ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, November 28, 2010

pEAcH cARAmEL yUMmYY



yUMmyYYY....

pEAcH cARAmEL yUMmYY
BUAT JOM!!

Bahan-bahan yang diperlukan :
8 biji telur saiz sederhana ~ kalau saiz A 5 biji sahaja
  1. 1 mangkuk susu cair
  2. 1 mangkuk gula castor/gula halus
  3. 1 sudu perasa oren/pewarna kuning
  4. 1 mangkuk buah peach ~ hiris
CARA MEMBANCUH EKK....
  1. Masukkan kesemua bahan di dalam mangkuk
  2. Gula, telur, susu dan secubit garam
  3. Bancuh atau pukul kesemuanya sehingga gula hancur
  4. Masukkan perasa oren atau pewarna kuning
  5. Ketepikan sebentar
JOM BUAT CARAMEL PULAK EKK...
  1. Mangkuk gula pasir
  2. Masukkan ke dalam kuali non stick. Buka api sederhana sahaja.
  3. Sentiasa kacau gula dan jangan tinggalkan atau besarkan api ekk
  4. Tahap kesabaran di perlukan. Masak gula sehingga keperangan
  5. Maka jadilah 'CARAMEL' ekkk.. senang ajekan...
  6. Selepas tu 'SEGERA' tuangkan 'CAREMEL' KE DALAM ACUAN... DAN...



Segera tuangkan 'CARAMEL' ke dalam acuan ekk.... selepas tu tuangkan adunan yang telah di bancuh. Susunkan buah PEACH ke dalam adunan. Kemudian 'KUKUS' sehingga SET ekk...
JENG! JENG! JENG!.....
TARRAaaAAAA!!!!!!!!!!! DAH SIAP!!! PEACH CARAMEL YUMMY!! MEMANG SEDAP EKK.... SLURPPPP.... WAH! RASA GULA PERANG TU.... LEMAK TELUR DAN SUSU... RASA MASAM-MASAM BUAH PEACH... BAU HARUM OREN TU.... WAH! SUSAH NAK TERANGKAN EKK.. MUST TRY! MEMANG SIMPLE DAN MUDAH.. TIPS NYA CUMA SATU AJE EKKK.. JANGAN MALAS NAK KENA RAJIN SIKIT HEHEHEE.. ALL THE BEST! MUAHH...

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING YUMMYY!





SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING
JOM SALIN RESIPE!

Celurkan Mee Hoon Dan Mee Kuning ~ Didihkan air. Masukkan Mee Hoon/Mee kuning. Angkat dan toskan. Hidangkan ke dalam mangkuk.
Bahan-bahan sampingan :
  1. Tauhu ~ Potong dadu dan goreng sehingga kekuningan
  2. Bawang goreng
  3. Taugeh ~ buang ekor, cuci bersih dan toskan
  4. Daun sadri dan daun bawang ~ hiris
Bahan Untuk membuat kuah sup simple :

Bahan-bahan yang di perlukan : SEMUANYA DI KISAR HALUS

  1. 2 biji bawang besar
  2. 8 ulas bawang putih
  3. 3 inci halia
  4. 4 biji buah keras
  5. 1/2 sudu kecil lada putih
  6. 1/2 sudu lada hitam
  7. rempah penumis
  8. 1/2 kg daging ~ rebus sehingga empuk dan potong kecil. Air rebusan daging akan digunakan sebagai kuah sup
Sayur-Sayuran:
  1. Sayur sawi ~ cuci bersih dan potong selebar 2 inci
  2. Lada benggala ~ potong memanjang dan kerat dua
  3. Buah tomato ~ potong 8
  4. Boleh tambah sayur ikut suka anda ekk

CARA MEMASAK KUAH SUP DAGING SIMPLE BANGAT EKK....
Mula-mula sekali...
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang telah di kisar halus. Tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan air rebusan daging
  4. Biarkan mendidih. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.

Setelah kuah mendidih....
  1. Masukkan daging. Didihkan lagi.
  2. Selepas itu masukkan sayur dan renehkan sekejap, jangan sampai sayur lecuh tak sedap ekk...
  3. Tutup api dan hidangkan!
TARRAAA!!!! DAH SIAP KUAH SUP DAGING YANG SIMPLE DAN TERMUDAH DI DUNIA HEEHEE....


LANGKAH TERAKHIR SEBELUM DI MAKAN EKK... Masukkan Mee Hoon dan Mee Kuning ke dalam mangkuk/pinggan...

  1. Tuangkan kuah sup daging yang simple dan enak tu ekk...
  2. Taburkan segala bahan yang ada tuuu..
  3. Kemudian... curahkan sedikit cili padi kicap
  4. Baca Bismillah dan jangan lupa berserta doa makan...
  5. Lepas tu makan ler ekk...

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING! sangat mudah, simple dan enak. Sesuai di makan pada cuti hujung minggu bersama keluarga! jangan lupa cuba ekkk.... You take care ekk...:):)


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ