Apabila Labu Dan Rebung Terjun Bersama-Sama Yehah!
:D
Assalammualaikum...
Ya, tajuk N3 kali ini sangat-sangat hangat!
biasanya luncai terjun dengan labu-labunya..
kat dapur i Luncai tak de :D
yang ada rebung ;))
musim labu kat kampung i..
borong banyak sebab murah..
dan labu tahan sebulan..
so jangan jemu dan jelak kerana selepas ini dapur i akan menyajikan segalanya ada kaitannya dengan...
L.A.B.U << sila eja :))
rebung..
serius ni ehh.. i memang tak pernah masak rebung.. padahal orang kampung... sebab dari kecik bonda jarang masak rebung.. kalau nak makan pun.. sedara-mara masak time kenduri..
ya giteww...
dulu masa bertarung di gelanggang Masterchef tu pun.. i tak masak rebung sebab tak biasa...
but today! i dah tahu...
rebung tu.. akak yang datang membersihkan rumah i 3 kali seminggu tu yang petik kat belakang rumah i sana tu... memang ada serimbun besorrrr naa.. pokok buluh untuk di buat lemang..
so dia ambik dan potong2 dan ajar i macam mana nak masak dan hilangkan pahit rebung tu...
kisahnya :D
sekian terima kasih ;)
LEMAK LABU DAN REBUNG
BAHAN-BAHANNYA :
1 batang rebung muda *hiris dan rebus terlebih dahulu dan toskan*UNTUK hilangkan PAHIT*
1/2 biji labu *potong kecil dan rebus separa masak dan toskan
2 helai daun salam *bay leaf
500 ml santan pekat
BAHAN TUMBUK :
1 genggam ikan bilis
7 batang cili padi
6 biji lada hitam
4 ulas bawang merah *kecil
1 ulas bawang putih
1/2 cm kunyit
CARA :
Campurkan santan, *BAHAN TUMBUK dan renehkan sehingga mendidih. *sentiasa di kacau jika tidak pecah minyak*
Masukkan labu, rebung dan daun salam, renehkan sehingga labu empuk.
Sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!!
TARRAA!!!
LEMAK LABU DAN REBUNG
dulu tak berapa gemor..
tadi dah gemor :D
pekat, lemak, pedas..
manis dan waduhhhh enak bangat dongz! :)
lawankan pulak dengan lauk ayam sambal baki semalam....
goreng ikan masin sepat....
Tumbukkan sambal belacan.. celur pucuk bebuas...
dan potongkan petai....
pengsan? pitam?
Sedap bebenau :D
Lauk kampung...
simple...
enak..
lazat...
dan...
puzat.. :D
minggu ni manjang labu aje ler ekk... ;)
jangan lupa singgah sini >>>
Assalammualaikum..
TATA!!