Assalammualaikum... Selamat Tengahari Kawan-kawan :)
Masak apa hari ni? i masak simple aje... sedang giat berdiet.. tetapi ini bukan menu berdiet ;))
Kalau dah ada mayo... ada chili sauce... ada telur.. ehem! ini namanya resipi menambah lemak! :))
Apa pun hidup perlu di teruskan.. yang berdiet teruskan berdiet.. jangan banyak sangat berpantang...
Macam i lah sekarang ni.. dalam berdiet.. dalam berpantang.. wah! semakin kuat pantang i...
Pantang jumpa makanan! muahahahaa.... :D
Okay, untuk tidak melengahkan masa lagi.. meh! ler kita terus sahaja ke resipi yang mudah dan ringkas untuk di sediakan.. ;)
Salad Telur
BAHAN-BAHAN UNTUK SALAD :
3 biji telur *rebus dan kupas kulitnya ~ potong bulat
3-4 helai daun salad *cuci bersih
2 biji tomato ~ potong nipis
1 biji timun muda ~ potong nipis
Semua bahan-bahan di atas susun di dalam piring/pinggan
UNTUK SOS THOUSAND ISLAND YANG TERMUDAH DI DUNIA :D
1 cawan mayonis
1/2 cawan sos cili
*boleh tambahkan gula dan sedikit garam
Semua bahan di atas campur dan gaul sebati
Sedia di hidangkan bersama salad telur!!!
TARRAA!!!
Salad Telur
Mudah aje tu kan???
Yang TERmudah dari dapur The Writer's Cooking!
Nak yang susah payah? tunggu nanti yaa.. masanya akan tiba ;)
Jumpa nanti.. jaga diri..
Assalammualaikum... :)
TATA!!