ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, November 5, 2012

Chocolate Ganache Cake Happy Birthday Azellea Nellysha 9 YRS PART (1)



Assalammualaikum.. :)

Apa khabar semua.. maaf sebab beberapa hari tidak bersiaran.. terlampau sibuk tahap kritikal ;)

Semuanya gara-gara memenuhi permintaan my princess yang sorang tu.. *anak koret2* :D

Happy Birthday Azellea Nellysha!

Dah 9 tahun dah dia.. pada 31 Oct 2012 :)


dan majlis berlangsung secara kecil-kecilan tetapi meriah..
 Syukur Alhamdulillah..:) BBQ Party ;)

di hadiri oleh keluarga terapat dan teman pejabat Pak Habibi sahaja...

kerana pada awalnya langsung tak cadang nak celebrate bday Nellysha di rumah.. awal plan dulu nak celebrate di Mc Donald sahaja... *bday party*

boleh pulak menyimpang 300 darjah!

yaa.. BBQ Party :D


9 tahun... dah...

kali ni i buat kek ikut apa yang Nellysha impikan... :D


"i wish... i wish... i wish...."

*wish celah belon!* :))


*permukaan kek nampak berpeluh sebab baru keluarkan dari chiller* ;)

dia nak kek coklat...

ada nama penuh dia..

kat sekolah teacher panggil dia Azellea... dan bukan Nellysha...

so dia nak nama penuh dia ada atas kek!

perghhhhhhhhhhhh...

maka ku cocokkan aje giteew... :D


"Nelly nak star banyak-banyak atas cake!"

maka ku taburkan decoration sugar atas tu muahahaa... nak memiping tak kuasa :D


"and i want.. pink colour ribbons for the icing!"

perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

your wish came true :))


pengsan maknya yang membikin ni yerk... buat sesama :D


Nellysha happy giler... :D

Syukur Alhamdulillah.. Nelly suka momma pun suke nak aii... ;)

CHOCOLATE GANACHE CAKE


BAHAN-BAHANNYA :

250 gm butter 
250 gm gula castor
4 biji telur *gred A
1 cawan full cream milk
1 sudu besar vanilla

BAHAN-BAHAN DI AYAK* :

250 gm tepung kek*
  1 sudu besar baking powder*
  1/2 sudu teh soda bikarbonat *
 1 sudu teh garam halus + 1/2 cawan serbuk koko *terbaik*

CARA :

Putarkan mentega bersama gula sehingga kembang *atau gula hancur*
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang.
Masukkan susu dan putar sehingga sebati.
Masukkan *BAHAN AYAK* sedikit demi sedikit sambil memutar.
Setelah sebati, masukkan ke dalam acuan loyang yang telah di alaskan dengan kertas minyak dan oleskan dengan sedikit mentega.
Bakar dengan suhu 180*C selama 45-50 minit, atau sehingga kek masak. 


TOPING CHOCOLATE GANACHE :


Bahan-Bahannya :

500 gm button dark chocolate
500 ml whipping cream

CARA :

Panaskan whipping cream di dalam periuk kecil sehingga mendidih di tepinya.
Angkat dan tuangkan ke dalam coklat button.
Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
Rehatkan dalam sejam di dalam peti sejuk.
Kemudian tuangkan di atas kek coklat yang telah di sejukkan terlebih dahulu!

TARRAA!!!

CHOCOLATE GANACHE CAKE


Syukur Alhamdulillah...
selesai akhirnya... :)


Kek coklat tu i buat extra then dan jadikan cup cakes... toppingkan dengan animation fondant icing...

Boboboi dan juga Anna Muslim :D

as Nellysha idea's :D


dapat 35 biji!

sebelum di hias i dan Nellysha makan sorang sebiji..

so dapat 33 bijik! muahahahaaa :))



tu anak saudara sepupu i... awal2 dah tepikan..

jangan ko hambik!

aje memang dia babap dengan belon! man belon! muahahaaaa :))


bukan sebuku kek yang i buat..

kek chocolate ganache tu i buat untuk first group* opis Pak Habibi..

yang kek di atas merah menyala tu... red velvet..

untuk group yang kedua.. *datang sebelah petang*

sambung nanti..

banyak gambar yang perlu i edit.. layan dulu yang ini ya... ;)

untuk kisah sepanjang majlis nanti i share di blogs i yang satu lagi... bagi i masa untuk edit gambar :D



i dah sediakan kisah Bday Nellysha ni dalam satu folder khas..

Birthday Party Nellysha 2012



Panjang bab ni :))

macam kurang kerja kan kan..

tak pe.. tak pe.. kepada yang sudi membaca tu terima kasih ya... cayang kat you all semua muahhhzzzz <<< kissed sampai terlelap! :D

Sekian sambung nanti Part 2..

Assalammualaikum...

TATA!!



CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ