ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Sunday, November 28, 2010

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING YUMMYY!





SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING
JOM SALIN RESIPE!

Celurkan Mee Hoon Dan Mee Kuning ~ Didihkan air. Masukkan Mee Hoon/Mee kuning. Angkat dan toskan. Hidangkan ke dalam mangkuk.
Bahan-bahan sampingan :
  1. Tauhu ~ Potong dadu dan goreng sehingga kekuningan
  2. Bawang goreng
  3. Taugeh ~ buang ekor, cuci bersih dan toskan
  4. Daun sadri dan daun bawang ~ hiris
Bahan Untuk membuat kuah sup simple :

Bahan-bahan yang di perlukan : SEMUANYA DI KISAR HALUS

  1. 2 biji bawang besar
  2. 8 ulas bawang putih
  3. 3 inci halia
  4. 4 biji buah keras
  5. 1/2 sudu kecil lada putih
  6. 1/2 sudu lada hitam
  7. rempah penumis
  8. 1/2 kg daging ~ rebus sehingga empuk dan potong kecil. Air rebusan daging akan digunakan sebagai kuah sup
Sayur-Sayuran:
  1. Sayur sawi ~ cuci bersih dan potong selebar 2 inci
  2. Lada benggala ~ potong memanjang dan kerat dua
  3. Buah tomato ~ potong 8
  4. Boleh tambah sayur ikut suka anda ekk

CARA MEMASAK KUAH SUP DAGING SIMPLE BANGAT EKK....
Mula-mula sekali...
  1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang telah di kisar halus. Tumis sehingga naik bau
  3. Masukkan air rebusan daging
  4. Biarkan mendidih. Bubuh garam dan sesuaikan rasa.

Setelah kuah mendidih....
  1. Masukkan daging. Didihkan lagi.
  2. Selepas itu masukkan sayur dan renehkan sekejap, jangan sampai sayur lecuh tak sedap ekk...
  3. Tutup api dan hidangkan!
TARRAAA!!!! DAH SIAP KUAH SUP DAGING YANG SIMPLE DAN TERMUDAH DI DUNIA HEEHEE....


LANGKAH TERAKHIR SEBELUM DI MAKAN EKK... Masukkan Mee Hoon dan Mee Kuning ke dalam mangkuk/pinggan...

  1. Tuangkan kuah sup daging yang simple dan enak tu ekk...
  2. Taburkan segala bahan yang ada tuuu..
  3. Kemudian... curahkan sedikit cili padi kicap
  4. Baca Bismillah dan jangan lupa berserta doa makan...
  5. Lepas tu makan ler ekk...

SIMPLE mee hoon dan MEE SUP DAGING! sangat mudah, simple dan enak. Sesuai di makan pada cuti hujung minggu bersama keluarga! jangan lupa cuba ekkk.... You take care ekk...:):)


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ