ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, July 27, 2012

Hidangan Berbuka Puasa 27hb Julai 2012


Assalammualaikum, :) 
Minta maaflah ya, bukak-bukak aje terus tersergam indah Sambal Belacan awww :D
Itu antara menu berbuka puasa i Ramadan yang Ke~7
i masak simple aje... tapi cukup menggiurkan cecewahh...;))
i masak awal.. sebab daging@tetel perlu di rebus lama agar empuk.. dan selebihnya i masak baru aje sekejap tadi.. sejam sebelum berbuka puasa.. lepas tu i dah boleh buat kerja lain.
Kalau sejuk??? microwavekan ada... ya gitewww..:D

**Gambar di bawah itu adalah hidangan yang i hantar kerumah jiran juga awal ku hantar..:)**

Jom! tengok i masak apa?

Sup Tetel Lembu@Daging Bersama Lelemak :D


lama ku rebus daging dan ada tetel di celah-celah daging itu..
sehingga benar-benar empuk.. ala-ala melting in my mouth gitewww :D


buh kentang bebanyak, karot potong besar-besar ala tersengkang tetapi lembut bila di kunyah :D
dan jangan lupa taburkan daun sadri bebanyak dan bawang goreng di atasnya..
waduhhhhhh ;)


sambal cili kicap jangan lupa tau! :D


Untuk resipi sup ini...



tu dia ikan merah goreng yang di selimuti hirisan bawang dan jangan lupa.. limau kasturi perah di atasnya..


makan dengan nasi pepanas..
 waduhhhh waduhhhh... duhhh duhh... :))


dan juga sambal belacan, limau kasturi dan ulam timun.. perghh..
mau tak bertambah nasi :D

Pencuci Mulut Istimewa :D


Puding sago aka Puding Sagu Biji...
apa yang istimewanya tu???


i gantikan kuah gula melaka dengan Pancake Syrup yang cukup enak!

CARA MEMBUAT KUAH :

1 cawan Pancake Syrup
1/2 cawan air
2 sudu besar gula pasir

Campurkan kesemua bahan-bahan dan masak sehingga gula larut, sentiasa di kacau



rasanya lebih enak dan baunya lebih harum... :)


ini kuah santan pekat yang di campurkan dengan sedikit garam
masak sebentar di atas api.. simpan di dalam chiller.. dah siap!

PUDING SAGO ISTIMEWA


BAHAN-BAHANNYA :

1 cawan sagu biji
5 1/2 cawan air
1 helai daun pandan *simpul
1 sudu besar pandan paste

CARA :

Campurkan kesemua bahan-bahan dan sentiasa di kacau sehingga sagu biji larut dan sila lihat gambar di atas.
i sukakan sagu yang ada putih-putihnya tu nanti bila masuk mulut tergigit-gigit waduhhh...

Wahh.. sambung :D

Selepas itu bolehlah di masukkan di dalam acuan dan setkan di dalam chiller... setelah sejuk bolehlah dihidangkan bersama kuah gula dan santan!

TARAAA!!!

PUDING SAGO ISTIMEWA


Bau harum, lembut, makan ketika sejuk...Slurrrppp giteewww :D


dapat juga hantarkan ke rumah jiran..:)


sekian sahaja hidangan berbuka puasa ke 7  i sekeluarga..:)

selamat berpuasa dan selamat berbuka ya.. kawan-kawan :D


:


:


:

:

:
BERSEDIA SOALAN KUIZ YANG KE~25???

:

:


:

:

:


Yang mana tak nampak tu.. ehehhee.. sila tanya sedara-mara atau keluarga..;))

Sekian sahaja..

Assalammualaikum...

TATA!!


Tips Di Dapur Bersahur Dan Berbuka




Assalammualaikum, :) Dah masuk hari ke~7 kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Semalam i tak masak untuk berbuka sebab bekerja di luar kawasan dan ada sesi temubual secara ekslusif bersama Radio Putra 90.7 di UPM Serdang.. wah jauh tu.. :) Syukur Alhamdulillah Apa pun segalanya dah selesai dan berjalan dengan lancarnya.. Amin..

Okay berbalik pada menu berbuka puasa i hari ini bersamaan Ramadan ke~7 27/7/2012 i masak simple di atas permintaan dan idea dari Pak Habibi kesayangan i tu. Sepanjang dalam perjalanan pulang tu.. wah memacam yang dia nak makan.. so ini antara permintaannya yang bakal ku tunaikan petang nanti Insya~ALLAH.. :D

Menu Berbuka Puasa 27/7/2012

  1. Nasi putih :D
  2. Ikan Merah Goreng Garing :D
  3. Sup Tulang/Tetel*lemak lembu :D
  4. Sambal Belacan & Sambal Belacan :D
  5. Puding Sago/ Puding Sagu Biji :D
Setakat ini itu sahaja yang di rancangkan :D
Tunggu petang nanti untuk resipi dan gambar berlubur bakal ku masukkan di sini :D

TIPS 


'Coklat' sila abaikan kotak yang terbalik gitu gaya, adalah tu kesinambungannya tu ;)). Okay bercerita tentang coklat ada bermacam-macam khasiat yang terdapat dalam coklat tu yaa.. KLIK SINI UNTUK PELBAGAI KHASIAT TENTANG COKLAT 

Okay berbalik tentang coklat.. i adalah salah seorang peminat coklat sedunia :D memang minat sangat dengan coklat tetapi ada beberapa jenis coklat sahaja yang i minat dan bukan semua ya, :) coklat sentiasa i stok dalam peti sejuk, bila teringin aje tinggal buka peti sejuk dan ngap! tidak di bulan puasa :D tetapi untuk bersahur..i memang akan mengambil 2-3 keping coklat untuk makanan sampingan untuk menahan dari lapar. Khasiatnya you all kliklah info di atas tu ya. 

Kebaikan menyimpan coklat dalam peti sejuk di bulan puasa :D bila terlewat bangun untuk bersahur, selera nak makan nasi atau pun apa jua hidangan untuk bersahur..i akan makan coklat dan minumlah susu ke, air masak ke.. lepas tu dah boleh berpuasa :D setakat ini Alhamdulillah anak-anak yang berpuasa di rumah ini juga kelihatan tenang dan cool sepanjang berpuasa. ~Wallahualam~ 

GORENGAN GARING DAN TIDAK SERAP MINYAK



Menggoreng apa jua masakan yang menggunakan minyak penuh amatlah mudah, tetapi tidak semudah yang kita sangkakan. Terutama apabila menggoreng jemput-jemput atau pun pelbagai jenis cucur. Bila goreng, garing di luar dan mentah di dalam :D atau pun garing dan tidak mentah, minyak pula berlinang dan lemau dek minyak yang serap dalam hidangan kuih-muih kita itu.

Antara tips yang biasa i lakukan ialah :

  1. Panaskan kuali terlebih dahulu baru di tuangkan minyak secukupnya.
  2. Pastikan minyak benar-benar panas sehingga 360'C atau panas dan berbahang *biasanya boleh di cuba dengan meletakkan tapak tangan 5 cm dari paras kuali dan bukan DI CELUP TANGAN TU! naya wehhh :))
  3. Gorengkan apa jua masakan yang ingin anda goreng dan pastikan jangan terlalu penuh atau padat di dalam kualai@minyak, kerana ini akan menyebabkan masakan akan lambat masak, lambat garing, masak tidak sekata dan menyerap minyak. *Masa ini bolehlah turunkan suhu api, sederhana dan bukan kecil ya.
  4. Setelah hidangan siap di goreng sila alaskan dengan tisu dapur bagi menyerap minyak berlebihan. Barulah di hidangkan..:)
  5. Sebelum nak menggoreng kali kedua sila pastikan minyak panas seperti keadaan mula-mula tadi. Dan barulah di goreng masakan yang seterusnya. 
  6. Lakukan sehingga selesai dan ulang kaedah yang sama seperti di atas tadi :D


Nampak tak? ikan goreng lebih garing, warna sekata dan tidak rentong! :D dan tidak berminyak!
Selamat mencuba!!



Sekian sahaja perkongsian hari ini.. tunggu petang nanti untuk resipi dan juadah berbuka puasa.. selamat berpuasa dan lipat gandakan amalan :)

:
:






:
:
:










BERSEDIA SOALAN KUIZ YANG KE~23???






:
:
:
:


Mudah aje tu kan? kalau susah na.. sila terbalikkan skrin pc anda :))

selamat berpuasa dan bermarathon.:)

Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ