ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, October 2, 2012

Bingka Ubi Magic!



Assalammualaikum... :)

Maaf ya terlewat masukkan N3 bukan di sengajakan seperti yang di janjikan.. tetiba sahaja ada panggilan pulak dari publisher so i kenalah menguruskan segala urusan penulisan i tu dan... bila dah malam barulah ada kelapangan nak mengedit gambar..

Nampak tak gambar pun asal boleh aje :D sebab kelam-kabut jadinya.. semuanya nak kena cepat.. pasal cepat tu ler... gambar terkonteng-konteng tanpa props! :))

Okay nak story cikitlah.... :D


hujung minggu hari tu kan keluarga i, semuanya berkumpul... *taklah semua 2 keluarga je*

Bonda pulak kebetulan menginap di rumah i.. so.. pepaham je ler.. bila bonda ada..

maka sang ubi akan timbul dari tanah..

nampak tak gambar di atas tu.. Hah! dak kerempeng Nellysha dan sepupunya ke rumah jiran i.. Bonda suruh beli ubi fresh dan terbaik dari ladang!

Nampak tak? memasing bukan main jakon lagi! first time kekanak riang tu tengok Pak Teh jiran i cabut ubi...:)) memasing sibuk nak tolong tarik keluarkan dari tanah! :D


tu dia... dalam gambar nampak kecik.. besor ngko aiii... :))


yang mana ubi terlepas dari tangkai tu.. hah! kekanak tu jinjit sorang satu! ada yang dapat jinjit lebih dari 2 buku! yang mana dapat  buku.. berbulu jerk! :))


selagi tak simpan dalam kotak.. i akan mengerjakan kuali ajaib i tu dengan manfaatnya :))

Bingka Ubi Magic!


BAHAN-BAHANNYA :

4 cawan ubi parut *tapiskan airnya terlebih dahulu*
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
40 gm mentega *cairkan
150 ml santan pekat
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan sehingga sebati dan gula larut.
sesuaikan rasa, terkurang atau lebih silalah adjust yaa... :D


oleskan sedikit mentega di dalam kuali ajaib.
Masukkan adunan.
Panggang di atas dapur gas dengan api paling kecil.
Panggang 30 minit.
Jika nak garing, saat akhir besarkan sedikit api.
Setelah itu angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

TARRAA!!!

Bingka Ubi Magic!


Perghh... memang ajaib! betullah... ;))

Segalanya mudah dan jimat tenaga dan masa...

i suka makan bingka yang berkerak! itulah yang terbest di dunia! ;))


nampak tak?

berkerak aje gitewwkan :D i like sangat!

yang mana tak suka kerak bingka ubi.. silalah hulurkan pada i yaa.. macehhh :D


lembut, halus, lemak dan enak! berkerak jangan cerita... semestinya Yummehh!


sekian sahaja.. jumpa nanti.. :)

Jaga diri!

Assalammualaikum..

TATA!!


Kerabu Mangga Pucuk Kaduk



Assalammualaikum... :)

Kerabu Mangga Pucuk Kaduk... i sajikan untuk you all semua :D

sekarang ni di pasar musim mangga muda.. sekilo RM4.50 so i borong 1 kg...

semalam i masak kari ikan tenggiri mangga kan?

Hah! hari ni i buat pulak kerabu Mangga... gulungkan dengan daun kaduk :D


bila i ke pasar besar Melaka di mana Bonda selalu menetap di sana... i mesti borong daun kaduk.. murah pulak tu.. RM1 dapat satu ikat besor!

Padahal zaman kekanak riang i dulu.. buah kaduk tu ler yang kujadikan pepondok kengkononnya nenas muahahaaa :)) tu dulu.. sekarang dah luput dah! tak ada pun kena racun dan mesin :D

lepas tu bila nampak daun kaduk kat pasar i jakon! :))


tetapi sekarang tidak lagi... :D

Bonda bagi i benih kaduk! ingat lagi adalah dalam 2 batang! kisah 3 bulan lepas :))

Masa tu bonda ada menginap di rumah.. bila dia pulang semula ke Melaka dia sms i..

"Terlupa nak pesan. Ada benih kaduk kat dalam plastik kat tepi garaj kereta! jangan lupa tanam, entah2 dah kering agaknya!"

mau tak kering.. hampir 2 minggu baru bonda kasih tau...

so i pun bukak plastik kaduk tu.. laa betul dah kering!

tak pe... tak pe.. i cucukkan ke tanah.. manalah tahu hidup! :D


hidup! hehhee.... siap dah menjalar-jalar dah... itu gambar lama.. terkini lagilah dah berpaut dah kat kayu yang i cucuk :)

so sekarang teringin nak makan pucuk kaduk.. dah ada... :D

best betullah ;))

Kerabu Mangga Pucuk Kaduk


memang sedap!

rasa mangga muda yang masam-masam rangup tu...



gulungkan dalam daun kaduk.. pastu telan... perghhhhh :D

Kerabu Mangga Pucuk Kaduk


2 biji mangga muda *hiris julian i takek-takek je dengan pisau :D


1 cawan kacang tanah.
i sangai dengan sedikit minyak.
setelah keperangan atau garing angkat dan buang kulitnya


1 genggam udang kering *cuci dan sangai 
6 batang cili padi merah siam
sedikit sos ikan
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula pasir

CARA :

Tumbukkan bahan-bahan di atas termasuk kacang tanah.
Tumbuk separa hancur dan sesuaikan rasa.
1 batang bunga kantan hiris dan gaul rata bersama bahan tumbuk dan mangga muda.

TARRRAA!!!

Kerabu Mangga Pucuk Kaduk



tu dia.. masam, manis, lemak, rangup dan harum bau bunga kantan!

sedap sangat! i tell you.. :)


jangan lupa daun kaduk.
Cuci bersih-bersih...


ambil sedikit kerabu mangga dan gulungkan bersama daun kaduk!
sematkan dengan lidi.



apa tunggu lagi..
Makan ler.. jangan lupa baca bismillah dan jangan lupa standby air masak kat sebelah tu yaa :))


lidi tu jangan lupa buang masa nak makan..
kang tersengkang celah tekak! naya aiii..... :))


sedap?

cecuba.. cecuba... :D




Sekian sahaja kisah pagi ini...

Tunggu petang nanti.. ada resipi minum petang..

macam biasalah dari Kuali Ajaib i tu!

apa teewww??

petang nanti! janji! :D

Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ