ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, March 26, 2012

STRAWBERRY YOUGURT CHOC CUP CAKES

STRAWBERRY YOUGURT CHOC CUP CAKES


Assalammualaikum... wahh awal hari ni i masukkan menu minum petang... buat awal, lepas memasak nyambil mengemas dapur tu.... bancuhlah sikit kek comey lotey tu ekk... pulak kengkawan Hero no 1 i tu ramai datang dok bincang isi borang nak masuk U... so buat ler sikit... makan panas-panas ramai-ramai memang seronok... teringin nak anak ramai... apa nak buat... setakat ni tu laa... 3 orang terkonteng-konteng... tak tahulah esok lusa mana tahu ada rezeki tambah lagi 3!!! *pengsan!*


dapat idea pasal si cik adik yougurt strawberry dalam peti sejuk tu ekk.. fav anak-anak i dan bonda nih! so ada banyak lagi berbaki... maka ku bancuhkan dalam adunan kek tu ekk... maka terciptalah...

STRAWBERRY YOUGURT CHOC CUP CAKES

1 kotak yougurt Anlene *perisa strawberry
150 gm mentega
150 gm gula castor
200 gm tepung kek *blue key + 1 sudu kecil baking powder -ayak bersama --->> 2 sudu besar serbuk koko *van hauten
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Choc ganache untuk topping 

CARA :

Campurkan mentega, gula castor, telur & esen vanilla ke dalam mangkuk adunan dan putar selama 5 minit.
Masukkan yougurt dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung dan putar sehingga sebati.


ambil scoop ice cream dan scoop ke dalam cup cakes...

bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 15-20 minit


sejukkan terlebih dahulu, aduhaii baunya masa tu... harumMMm naa...

TARRAA!!!!

STRAWBERRY YOUGURT CHOC CUP CAKES


MUDAH aje tu ekk.... tak sampai sejam dah siappp... kalau manjang beli aje memang tak berbaloi... nak makan ramai-ramai pulak tu.... buat sendiri gerenti menjadi....


Yummyyyyy!!!!! jangan lupa toppingkan dengan chocolate ganache.. memang terbaikk!!!


antara koleksi cup cakes dalam almari kek i tu ekk.. ada lebih 20 jenis cup cakes.. tu yang suka bebenau nak membikin tu... nak tahu sebab apa?? sebab suka tengok warna dan bentuk cup cakes yang so.. so.. so... sweet and cute!!!!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


now... baru pengsan!!!! *MY beloved catz... Caramale...

TATA!!!!


KERANG BERLADA

KERANG BERLADA


Assalammualaikum.. kisahnya macam gini... semalam petang tengah dok mengemas dapur lap sana lap sini tu kan.. tetiba ada motor berhenti depan rumah... ter HON! HON! ingatkan postman.. mana ada postman hujung minggu gini yer tak.. tetiba... "Kak nak beli kerang segar tak?" terkejut i you! ada kerang dilevery kat kampung i.. tak sangka YoUuu!!! borong 2kg! RM3 sekelo... segau dan bugauuu.. menyenggihhh aje kerang tu tengok i tau tau... *pengsan!*

KERANG BERLADA

1 kg kerang *cuci bersih dan toskan
1 batang serai *titik
3 sudu besar air asam jawa

BAHAN KISAR :

30 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 cm belacan


CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan serai dan *bahan kisar sehingga garing dan renehkan lama sedikit.
Masukkan air asam jawa dan sesuaikan rasa.
Masukkan kerang, kacau rata dan tutupkan dengan tudung kuali selama 10 minit.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!!

KERANG BERLADA


KALAU.... makan di luar dah berapa sekilo???? buat sendiri lagi berbaloi-baloi.. suci lagi halal.. masa nak meratah kerang tu pun boleh baca surat khabar tak giteeewww... gituh!

TATA!!!

SAYUR PETOLA REBUS

SAYUR PETOLA REBUS


Assalammualaikum.... Sayur Petola Rebus... macam pelik aje masa i nak taip nama resipe ni ekk.. hehhe.. lebih kuranglah macam lauk bening yang biasa kita masak tu... cuma i ubah suaikan.. sesiapa yang nak berdiet tu.. hah cara cenggini ler yang paling sesuai.. main pakai rebus tak di tumis ekk.. lama tak makan petola... teringin pulak nak memasaknya hari ni... ari tu pergi pasaraya capai sebatang.. kecik aje tak besor... :))) dah tu jerk...

SAYUR PETOLA REBUS


1/2 batang karot *potong julien/batang mancis
1 batang petola *hiris nipis *jangan buang kulitnya semua.. biarkan ada sikit-sikit nanti masa makan tu ranggup aje gitewww.. dan tidak ler sayur petola tu lodoh ekk...

1 biji kiub ikan bilis
2 batang daun selasih
600 ml air
1 ikat sohoon *rendam
1 keping perut tahu *rendam

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

CARA :

masukkan *bahan tumbuk, kiub ikan bilis dan air dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan karot dan daun selasih dan renehkan sebentar.
Masukkan petola, sohoon dan perut tahu.
sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

SAYUR PETOLA REBUS


Dah siappp.... mudah aje tu kan kan... sedappp naaa...:)))

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ