Assalammualaikum... :)
Masak apa hari ni? i masak simple giler! :))
Yang simple tu ler yang best!
Jimat masa. Jimat tenaga dan Jimat Masa! ya giteew... :D
i lawankan dengan ikan goreng kembung batu.
Salutkan dengan serbuk kunyit bebanyak naa.....
goreng garing-garing!
sedap ngko aii! ;))
Jangan lupa tumbukkan sambal belacan pedas berapi!
perghhh berasap sehhhh :D
Hah! ada timun muda? potongkan nipis-nipis.
Ada petai? cuci bersih jadikan ulam, so i tak perlu goreng sayur hari ni... sebab busy dalam kurungan malas pun yerk! :D
Asam Rebus Nenas
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 biji nenas *potong
700 ml air
2 keping asam gelugor *asam keping
5 ekor ikan selar
4-5 tangkai cili padi
gula dan garam
BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 cm halia
2 cm belacan
CARA :
Campurkan *BAHAN KISAR* bersama air, asam keping dan nenas ke dalam periuk.
Renehkan kuah sehingga mendidih.
Masukkan gula dan garam *sesuaikan rasa*
Masukkan ikan dan cili padi.
Masak dan angkat!
TARRAA!!!
Asam Rebus Nenas
sLURPPPpPPPP.... ahhhhh... nyaman giteewww :D
props hari ini.. Petai ;))
Sekian sahaja.... jumpa nanti!
Assalammualaikum...
TATA!!
4 comments:
salam Sha
hari ni akak lapar lah tengok masakan sha tu nk2 ada petai tu aduii baru je lepas makan tapi masih teirngin nak mamam dah tak larat nk lap udah ni hahaha
Memang boleh giler dibuatnya duduk lama2 di sini Sha... adeeehhdeeehhhhhhh.... semuanya sedap!
lapar perut nengok asam rebus nenas tu...lagi2 ade petai ngan sambal belacan...mkn ngan nasi panas...besss...lauk pberet tuuu 4 pnggan mnambah
Terasa lapar pulak perut akak tgk asam rebus Sha,berganding pulak dgn ikan goreng tu.....sedapnya Sha.
Post a Comment