ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, September 15, 2012

Simple French Toast


Assalammualaikum :)

Bon matin tout le monde! *french* >>> english Good morning everyone! :D
Wahh bercakap French kita pagi ni ;)) betul ke tidak hentah ler... cek ler kat kamus memasing tu yerk :))


Pagi ini i buat sarapan yang cukup ringkas!
tetapi cukup mengenyangkan!
Nellysha ada latihan tarian di sekolah... awal pagi dah kena menghantar dia ke sekolah...
Tarian apa?
Hah! ingat tak Imelda di Masterchef season 1 dulu tu?
Hah! Nellysha tengah belajar tarian kipas ala chinese style giteew... ;)


Tiap hari lepas balik dari sekolah mintak i ajarkan dia macam mana nak bukak kipas dengan satu tangan dan tutup sekelip mata! wahh paham ke tak ni? ;))
Ishh masa di MCM dulu i dah belajar dengan imelda macam mana nak bukak kipas ala-ala gitewkan..
sekarang ni skill tu turun pulak ke Nellysha.. tak sangka.. sekarang ni Nellysha pulak yang ajar cikgu cina dia macam mana nak bukak dan tutup kipas tangan dengan begitu pantas sekali!
PRAPPP!!
ya giteew bunyinya ;))

French Toast


Bahan-bahannya :


4 biji telur
2 tangkai daun parsley *ambil daun sahaja dan hiris halus
30 ml susu segar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih

*berpandukan gambar di atas. Kocok sebati*


8 keping roti putih *gardenia potong separuh *3 segi
ambil beberapa keping dan celupkan ke dalam adunan telur tadi.


Panaskan kuali non-stick dan lengserkan dengan sedikit butter dan panggangkan roti yang telah di celup tadi.


Panggang sehingga kekuningan kedua belah bahagian. 
Angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

French Toast


Sangat mudah dan menyelerakan.
Mengenyangkan juga! :D



Selamat bercuti hujung minggu bersama keluarga tersayang :)

Jumpa lagi...

Assalammualaikum!

TATA!!



3 comments:

PH said...

Sedapnya! Saya suka tabur gula.

adda syuhada said...

adda pun suka wat roti cmni bila xsempat nk breakfast..lainx bleh guna resepi yg ni la plk..yg adda punya mmg lagi simple la..hahahaha

Unknown said...

salam Sha...
apa kabar adik akak ni lama tak sembang ngan
Sha mesti busy habis ni kan
akak suka tu roti tu makan panassss2

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ