CAPATI AND THE GENGS VERSI II
:
:
TU DIA!!!! GENGS CAPATI SUDAH MARI!!!
:
:
:
AH.. LAN.. WASAHLAN.... ASSALAMMUALAIKUM... ENTE.. HARI INI ANA MASAK CAPATI DAN GENGS-GENGS NYA LAHH... wahhh cakap pun dah slang arab campur jawa muahaaahaha.. nak cakap berdarah Arab sebelah Arwah ayah memang ada berdarah Arab tapi jawanya yang kuat muahahaa... yang penting i anak jati Malaysia.. melayu dan Islam sejati itu yang lebih penting... tang makan apa jenis masakan yang penting HALAL...yer tak??
:
Okay hari ini menu makan malam i masak capati.. sebab bonda dan ibu mertua ada menginap di rumah ni.. memang kalau tiba makan malam i lebih suka masak yang simple dan mengenyangkan tapi resipe dan menu makan malam jarang share.. sebab bila dah tiba malam tu dah malas nak snap gambar.. tapi kekadang tu bila terajin snap dan kalau sempat masukkan jugak dalam blogs kesayangan i ni.. sebab teringatkan kengkawan yang setia mengikuti blogs masakan i ni kan...
:
okay dari mana i dapat resipe ni??? tang humus tu.. i dapat dari TV rancangan masakan di Astro i memang fanatik bab menonton rancangan masakan... especially tang masakan barat.. memang minat sangat.. tu yang rajin mencuba tu... bila tak cukup bahan.. ku hentam aje asal jadi.. ehh... jadi pulak tu muahahaa..:):)
OKAYLAH! JOM!!! SALIN RESIPE!!!!
CAPATI AND THE GENGS VERSI II
:
:
CAPATI *resipe dah ada sebelum ini sila geledah di bawah label *CAPATI AND THE GANGS*
tapi resipe kali ni i bubuh tepung gandum 3/4 dari adunan tepung attar lebih sedap dan tidak liat! cuba tau..:)
:
:
Urgghh.. ini ler HUMUS... i kalau makan di restoren pak arab ini ler yang i cari-cari ingat susah benau nak membikinnya.. ehh.. mudah sesangatlah!!!
:
~HUMUS~
bahan-bahannya :
1 tin kacang kuda~cari di pasaraya *telah siap di rebus
(atau beli kacang kuda dan rebus sehingga empuk)
3 ulas bawang putih
sedikit garam
minyak zaitun
CARA MENYEDIAKAN :
campurkan kacang kuda, bawang putih, sedikit garam dan minyak zaitun secukupnya dan kisar sehingga lumat
masukkan ke dalam mangkuk dan renjiskan dengan minyak zaitun
TENGG!! TARAAA!!!
~HUMUS~
:
DAH TAHU BIKIN.. MEMANG MANJANG AJE LER KALAU MAKAN DENGAN ROTI OAT MEAL CICAHKAN HUMUS... THE BEST!!! I LIKE..:)
:
:
:
BUAH ZAITUN JERUK
mana nak dapat ni??? okay buah zaitun jeruk ni ada di jual di pasaraya arab.. nanti i beritahu kat mana i beli semua perabah atau bahan arab khas dari arab... sekarang salin dulu resipe SALAD BUAH ZAITUN OKE..:)
:
:
jeruk buah zaitun
bawang merah ~ hiris
lada merah ~ hiris
goat cheese ~ keju kambing
daun pudina
lemon ~ ambil jusnya
tomato ceri
minyak zaitun
sedikit garam
CARA MENYEDIAKANNYA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renjiskan sedikit minyak zaitun
masukkan ke dalam chiller dah nak makan baru hidangkan sejuk!
TENGG!! TARRAA!!
SALAD BUAH ZAITUN
:
:
KEBAB DAGING
:
KEBAB DAGING ni.. i main pakai campak tebor aje.. menjadi jugak.. tetapi agak kering sedikit.. next time i nak cuba lain cara.. tapi rasa tetap sedap dan macam kebab! muahaha.. walaupun tak berapa debab kebab i tu ekk.. bulat aje giteeewww...:):)
:
BAHAN-BAHANNYA :
1/2 kg daging kisar
bawang merah ~ dadu
bawang putih ~ dadu
halia ~ parut
daun pudina ~ hiris
daun parsley~ hiris
serbuk beriyani
serbuk lada
serbuk lada hitam
serbuk buah pala
serbuk kayu manis
garam dan gula
jus lemon
lidi *rendam dalam air *elakkan dari terhangus ketika memanggang
CARA MEMASAK :
campurkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga sebati dan perapkan dalam 1 jam
bulat dan pipihkan dan cucuk dengan lidi
lakukan sehingga selesai
renjiskan sedikit minyak zaitun di atasnya
panggang di dalam oven dengan suhu 200'C selama 25 minit atau sehingga masak
angkat dan hidangkan!!!
TENGG!! TARRAA!!!
KEBAB DAGING
:
:
BAUNYA HARUMMM... ini resipe campak tebor.. next time i bagi resipe yang lebih tepat oke..:) percubaan yang pertama ni tau... menjadi jugak cuma agak kering sedikit tapi i dah tahu macam mana nak bikin yang lebih best dari ni ekk..:) i ni pulak kalau pertama kali buat ada salah dan silap.. siap ko! mesti akan cuba sampai menjadi yang terbaik.. so you all kena cuba heee..:)
:
:
TENGGG!!! TARRAA!!!
:
TARRAAA!!!
:
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN...:):)
NAK TAHU DI MANA I BORONG BAHAN-BAHAN PAK ARAB TU???
YOU ALL CLICK SINI >>>
:
YOU ALL CARI DI BAWAH LABEL...
'BORONG SAKAN DI TURKI'
jumpalah nanti ekk di mana barang2 pak arab tu i borong!
okay kengkawan semua.. selamat mencuba!!
TATA!!
No comments:
Post a Comment