myra Jay said...

Sedapnya...
Msti rangup ni :)

Nestum peberet tu :D

~azillakhalison~ said...

supper nyummmy nihhh

zuwaidah said...

mesti bau wangi udang goreng nestum dgn adanya daun limau purut tuuu..haaaaaaaaaaaaa sedapnya bauuuuuuu

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ