ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, September 17, 2012

Asam Laksa Sinced 1994 - 2012



Assalammualaikum.... ;)

Selamat petang semua :D Masak apa hari ni?

Cuti lagi hari ni kita kan kan.. :) Hari ni i masak simple aje... dah lama teringin sangat nak masak Asam Laksa... kiranya dah lama mengidamlah ni ya...ya betul tu terhingGiiinn sangat!

Pulak masa hari raya lepas tu... mana2 rumah i pergi langsung tiada satu rumah pun yang menyediakan Laksa Asam.. Kecur manjang aje :D

Asam Laksa Sinced 1994-2012


Almost 18 tahun i tak masak Laksa Asam! :))

Wahh lama tu kan.. selama ni kalau teringin sangat nak makan i beli aje di pasar malam. Sedap juga.

Kali terakhir dan kali pertama i buat Laksa Asam pada tahun 1994 lama sangat tu kan?

Ingat lagi masa tu i mintak resipi dari Kak Mira kawan sepejabat i dulu. Kak Miralah yang bagi i resipi. Mujur tak lupa :))

Tahun 1994 i buat Asam Laksa untuk majlis open house i masa tu. Ramai kawan pejabat yang datang. Panik! You ialah masa tu first time buat open house rumah sendiri ;)) buat banyak sangat! satu periuk besar kuah laksa asam. Selesai jamtu jugak! petang tetamu datang terpaksa pulak i gorengkan mee hoon.. :)) ingat lagi dulu you... :D

Dan hari ni September 2012 sejarah berulang kembali! :D

 Asam Laksa Sinced 1994-2012


1 peket laksa beras i guna jenama EKA.
rendam satu jam bersama air sejuk.
Toskan dan rebuskan atau celur di dalam air mendidih.
Angat dan toskan!


Laksa beras! siap dah... jom buat kuah laksa asam!

Asam Laksa Sinced 1994-2012


1/2 kg ikan kembung batu *buang perut
Masukkan ikan di dalam periuk dan tuangkan air sama rap dengan ikan. Taburkan sedikit garam dan rebus sehingga ikan masak!
Angkat dan toskan.
Ketepikan air rebusan ikan.

Cara :

ambil isi ikan sahaja. Masukkan isi ikan bersama air rebusan ikan tadi dan kisar sehingga hancur. Ketepikan.
Tulang-tulang ikan campurkan bersama sedikit air dan kisar sehingga hancur. Tapis dan ambil airnya.

Asam Laksa Sinced 1994-2012

Cara Membuat Kuah Laksa Asam :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering
5 cm belacan *satu peket kecil

BAHAN LAIN :

7-8 keping asam gelugor
3 cm lengkuas *titik
2000 ml air
gula dan garam
5 tangkai daun kesum *ambil daun sahaja
3 kuntum bunga kantan *hiris nak potong dua pun boleh

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR* air dan kesemua *BAHAN-BAHAN* lain dan renehkan sehingga mendidih.
Sesuaikan rasa dan renehkan sehingga kuah pekat!

TARRAAA!!!


Pekat, lemak dan Pedas!


Slurppppppppppp.. hadoii masa ni kecur tak sudah!
baunya perghhh kecur youuuu aiii.... ;)

Asam Laksa Sinced 1994-2012
Ulaman Dan Sampingan


telur rebus
timun
daun salad
bawang potong
cili padi & cili hijau
nenas
daun kesum
daun pudina *i tak de :D
petis *i tak berapa suka/tak reti :D
limau sambal

Asam Laksa Sinced 1994-2012


Lepas tu bubuhlah ramuan di atas bersama laksa beras... ;)
cili padi tu lebihkan sikit!
tahulah langit tinggi ke rendah! :))

Asam Laksa Sinced 1994-2012


SlurpPPPpppppppppppppppppp....
Punyalah senang.. kalau penyakit 'TK' >>> 'tak kuasa' tu melampaui segalanya aje memang tak terbuat sampai tahun 2020!!!
kuatkan semangat.. SLuruUPPPPP wahh giteeww ;))


Sekian sahaja....
Tak ke mana ke cuti-cuti ni?
Jap aje lagi i bersiap nak menjengkit!
shopping ke?
idaklah.. nak ke kedai buku huhuhu...
dah lama tak memborong buku!
shopping buku time!!! :D

Assalammualaikum!

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ