ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, September 6, 2012

Kari Ayam Ala Shahriah Beserta Tips Dan Step By Step Ya Giteew


Assalammualaikum... :)

Masih busy sebenarnya :D Tapi hari ni entah mood apa agaknya.... terajinlah pulak nak berlama-lama di ceruk dapur tu hah! bukannya ada pembantu pun... sendiri mengecah sendiri yang mengemas :))

Anggap macam ni lah yaa..
hari ni hari bonus buat semua pengunjung blogs dapur maya Shahriah yaa... sebab sayang sangat kat you all hah! i snap gambar banyak-banyak beserta step-by-step cara nak memasak kari ayam di dapur :D

Yang mana dah pakar memasak tu.. scroll down ajelah gambar-gambar di bawah tu.. yang mana baru nak berjinak-jinak di dapur tu hah! semuanya i tujukan khas buat you all..:D

Ayam Masak Kari Ala Shahriah :)


Wahhh bukan main lagi tajuk menu hari ni :D
Okay bercerita tentang kari ni kan.. semua tahu memasak kari tak kiralah kari ayam ke.. telur ke..
daging ke.. apa sahajalah yang di namakan lauk kari...
Tetapi... ya ada tetapinya.. bukan semua kari yang di masak sedap dan enak!
Wahhh cemana pulak tu yerk.. cenggini.. walaupun i sentiasa memasak di dapur tu..
kadang kalanya kan... lauk kari yang di masak tu tak sedap! maksud i kurang enak.. kuah macam kurang kick! santan dah bubuh sebanyak tidak lemak tak berasa! hah giteew.. kiranya kari failed lah tu pada i.. ni bercerita tentang pengalaman sendirilah ni yaa.. dan bukan orang lain tau.. hah babab! nanti... :)

nak kata masak tak sepenuh hati tidak pulak.. sentiasa ikhlas dan penuh kasih sayang giteeww... :D


Antara punca memasak kari kurang enak adalah di sebabkan waktu menumis tu tak lama..atau mungkin juga jangka waktu mereneh tu nak kena lama sikit.. anggornyalah kan.. :D

kari ni kan lebih rumit di bandingkan dengan rendang..
 serius ni ekk..
ini pendapat i lah kan... sebab kalau masak rendang.. campak tebor macam mana pun ehhh sedap aje ngko aii!
tapi kari.. banyak kali jugak bila i masak kurang enak.. so bila i kaji semula..
memasak kari ni nak kena cool....dan follow step-by-step... 
senyum aje bila memasak :)) hah! ngko aii.. gurau aje yer..:)
Udah ler tu.. i ni kan semakin banyak kerja banyak pulak ceritanya yaa.. sambung nanti ajelah yaa.. meh ler kita memasak kari dulu...

Ayam Masak Kari Ala Shahriah :)


BAHAN-BAHANNYA :


*Anggaran 1 KG*
1 ekor ayam Cuci bersih dan rendamkan bersama air beras.*salah satu cara untuk hilangkan bau hamis pada ayam*
Rendamkan selama lebih kurang 20-30 minit.
Setelah itu toskan terlebih dahulu.

Untuk Menumis :


1 pelepah daun kari *ambil daun sahaja*
2 sudu besar penuh serbuk kari ayam *campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan pes*
1 batang serai *titik*
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN UNTUK DI KISAR LUMAT :


2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 batang serai
5-6 batang cili kering


200 ml santan pekat atau 1 kotak santan pekat
*i guna santan kotak sebab santan fresh elek!* :D
santan fresh lebih sedap yaa.. so i cadangkan gunakanlah santan fresh :)



3 biji kentang saiz besar *potong 4*

CARA :


Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.


Selepas itu masukkan pula *BAHAN KISAR* sehingga naik bau atau pecah minyak.
Masa ini sederhanakan api dapur anda.. sentiasa di kacau dan biarkan selama lebih kurang 5-7 minit.


Masukkan pula isi ayam yang telah di toskan dan kacau rata.
Biarkan ayam sehingga bertukar warna dan sentiasa di kacau.


masukkan kentang dan kacau rata.
Setelah itu masukkan 700 ml air dan renehkan.


Tutupkan periuk dan renehkan sehingga ayam dan kentang empuk.
Setelah itu masukkan santan pekat dan kacau sebati.
Masukkan gula dan garam, sesuaikan rasa, renehkan sebentar.
Angkat dan hidangkan!!

TARRRAA!!!!!!!!

Ayam Masak Kari Ala Shahriah :)


Mudah aje tu kan? masa nak menumis tu yang agak lama sedikit... 
ayam tu pulak biar empuk dan ala-ala isi nak tertanggal dari tulang.. waduhhhhhhhhh...
serius memang ler sedap bangat!
kentang tu biar empuk.. ala-ala baru nak di cuit dah peroi gitewww..
wahhhhh... pengsan! Youuu.. ya giteeww.... :D


Jangan lupa rebus telur masin... :D
miauuuuwwww memang lawanan yang best dengan Kari Ayam Ala Shahriah wahh giteeww :D


Pulak sekarang ni musim pelam muda kat pasar :D
apalagi buat sambal belacan lebih sikit.. buhkan pelam muda tu..
wow!!!! tetiba :))


Sambal belacan di lupa jangan!
terbaik memang dengan lauk kari ayam tewww :)


Gorengkan pulak sayur bayam... biar berkuah sikit...
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... nyaman giteeww...:)


Hidangan yang cukup simple dan enak..
Hilang jemu jelak terhadap ayam sepanjang berhari raya hari tu kan kan.. :D


Sekian sahaja... perkongsian untuk hari ini..
mood nak membaking dah mari...
sibuk macam mana pun.. memasak adalah salah satu rutin wajib dan penting di dalam jadual kerja Shahriah...
cuma bab mengambil gambar step-by-step tu sahaja entah kenapa mood santai baik betul! :))


Jumpa nanti..
Jaga diri..
Senyum selalu...

Assalammualaikum..

TATA!!!

Ubi Rebus Dan Sambal Tumis 3 Rasa Terbaik i Tell YoUuu


Assalammualaikum... :)

Apa Khabar semua teman-teman? Masih dalam mood raya ke? Amboii.. dengar cerita masih ada yang mengambil tempahan biskut raya.. siapa tu? Auntie i lerr... orang sibuk beraya dan mood tinggal suam-suam kuku nak beraya.. wahhh dia sibuk menerima tempahan biskut raya.. rezeki ALLAH beri... :D

Kepada semua teman-teman yang meninggalkan komen tu... terima kasih sangat.. Insya~ALLAH dalam waktu terdekat dan apabila semua urusan kerja penulisan yang bertimbun ni selesai.. Insya~ALLAH i akan jejaki anda semua.. terima kasih yaa.. janganlah merajuk atau berkecil hati sebab i tak dapat membalas komen anda semua yaa.. i tetap baca setiap komen dan i sentiasa ingat... sehinggakan kekadang tu bila tengah busy.. teringat kat you all semua.. masak apalah agaknya kawan-kawan i tewww :D


Okay cerita pasal ubi kayu ni kan kan...
menu di atas tu bukan hari ni jadi santapan i sekeluarga.. hujung minggu lalu i bikin :D
baru hari ini berkesempatan i share.. tahu kan kenapa? yaaa sebab sibuk sangat yang aiii...

Cerita pasal ubi kayu ni kan kan.. inilah kesukaan Bonda tersayang aii tau... tiap minggu mesti dia akan beli di pasar...
padahal ada diebetes.. kalau bonda ada di rumah i.. sure dah kena bebel sikit.. cikit aje...:D

Bonda cakap... alah bukan selalu pon..
wahhh... demi Bonda tersayang i rebuskan jugak..
Ubi kayu pemberian dari jiran sebelah rumah.. fresh dari kebun tau..
lepas cabut terus hantarkan kerumah i.. macam tahu-tahu aje bonda i ada di rumah ni hah! kisah minggu lepas ler ni ekk... sekarang Bonda i dah melancong.. dengarnya naik belon bercuti.. amboii.. bercuti tak ajak i kan.. :D


Maka telah ku masakkan Sambal Tumis 3 Rasa...
ada Udang, Telur dan Ikan bilis...
waduhh lawankan dengan ubi rebus... fresh pulak tu..
lembut dan gebus...
perghhhh.. i yang tadinya jadi penasihat Bonda... wahh lebih sudu dari kuah :))
tak pe.. tak pe.. bukan selalu :D

Ubi Rebus


CARA MEREBUS UBI :

Ambil beberapa ketul ubi dan kupas kulitnya..
Cara nak cuci Ubi dengan lebih putih berseri lagi suci cecewahh... mudah sahaja...
Ambil sekeping tuala bersih *tuala tangan yang kecil tu* dan semasa mencuci tu sental dengan tuala kecil tu yaa.. Insya~ALLAH ubi akan putih bersih sesuci embun pagi..
idak ler nampak kelabu aje giteeww :D
*baca selawat jangan lupa masa mencuci tu ya* :)

Okay untuk merebus ubi pula yaa..

Masukkan ubi yang telah di cuci dan di potong 6 inci panjang jangan terlalu kecil nanti bila di rebus mudah pulak hancur.
Selepas itu masukkan ke dalam periuk dan tuangkan air secukupnya.. sama paras dengan isi ubi itu.
Taburkan sedikit garam halus dan 2 helai daun pandan yang telah di siat dan di simpul.
Rebus sehingga ubi empuk.. angkat dan toskan!

TARRAA!!!

Ubi Rebus


Serius ni.. makan masa panas-panas..
waduhhh cicah pulak dengan sambal tumis..
terangkat Youuu :D dah lah bau ubi rebus tu harummm naa bau pandan.. waduhh pengsan! :D

Sambal Tumis 3 Rasa



BAHAN-BAHANNYA :

6 biji telur rebus
1/2 kg udang saiz M
1 cawan ikan bilis *kisar*
2 biji bawang holland *potong bulat*
1/2 cawan air asam jawa
gula dan garam
minyak untuk menumis

BAHAN KISAR :

30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai
2 cm belacan

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN KISAR* renehkan sehingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan ikan bilis *kisar* dan kacau sehingga sebati.
Masukkan bawang holland. Renehkan sehingga kuah agak pekat.
Sesuaikan rasa baru masukkan Udang dan telur rebus.
Kacau sebati dan sedia di hidangkan!!

TARRRAA!!!

Sambal Tumis 3 Rasa


Pekat, pedas, Lemak dan manis..
Ada Udang, Telur dan rasa lemak ikan bilis..
tiada komen untuk hidangan di atas..
sikit ajelah komen :)) TERBAIK!!!!
Wahh giteeewwwww :D

Ubi Rebus
&
Sambal Tumis 3 Rasa


Hadoiii... kesedapannya sehingga laa ni terasa-rasa kat anak tekak ni hah! jarang dapat rebus ubi fresh.. serius memang gebus dan enak bangat dong!!

Terfikir-fikir juga.. Insya~ALLAH nanti nak buat hidangan di atas tu untuk majlis makan-makan di rumah ni hah... simple dan enak Youu... :D


Kata Bonda..
masa zaman kekanak dia dulu.. ubi rebus memang makanan ruji mereka sekeluarga..
memanglah masa tu zaman perang baru sahaja berlalu.. tetapi beras mahal.. maka ubilah menjadi gantiannya..
terbalik pulak sekarang ni...
Nak dapat ubi yang baru sahaja di cabut dari tanah... dan terus di rebus.. punyalah payah! :D
hati terdetik... Syukurlah apa yang ada...:)

Jumpa lagi..
Jaga Diri yaa..
Senyum selalu...


Cak!!!!
Nellysha kirim salam...
dia pun sekarang ni sedang sibuk berlatih sukan..
mewakili sekolah untuk acara Larian 100 Meter..
Doakan Nellysha berjaya yaa.. tak dapat No 1 pun tak pe..
yang penting penyertaan...:)
*gambar Nellysha celah bunga.. belum mandi masa tu :))

Assalammualaikum..

TATA!!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ