ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label ASAM PEDAS IKAN ~ PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label ASAM PEDAS IKAN ~ PELBAGAI JENIS. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Asam Rebus Nenas


Assalammualaikum... :)

Masak apa hari ni? i masak simple giler! :))

Yang simple tu ler yang best!

Jimat masa. Jimat tenaga dan Jimat Masa! ya giteew... :D


i lawankan dengan ikan goreng kembung batu.
Salutkan dengan serbuk kunyit bebanyak naa..... 
goreng garing-garing!
sedap ngko aii! ;))


Jangan lupa tumbukkan sambal belacan pedas berapi!
perghhh berasap sehhhh :D

Hah! ada timun muda? potongkan nipis-nipis.
Ada petai? cuci bersih jadikan ulam, so i tak perlu goreng sayur hari ni... sebab busy dalam kurungan malas pun yerk! :D

Asam Rebus Nenas


BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji nenas *potong 
700 ml air
2 keping asam gelugor *asam keping
5 ekor ikan selar
4-5 tangkai cili padi
gula dan garam

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 cm halia
2 cm belacan

CARA :

Campurkan *BAHAN KISAR* bersama air, asam keping dan nenas ke dalam periuk.
Renehkan kuah sehingga mendidih.
Masukkan gula dan garam *sesuaikan rasa*
Masukkan ikan dan cili padi.
Masak dan angkat!

TARRAA!!!

Asam Rebus Nenas


sLURPPPpPPPP.... ahhhhh... nyaman giteewww :D


props hari ini.. Petai ;))





Sekian sahaja.... jumpa nanti!

Assalammualaikum...

TATA!!



Thursday, September 13, 2012

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Assalammualaikum... :)

Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah sihat yaa.. minta maaf i ni asyik tenggelam timbul aje masukkan N3 di dapur maya i ni kan... :D

i sibuk sangat sejak beberapa minggu ini. Ada beberapa undangan yang terpaksa hadiri. Penat memang penat tetapi cukup menyeronokkan! ya gitewww ;))


Asam pedas ni menu i beberapa hari yang lalu. Sibuk macam mana pun kepada kengkawan yang biasa follow blogs2 i yang ada 5 buah tu semua pasti dah faham benar. 
Sibuk macam mana pun tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tetap i tunaikan.
Lagi busy ehhh lagi special i hidangkan di meja makan sana tu hah!
itu yang badan Pak Habibi  maintain aje tu... ;))


Jarang sekarang ke pasar beli sayur.
Pulak Pak Habibi memang tengah asyik mengemas kinikan pokok-pokok tepi rumah tu hah!
so ada banyak jantung pisang.
i celurkan dan buatkan sambal asam...
perghhh.. terangkat memang i tell you ollss :D


Gorengkan pulak tempeh!
cicahkan dengan kuah cili padi kicap!
jangan panggil i bila dah tunduk aje menghadap rezeki tu ekk :D

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Bahan-bahannya :

1 ekor ikan merah anggaran 1 kg *cuci bersih
1 peket sawi asin *rendam sebentar dan toskan
1 cekak daun kesum *ambil daun sahaja
1 genggam asam jawa + 700 ml air = jadikan air asam jawa
gula dan garam

Bahan tumisan :

minyak
1/2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
1 sudu kecil rempah campur

Bahan Kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm belacan
35 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMISAN* sehingga bawang layu.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan renehkan sehingga garing atau terbit minyak *api sederhana*
Masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan sawi asin, daun kesum dan sesuaikan rasa, renehkan sebentar.
Masukkan ikan dan masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!!

Asam Pedas Ikan Merah Sawi Asin


Kuah tu biar pekat.
Serius hilang mata hitam Youu! :D


Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Jumpa lagi...
Jaga diri..
Jangan noty-noty..
Insya~ALLAH ada kelapangan i akan share menu minum petang.. 



Terbaik! Bersama pelajar-pelajar UITM Segamat..
All the best to you all! KLIK SINI!


Assalammualaikum..

TATA!!


Thursday, July 19, 2012

Mood Puasa Sahur Dah Mari!! Asam Rebus Nenas dan Kengkawannya juga, Ya, giteeww


Assalammualaikum, :) Wahh mood bersahur dah mari :D ini lauk dinner i petang nanti, walaupun sekarang dah petang pun :))
Lauk dah mula ala-ala mood sahur tu belum berbuka lagi tu.. ringkas tetapi menyelerakan tak giteew? ya, gitewww... :D


Lawankan pulak dengan kerang rebus... perghhh meratah sambil cecahkan dalam kuah cili kicap... terus menyengih macam kerang tu jugak... tak pun macam ni >> :D


Gorengkan pulak dengan anak ikan cermin yang segar baru naik dari laut.. goreng garing-garing.. perghhh.... sedap :))


Props yang i gunakan kali ini..
telur ayam segar gred A dan juga raga ;))


Resipi kerang rebus ala sahur :D

Bahan-bahannya :

1 kg kerang *cuci bersih*
3 ulas bawang putih *tumbuk renyah*
1 biji bawang merah *tumbuk renyah*
2 batang serai *titik*
sedikit air dan garam secukupnya

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan dan tutup dengan penutup periuk.
Masak sehingga mendidih dan angkat!
sedia di hidang!!! :)

ASAM REBUS NENAS IKAN CERMIN


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 cm kunyit
3 batang cili merah
1 cm belacan

BAHAN LAIN :

5-6 ekor anak ikan cermin *siang dan cuci bersih*
1/2 biji nenas *potong kecil*
2 keping asam gelugor
700 ml air
gula dan garam secukupnya

CARA :

campurkan air dan *BAHAN KISAR*, asam gelugor dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan nenas dan renehkan lagi sehingga nenas empuk.
Masukkan ikan dan sesuaikan rasa.
Angkat dan hidangkan!!


Awal-awal Pak Habibi dah belikan i telur dengan motto takut kehabisan stok!
bukan sikit okeh! 3 tray! perghhhh ;))

______________________________________________________


BERITA KUIZ :D

Kawan-kawan mana yang belum join tu marilah join, hadiah semakin bertambah-tambah :)

Belum terlewat kerana tarikh tutup dua minggu sebelum Aidilfitri kiranya sebelum raya you all dah beraya dulu dengan pelbagai jenis hadiah :)


Dan tiada yang terkecuali, baik blogger baru atau pun lama..:) dengan motto :

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew' :D



gambar di atas tu beberapa hadiah terkini yang baru ku masukkan... ada banyak lagi..
yang mana baru nak mula tu, dan nak tahu hadiah apa..


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

BERSEDIA UNTUK SOALAN YANG KE~6?

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Selamat meneka.. kumpul dulu soalan dan jawapan tunggu bila kuiz dah TAMAT.. dan untuk makluman.. bersedia untuk SOALAN YANG KETUJUH hari ini jugak!!!! tungguuuuuuuuuuu

pstttt.. selamat mengira telur tu yaaa.. :D ada jawapan pilihan.. pakai dadu kalau tak dapat kira! :))

Assalammualaikum... jumpa lagi.. :)

TATA!!

Tuesday, July 17, 2012

Asam Pedas Ikan Pari, Soalan Kuiz Yang KEDUA!!


Assalammualaikum... Wahh nampaknya dah ramai yang join kuiz mudah.. bertajuk >> 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

Nak bagi hint sikit ni.. SOALAN KUIZ PERTAMA DAH DI KELUARKAN tau! ;) di mana??? heehheehhh.. kena cari sendiri... barulah adventure! sebab hadiahnya sangatlah menarik untuk you all yang turut sama menyertainya... dan dengar ceritanya lah kan kan..

sesiapa sahaja blogger yang menjadi penyumbang trafik paling tinggi... HAH! MEREKA YANG PEMENANG TU BOLEH MEMILIH APA JUA HADIAH YANG MEREKA BERKENAN! wahh gitewww....

hePPP! bukan semua hokey! sabarlah.. i pun terkial-kial nak masukkan gambar hadiah... semestinya akan bertambah sebab apa tak ku masukkan semua gambar hadiah??? kata... Kuiz 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'
Macam mana nak JOIN KUIZ??

'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'


DAN DI BAWAH INI adalah antara HADIAH yang bakal you all miliki.. baru sikit aje tu.. baru hadiah biasa-biasa aje tu... yang luar biasa sabo :D



mOH! ler kita memasak dulu yerk :D


Hah! gara sibuk nak buat Kuiz sampai nak masukkan resipi siang tadi tertunda.. tak tahu mana nak ku selit.. dah pandai sikit ni, so selit kat sini :D

Menu tengahari tadi :

Asam pedas ikan pari @ Gulai ikan pari
Telur dadar
Ikan Goreng Garing
Ulam petai dan jering :D

Asam pedas ikan pari @ Gulai ikan pari

BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar *pekat dan lebih manis ;)
4 ulas bawang putih
 1 inci kunyit
1 inci halia
1 batang serai
1 cm belacan
35 tangkai cili kering
1 sudu kecil lada hitam

BAHAN TUMIS :

1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
minyak

BAHAN LAIN :

400 gm ikan pari *potong dan cuci bersih
700 ml air asam jawa *separa cair
1 genggam daun kesum *daun sahaja*
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga terbit bau.
Masukkan *BAHAN KISAR* dan tumis @ renehkan lama dengan api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masukkan ikan pari dan gaul sebati. Baru masukkan air asam jawa dan renehkan sehingga mendidih dengan api sederhana.
Masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa.
Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Asam pedas ikan pari @ Gulai ikan pari


Asam pedas ikan pari atau Gulai ikan pari memang tidak pernah menjemukan.. kuah tu biar pekat! memang terangkat you! :))


ada pulak telur dadar...


ikan goreng dan ulam petai dan jering.. perghhh mau tak terangkat!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
dah bersedia soalan kuiz yang kedua???
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Jeng! Jeng! Jeng! :))
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Amacam? mudah ler sangat!!!
apa tunggu lagi JOIN Ler!!

Bila dah tahu jawapannya tu.. yaa.. kumpul dulu...:) sabor.. nanti bila tarikh tutup baru i terangkan macam mana.. okey... :))
Untuk memudahkan you all untuk tidak terlepas soalan sebab itu kena linkkan 5 blogs i kat tepi blogs you all jadi mudah untuk you all pantau bila i bagi HINT.. dan tags soalan di atas tu dan simpan dalam folder khas.. bila dah Tutup kuiz tu nanti.. haa.. dah mudah kan kan.. ermmm mudah ke ekk? anggap mudah Insya~ALLAH segalanya akan jadi mudah.. Wallahualam..

Selamat memasak, berkuiz pun ya.. ada 2 soalan terkumpul dah di keluarkan.. so stay tune! Esoklah pulak yerk.. :))

Yang mana tak paham tu boleh turunkan soalan di sini yaa.. :) walaupun i lambat reply.. MESTI jawab punyalah! :))

Assalammualaikum..



TATA!!


Monday, June 25, 2012

Gulai Cair Ikan Merah, Gempar di Serbu! Blogger Kesayangan!


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah.. bertemu lagi kita di dapur maya i ni yerk ;)) Aduhaii ikutkan sekarang ni i memang busy giler! mujur i aje yang tak giler! :)) Sibuk sehinggakan tak sempat nak toleh kiri dan kanan pun taw! aww :D Sibuk macam mana pun.. i mesti nak kena update Blogs.. sok lusa bila dah TERLALU sibuk, nak jengah blogs pun tak sempat hah! masa tu jawabnya hidangan yang sama aje tak berganti :D


Pertama sekali i nak minta maaf kepada semua rakan blogger kesayangan i yang sudi meninggalkan jejak...  :) Memang tak sempat nak menjejaki you all semua..sibuk! sibuk! sangat sekarang ni.. banyak kerja yang harus i bereskan mengikut satu2 dateline yang telah di tetapkan...
Insyallah bila ada kelapangan.. akan i jejaki anda semua.. dapat sepintu dua rumah kengkawan tu pun jadilah.. i cuba yaa.. macehh semua muahzzzzz sayang kat you all dan terima kasih kerana memahami keadaan i sekarang ni ya..:)


Di kesempatan yang ada ini juga i nak ucapkan Terima kasih buat... seorang lagi blogger kesayangan i.. pendek cerita semua rakan blogger i sayang sangat taw :D

Okay... siang tadi masa i tengah baca komen di kotak tu... adalah satu komen... yang membuatkan senyumanku begitu meleret sekali... nak tahu siapakah gerangannya insan bertuah tu...


Buat Hazel kesayangan Kak Sha tu.. terima kasih sayang yaa.. kerana sudi mencuba resipi akak yang tak sebarapa tu.. maklumlah orang busy 24 jam! menu pun main simple manjang... :D
So kengkawan semua.. jangan lupa add Puan Hazel sebagai rakan blogger kita yaa.. moga hubungan yang terjalin ini akan berkekalan selamanya.. Amin.. ~Wallahualam~


Busy sangat.. pulang kerumah pun dah hampir senja.. setiap kerja yang i lakukan semuanya terpaksa mengejar masa! Subhannallah.. dengan cuaca panas terik! berbahang aduhaiii..
Air-cond Full Blast! langsung tak terasa pon!
hati terdetik.. macam manalah kita 'DI SANA' tu nanti yaa.. Nauzubillah...

Bila busy.. terkejar sana! terkejar sini!
menu pun ala kadar sahaja.. hmm... alakadar pun.. nasi tambah lagi sepot petang tadi ;))
i masak simple aje.. ;)


kacang buncis goreng bersama tempeh, fucuk dan sohoon..
resipi sayur nanti i compile kan jadi satu yaa.. so tunggu...


gorengkan ikan masin kapak, perah limau sambal dan ulamkan timun muda.. awww :D
main dish i hari ini...

GULAI CAIR IKAN MERAH


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN TUMIS :

minyak
1 biji bawang kecil *hiris
1 ulas bawang putih *hiris

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit
2 inci belacan
30 tangkai cili kering

BAHAN LAIN :

1 ekor ikan merah *siang dan cuci bersih
8 batang kacang bendir
1 genggam asam jawa + 800 ml air = jadikan air
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau atau bawang layu.
Masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR* dan tumiskan sehingga bahan masak, *lama ketika menumis, sentiasa di kacau, api sederhana*
Masukkan Air*asam jawa* dan renehkan sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kacang bendir dan sesuaikan rasa.
Masukkan ikan dan masak sehingga ikan matang.
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

GULAI CAIR IKAN MERAH



sangat mudah dan simple.. kalau cuaca panas.. hah! rumah ni memang mana boleh renggang dengan gulai ke asam pedas ke... so inilah yang terbaik!


kalau isi ikan dah habis.. Pak Habibi punya hobby... kuah ikan jangan buang.. esok pagi dia cecah dengan roti putih! perghh i pun dah terikut jugak! mana nak slim! muahaahaa :D


tu dia!
mujur tak kena hidung i petang tadi!
tengah syiok snap gambar dekat nak senja tu kan kan.. di talanya durian sebijik!


Pak Habibi i yang tembamBOM tu.. begitu asyik membersihkan durian yang baru di kutip hampir nak senja kala tu kan kan... sibuk you...
berdua lebih baik.. kerja pembersihan durian bersama Hero no 1.. siapa lagi..
Abang Amin.. Abang Aemir dah cabut celah pokok pisang!
:)) macam tau2 aje gambor dia masuk blogs petang tadi muahahahaa :))

 Gempar di Serbuk Blogger Kesayangan!



Tu dia.. kenal tak siapa tu??
bukan i hehhee.. yang lagi 2 orang tu.. itulah rakan blogger kita semua.. nak tahu siapa yang datang secara hendap tanpa berjanji tu..
klik bawah tu yaa... :)


Jumpa lagi.. sayang kat you all semua.. muahzzz << kiss sampai terlelap naaa... taw :))

Assalammualaikum.. tak jawab tak pe.. jawab dalam hati je yaa... :D

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ