ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label CAPATI AND THE GANGS. Show all posts
Showing posts with label CAPATI AND THE GANGS. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

ROTI CANAI


ROTI CANAI

Amboi.. amboii... dah masuk bab roti canai menebar segala! hehe.. jangan tak tahu ekk.. ini ler masakan istimewa semasa hayat arwah Ayah ada lagi.. tiap pagi hujung minggu Arwah ayah akan tebar roti canai! segalanya di buat sendiri dari tepung di uli menjadi doh roti canai.. dan di peram beberapa jam selepas tu baru di tebar.... tang tebar tu.. hahaha.. almaklumlah.. main pakai campak tebor aje.. leper2kan terus di lipat dan jadi ler roti canai... tapi i memang tahu menebar roti canai tau! asalnya belajar dengan menggunakan tuala lembap! ku tebar.. ku tebar.. perghhh... berkat tebar tuala lembap! i tahu menebar muahahaa.. walaupun tidak ler sehebat makan di kedai roti canai tu.. jadi ler yang penting uli dan tebar sendiri, yang makan pun gengs di rumah ni hehe... so semalam i pun buat ler roti canai.. yang jadi tukang uli.. siapa lagi Pak habibi i ler... tenaga lelakikan lebih kuat.. habis bergegar meja di dapur tu.. di hempas! di banting! di pulas! hasilnya memang... lembut!!! lemak dan berkrim! jom! cuba!!

JOM!! SALIN RESIPE!!!
ROTI CANAI

700 gm tepung gandum + sedikit garam
3 sudu besar penuh susu pekat
4 sudu minyak sapi ~ cairkan
air secukupnya untuk menguli
mentega untuk sapuan dan uli doh

CARA MENYEDIAKAN :
  campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi sebuku doh
uli, banting, hempas dan lumurkan sedikit mentega setiap kali menguli doh
ulis sehingga lembut dan buat seperti bola *berat 100gm
setelah habis, lumurkan dengan sedikit mentega atau minyak sapi di atasnya, rehatkan selama 2 jam
baru di tebar
 :
tu dia doh roti canai yang telah siap di tebar.. skill menebar tu i tak gethi nak menerangkannya.. yang penting tak koyak rabak! hehehee
kalau nak buat roti canai telur, pecahkan sebiji telur di atasnya dan bungkus *empat segi
resipe roti canai berinti lain kali i share oke.. belajar dulu buat roti canai kosong ekk..:):) i pun bukannya teror sangat, hehee.. tapi ingat practice make perfect!!
yer perfect sangat ler tu ekk..:):)
:

TENGG!!! TARRAA!!
ROTI CANAI
:
masa nak menggoreng roti canai tu.. renjiskan sedikit minyak sapi jangan terlalu banyak nanti berminyak
:
:
KUAH DALCA JANGAN LUPA! BARU LER SYIOK!! SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PUN TERBAIK!!!
:
:
ROTI CANAI BANJIR... BUH KUAH DALCA DI ATASNYA...
BACA BISMILLAH DAN DOA MAKAN..
BARULAH MASUKKAN KE DALAM MULUT YERKK..
SELAMAT MENCUBA!!!

TATA!!!




Thursday, May 19, 2011

CAPATI AND THE GENGS VERSI II


CAPATI AND THE GENGS VERSI II
:
:
TU DIA!!!! GENGS CAPATI SUDAH MARI!!!
:
:
:
AH.. LAN.. WASAHLAN.... ASSALAMMUALAIKUM... ENTE.. HARI INI ANA MASAK CAPATI DAN GENGS-GENGS NYA LAHH... wahhh cakap pun dah slang arab campur jawa muahaaahaha.. nak cakap berdarah Arab sebelah Arwah ayah memang ada berdarah Arab tapi jawanya yang kuat muahahaa... yang penting i anak jati Malaysia.. melayu dan Islam sejati itu yang lebih penting... tang makan apa jenis masakan yang penting HALAL...yer tak?? 
:
Okay hari ini menu makan malam i masak capati.. sebab bonda dan ibu mertua ada menginap di rumah ni.. memang kalau tiba makan malam i lebih suka masak yang simple dan mengenyangkan tapi resipe dan menu makan malam jarang share.. sebab bila dah tiba malam tu dah malas nak snap gambar.. tapi kekadang tu bila terajin snap dan kalau sempat masukkan jugak dalam blogs kesayangan i ni.. sebab teringatkan kengkawan yang setia mengikuti blogs masakan i ni kan...
:
okay dari mana i dapat resipe ni??? tang humus tu.. i dapat dari TV rancangan masakan di Astro i memang fanatik bab menonton rancangan masakan... especially tang masakan barat.. memang minat sangat.. tu yang rajin mencuba tu... bila tak cukup bahan.. ku hentam aje asal jadi.. ehh... jadi pulak tu muahahaa..:):)

OKAYLAH! JOM!!! SALIN RESIPE!!!!
CAPATI AND THE GENGS VERSI II
:
:
CAPATI *resipe dah ada sebelum ini sila geledah di bawah label *CAPATI AND THE GANGS*
tapi resipe kali ni i bubuh tepung gandum 3/4 dari adunan tepung attar lebih sedap dan tidak liat! cuba tau..:)
:
:
Urgghh.. ini ler HUMUS... i kalau makan di restoren pak arab ini ler yang i cari-cari ingat susah benau nak membikinnya.. ehh.. mudah sesangatlah!!!
:
~HUMUS~

bahan-bahannya :

1 tin kacang kuda~cari di pasaraya *telah siap di rebus
(atau beli kacang kuda dan rebus sehingga empuk)
3 ulas bawang putih
sedikit garam
minyak zaitun

CARA MENYEDIAKAN :

campurkan kacang kuda, bawang putih, sedikit garam dan minyak zaitun secukupnya dan kisar sehingga lumat
masukkan ke dalam mangkuk dan renjiskan dengan minyak zaitun

TENGG!! TARAAA!!!
~HUMUS~
 :
DAH TAHU BIKIN.. MEMANG MANJANG AJE LER KALAU MAKAN DENGAN ROTI OAT MEAL CICAHKAN HUMUS... THE BEST!!! I LIKE..:)
:
:
:
BUAH ZAITUN JERUK
mana nak dapat ni??? okay buah zaitun jeruk ni ada di jual di pasaraya arab.. nanti i beritahu kat mana i beli semua perabah atau bahan arab khas dari arab... sekarang salin dulu resipe SALAD BUAH ZAITUN OKE..:)
:
:
jeruk buah zaitun
bawang merah ~ hiris
lada merah ~ hiris
goat cheese ~ keju kambing
daun pudina
lemon ~ ambil jusnya
tomato ceri
minyak zaitun
sedikit garam

CARA MENYEDIAKANNYA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renjiskan sedikit minyak zaitun
masukkan ke dalam chiller dah nak makan baru hidangkan sejuk!
TENGG!! TARRAA!!
SALAD BUAH ZAITUN 
:
:
KEBAB DAGING
:
KEBAB DAGING ni.. i main pakai campak tebor aje.. menjadi jugak.. tetapi agak kering sedikit.. next time i nak cuba lain cara.. tapi rasa tetap sedap dan macam kebab! muahaha.. walaupun tak berapa debab kebab i tu ekk.. bulat aje giteeewww...:):)
:
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 kg daging kisar
bawang merah ~ dadu
bawang putih ~ dadu
halia ~ parut
daun pudina ~ hiris
daun parsley~ hiris
serbuk beriyani
serbuk lada
serbuk lada hitam
serbuk buah pala
serbuk kayu manis
garam dan gula
jus lemon
lidi *rendam dalam air *elakkan dari terhangus ketika memanggang
CARA MEMASAK :

campurkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga sebati dan perapkan dalam 1 jam
bulat dan pipihkan dan cucuk dengan lidi
lakukan sehingga selesai
renjiskan sedikit minyak zaitun di atasnya
panggang di dalam oven dengan suhu 200'C selama 25 minit atau sehingga masak
angkat dan hidangkan!!!
TENGG!! TARRAA!!!
KEBAB DAGING
:
 :
BAUNYA HARUMMM... ini resipe campak tebor.. next time i bagi resipe yang lebih tepat oke..:) percubaan yang pertama ni tau... menjadi jugak cuma agak kering sedikit tapi i dah tahu macam mana nak bikin yang lebih best dari ni ekk..:) i ni pulak kalau pertama kali buat ada salah dan silap.. siap ko! mesti akan cuba sampai menjadi yang terbaik.. so you all kena cuba heee..:)
:
:
TENGGG!!! TARRAA!!!
 :
TARRAAA!!!
:
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN...:):)
NAK TAHU DI MANA I BORONG BAHAN-BAHAN PAK ARAB TU???
YOU ALL CLICK SINI >>>
:
YOU ALL CARI DI BAWAH LABEL... 
'BORONG SAKAN DI TURKI'
jumpalah nanti ekk di mana barang2 pak arab tu i borong! 
okay kengkawan semua.. selamat mencuba!!
TATA!!




Wednesday, January 26, 2011

CAPATI AND THE GANGS

TENGGG!! TARRRAA!!!

CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
 
 Ewah... ewahh... cewahh... cewah....
tajuk resipe tu aje memang ekk...
dulu boy friend ko dari India? Mumbai atau Pakistan ke shasha???
uish! macam mana korang tahu ekk...
hehe... aje memang tau... 
kita kan duduk di Malaysia bumi bertuah!
terdiri dari berbilang bangsa yer tak??
so tak salah kalau i yang berdarah kacukan NI...! 
emboihhhh... mengader ler tu hehee..
okay hari ini resipe sepanjang idak... resipe yang korang nak kena menyalin pun aje memang berjela-jela panjangnya ekk..
jangan pulak tonyehanku ini korang salin jugak hahaaa!!!
walaupun resipe panjang menjela-jela tu...
tetap jugak mudah oke!
jimat belanja!
jimat masa! 
sebab yang menjaga cepati tepi bara tu bukan akok!
hahahaa.... kerja-kerja membakar roti capati tu my assistant yang tolong ekk..
tetapi penyediaan, menguli, membancuh, menorak, menumis, menghidang i yang buat segalanya oke!
okay udah ler bersembang ekk...
meh kita salin resipe! kita mulakan dengan cepati dahulu, kemudian dalca daging, salad pudiana & sour cheese dan kemudian kita makan beramai-ramai!
pstt.. masa memasak cepati ni i pakai sari you! hahaha... mengader ler tu!

JOM!! SALIN RESIPE!!!

CAPATI
CAPATI
CAPATI
BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 peket tepung ATTA ~ khas dan khusus untuk membuat roti capati ada di pasaraya
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit tepung atta untuk menguli dan menorak nanti
CARA MEMBUATNYA:
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi sebuku doh, resipe ini i ikut dari paket tepung atta tu ekk.. sebenarnya ada bermacam cara nak membancuh tepung atta oke
  • ambik sedikit doh sebesar bola golf bukan bola rugbi oke!
  • torak sehingga leper dan bentuk bulat jagan terlalu nipis nanti liat dan garing tak sedap!
 haa.. tu dia macam gambar di atas tu ekk..
pastu bakar di atas kuali leper.. api sederhana sahaja oke kang rentung!
 tu diaa... buat cenggitu ekk.. tekan-tekankan dengan kain lembap nanti roti capati akan menggelembung cenggitu ekk... pastukan...
bila dah garing macam gambar di atas tu sapukan dengan sedikit minyak sapi, biar lembut dan lemak aje.. baunya perghh... MOooOOoo... lemak aje ko!
 tu dia pastu simpan dalam bekas dan tutup dengan tisu atau kain lembap biar lembut sentiasa sementara kita nak memasak dalca daging tu ekk..
mana guper cepati ko tu sha??
oh!cop! cop! lupa nak tunjuk cemana rupernya ekk..

TENGG!!! TARRAA!!!

CAPATI
CAPATI
CAPATI

 
 Amacam???
udah ler tu.. belum boleh di makan oke!
meh jom kita buat kuah dalca daging dulu ekk...

JOM! SALIN RESIPE!!

DALCA DAGING
DALCA DAGING
DALCA DAGING
 
 BAHAN-BAHANNYA:
  • *1 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *sedikit lengkuas
  • *1/2 sudu ketumbar
  • *1/2 sudu jintan kasar
  • *2 sudu besar serbuk kari daging
 *Bahan-bahan diaras kisar halus


BAHAN-BAHAN MENUMIS :
  • 1 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • 1/2 inci kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang daun kari
  • 1 batan serai titik
  • 3 batang cili kering gunting 2
  • 1 biji kelapa ~ jadikan 4 gelas air
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 200gm daging ~ potong kecil
  • 1 biji buah tomato ~ belah 2
  • 1 batang karot ~ potong kecil memanjang 2 inci
  • 7 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
  • 1/2 biji bunga kobis ~ potong kecil
  • 2 batang lada hijau ~ belah dua
  • 1 biji kentang ~ potong kecil
  • 1 cawan kacang dal ~ telah di rebus terlebih dahulu 
CARA MEMASAK :
  • Panaskan sedikit minyak. tumiskan dahulu bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  • masukan *bahan-bahan yang di kisar halus sehingga naik bau atau garing
  • masukkan daging dan masukkan santan
  • biarkan mendidih dan masukkan semua sayur-sayuran dan kacang dal
  • renehkan sehingga empuk
  • sesuaikan rasa 
  • angkat dan hidangkan!!
TENGGG!! TARRAA!!!

DALCA DAGING
DALCA DAGING
DALCA DAGING
 
wahhh.... macam ni dah boleh makan ke shasha???
uishh cuba nyabor kengkawan...
sabor ekk tak lari cepati di mangkuk tu..
ada satu lagi resipe nak share ni...resipe ni i paling suke! suke! sangat!

JOM! SALIN RESIPE!!!

SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
 
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 5 tangkai daun pudina ~ ambil daunnya sahaja
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 1 inci sour cheese ~ cubit kecil-kecil
  • 3 biji limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • campurkan kesemua bahan-bahan
  • perahkan jus limau kasturi
  • taburkan garam di atasnya
  • siap untuk di kunyah!
 TENGGG!!!! TARRRAA!!!!
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
 
 WAHHHH... mudahnya...
tau tak per.. sedap ko rasanya..
i makan capati dengan salad tu aje ekk... dalca i kurenggzzzzz.. tapi yang lain suke... suke i ler suke ke tak hehe...
okay sekarang dah boleh mula makan capati oke!
pstt.. ni i share jugak dengan you all ada lauk GULAI IKAN SEMBILANG baki semalam tu...
perghh.. cicah dengan cepati memang sedap ko..
tu... tu.. bawah tu... resipe i dah share dengan you all.. kalau terlupa gi geledah kat tepi tu ekk..

 
Aduhaii... sha...
bila boleh makan ni???
okay.. okay jap ekk.. i hidangkan untuk you all ek... jap ekk.. ekk...
 muahhahahahaha... amacam???
nah! tisu berjenama priemier ekk...
jangan kecur manjang.. gi ler cuba ek.. mudah aje tu oke!
kalau dah malas atau tak tertahan lagi tu..
gi ler kedai mamak ekk..
psst... tengok-tengok mamak tu tau...
hahaa...
SELAMAT MENCUBA!!!
OPSS.. BELUM TATA LAGI OKE...
TU NAK SHARE LER GAMBOR I MEMETIK KACANG PANJANG TADI PAGI UNTUK BUAT DALCA TU HAH!
PSTT.. jangan jemu oke esok ada lagi resipe kacang panjang ekk.. ekk...
PHEWITTTTT....
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ