ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label MAGGIE MEE PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label MAGGIE MEE PELBAGAI JENIS. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Assalammualaikum... selamat pagi semua.. Ya, bertemu lagi kita di alam maya ini :D Selamat datang kuucapkan buat semua blogger baru yang baru sahaja add i sebagai rakan di alam maya ini, terima kasih juga buat semua rakan blogger lama, pengomen tegar yang sering berkunjung ke dapurku ini yang ala-ala aje tu kan :D Tq soOOooooo much.. muahzzzzzzzzzzzz << kiss sampai terlelap naa :))

Murtabak Magie 15 Minit SiapP!


Tu dia... mau tak cepat.. semuanya main pakai bahan yang ada aje kat dapur aje tu.. main pakai cempak tebor je :))

Okay ini adalah menu hidangan i petang semalam :))
sesungguhnya i memang sedang sibuk tahap 99!!! sibuk sangat!!
ehh tapi masih sempat jugak share menu yaa.. :)
tak pe.. tak pe.. ini juga salah satu rutin wajib dalam jadual kerja i tu :)

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :



3 peket maggi berperisa kari *celur dan toskan
2 peket serbuk maggi kari
3 batang daun bawang *hiris
4 batang sosej ayam *panaskan dalam microwave 3 minit* dan potong
3 biji telur *kocok

CARA :

*lihat gambar bawah*


gaul rata kesemua bahan-bahan di atas.


dengan menggunakan kuali non-stick.
Lengserkan sedikit minyak dan tuangkan adunan *seperti gambar di atas*


ambil 3 biji telur dan 2 sudu besar SAMBAL TUMIS BAWANG
DAN gaul bersama telur.


tuangkan telur tadi dan masak sehingga set,
terbalikkan maggie dengan menggunakan satu lagi kuali. masak sehingga keperangan angkat dan taburkan dengan hirisan daun sadri dan juga sos chili!

TARRAA!!

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Mudah aje tu kan.. simple and easy.. yet bisa menjulingkan bijik mata!
0_0


sesuai di hidangkan untuk minum petang... sarapan pagi juga sesuai...
jangan kerap.. selalu tak pe! :))

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


Penyediaan bahan-bahan 3 minit
celur maggie 2 minit
kocok telur 1/2 minit
tempoh memasak 7 minit
siap segalanya dalam tempoh 15 minit!!

 Murtabak Maggi 15 Minit SiapP!


SedapPpppp....

Masuk bakul.. Pak Habibi Tolong angkatkan Awww :))

Jumpa lagi!

TATA!!


Tuesday, May 29, 2012

Magie Kari Udang Menu Sempoi Cuti Sekolah YoUu!



Assalammualaikum... apa khabar semua?? :) kan dah kata.. nampaknya menu semakin ringkas dan sempoi aje.. maklumlah musim cuti sekolahlah katakan kan... :)) Periuk belanga pun dah sama naik cuti! :)) mood nak bercuti semakin membara gitewww... :))


Ingat lagi.. Magie Kari Bergulung ni.. i buat masa bertarung di dapur MasterChef Malaysia..

kelam kabut masa tu.. bayangkan cuma 30 minit sahaja masa yang di berikan!

mana nak cari idea.. hadoii... ingat lagi.. Insyallah satu hari nanti i nak buat lagi macam tu...

bila?? hentah.. Wallahualam :))


Actually... menu Magie Kari Udang ni adalah hidangan Supper i... :)) malam tadi yoUUU...

baru hari ni ku sharekan pada semua... :) bukan apa.. lepas kenyang terus sangapPPpp..... hehhee... ;)

Udang tu pulak segar... baru aje naik dari laut... rumah i kan dekat sangat dengan tepi laut..

so beli dari seorang nelayan yang kebetulan baru aje balik dari menjaring udang.. murah sangat!

Udang fresh besar-besar! cuma RM35 sekilo... masih hidup lagi you masa i beli udang tu... wahhh!
Jakon sangat giteeww ;)

Magie Kari Udang Sempoi


BAHAN-BAHANNYA :

1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 batang cili merah *hiris
4 pelepah sayur sawi *potong 2 inci
3 tangkai daun sadri *hiris
2 biji telur
6 ekor udang segar *buang kulit tengah dan buang hitam di belakangnya*

3 peket magie perisa kari
air secukupnya

CARA :

Rebuskan air di dalam periuk, masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, batang sawi dan serbuk magie kari. Renehkan sehingga mendidih.
Masukkan telur dan jangan dikacau *kecilkan api dan biar telur masak@set*

Besarkan api dan masukkan udang sehingga bertukar warna, baru masukkan magie dan daun sadri.
Kacau dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Magie Kari Udang Sempoi


Gambar nampak lain macam aje ekk.. pucat aje giteww.. ya lahhh...
snap gambar tengah malam :)) :))


sesuai untuk supper waktu cuti sekolah... :)

Tak ler perlu keluar membeli burger tepi jalan.. Pak Habibi malas nak keluarkan kereta dari garaj!

i??? lagilah malassssssssss :))

dan satu lagi tak perlu menumis di tengah malam kala :))

ya gitewww... ;)


selamat bercuti semua kawan-kawan..
 i belum start bercuti.. SOON.. ;)
tunggu cukup korem dulu... :)

TATA!!

Saturday, April 14, 2012

Maggie Kari Hijau


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera...

Siapa dulu masa kecik-kecik mak dia kata tak boleh makan maggie nanti belajar bengap! Angkat tangan! Wahhh... ramainya.... siapa yang cikgu dia kata Maggie tak bagus kalau makan maggie nanti otak sengal.. periksa dapat nombor corot! Angkat kaki dan tangan! Wahhh.... lagi ramai laa... Muahahaa.a.. 

yer ni cerita sikit ni ekk.. dulu i pun sama jugak ler... nak makan maggie tu bila bawak balik dari kedai tu kan kan.. nak kena sorok dalam baju okeh! korang ada?? muahaha... dah tu nak masak kena tunggu Bonda i pergi kerja.. baru boleh masak... nak nak bila tiba bulan puasa.. perghhhhh.... batal puasa tu memang pasal teringin nak makan maggie ler tu hahahhaa... adoyaii.....



Hah! masa kat asrama dulu pun i suka sangat makan maggie.. Bonda bagi duit sekolah ku borongkan maggie... Bengap tak sha???? Hepp! mana ada.. boleh tahan taklah corot sangat hahahhaa... dan yang paling corot tu tak sukakan maggie.. tu laa siapa suruh tak makan maggie kan kan... hah! ni nak cerita kisah benar ni ekk.. dengan makan maggie secara sembunyi-sembunyi tu.. dapat jugak masuk TV muaahhahaa.. so sekarang siapa nak masuk tv silalah makan maggie bermula dari sekarang! yer sekarang.. tapi tunggu ni i nak share resipe Maggie di kala i kesepian sesorang mencari idea bila nak menulis manuskrip i tu ekk.. kerana maggie idea i perghhh.. macam air sungai YoUuu... dah tu jerk nak bagi tahu...

Maggie Kari Hijau

Bahan-bahannya :


Beli kat kedai maggie kari *tak perlu sorok dah sekarang ni... hehehe...

Untuk satu pek maggie.. anda memerlukan :

3 ulas bawang putih *hiris
2 batang lada hijau *hiris
2 batang daun sadri *potong 2 cm *kasar
telur goreng jika suka. *tak suka sudah..

CARA :


Memula sekali tu.. didihkan air sehingga benar-benar menggelegak.
Baru masukkan lada hijau dan bawang putih.
Masukkan perencah maggie dan renehkan sekejap.
Masukkan mee maggie, jangan lama sangat, terus angkat!

TARRAA!!!!

Maggie Kari Hijau


SlurrppppssSSS.....


Inilah yang paling ringkas.. bila dah kekeringan idea nak menaip manuskrip.....:))) 
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Apa tuuUUuu???
:
:
:
Tunggu esok yaa.. tak sempat nak edit gambar.. *Wink...
:
:
:
TATA!!

Monday, March 7, 2011

MAGGIE SEGERA VERSI (2)

 
MAGGIE SEGERA VERSI (2)

Ini semua gara-gara tengok iklan di TV ler ni... ada pulak yang jadi batu api... "DAH LAMA TAK MAKAN MAGGIE EKK.." jam tu jugak telan air liur ekk... apa ada kisah.. walaupun maggie mee di larang keras di rumah ni tetapi stok untuk 'EMERGENCY' sentiasa ada dalam kabinet tu ekk... terus ler membikin... nama pun mee segera yer tak? makan pun nak kena segera.. memasak lagi ler kena segera hehe.... dah tu jerk.. lain tak de ekk.. ekk.. :):)

JOM!! SALIN RESIPE!!!
MAGGIE SEGERA VERSI (2)

Bahan-bahannya :
  • 3 peket maggie perisa kari
  • 6 ulas bawang putih ( i memang pencinta garlic:) ~ hiris
  • 1 biji bawang merah (besar) ~ hiris
  • 5 batang cili padi ~ hiris
  • 2 batang sayur pak choy ~ hiris
  • 2 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 4 biji cendawan butang dalam tin ~ hiris
  • 6 batang sosej ayam/daging ~ belah dua
  • 3 biji telur ayam
  • sedikit taugeh (jika suka)
  • daun sadri dan lada merah untuk tabur di atasnya
  • 1600 ml air (i suka kuah rap-rap aje dengan maggie :)
Cara memasak :
  • panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau
  • masukkan air dan masukkan rempah kari maggie
  • masukkan cendawan, sosej dan batang sawi. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api
  • pecahkan telur. setelah telur masak, masukkan maggie, tomato ceri dan daun sawi
  • sesuaikan rasa dan taburkan taugeh angkat dan hidangkan semasa panas!
TENGGG!!! TARRRAA!!!
MAGGIE SEGERA VERSI (2)
Nampak aje mudah... leceh ler jugak hehe..:):):) selamat ber SUPPER...:):)
selepas makan maggie tu tekak muak.. apalagi potongkan buah strawberry kesukaan i tu dan taburkan sedikit dengan gula castor.. walla! masam-masam manis giteeeewwwww..:):) 

TATA!!!



Thursday, February 3, 2011

MAGGIE SEGERA

Maggie Segera!
Bukanlah nak cakap ape ekk.. nak mengadu pun yer jugak ni.. tu gambor ibu ayam tertenggek dengan telor tu.. adalah simbolik kepada tajuk resipe i beberapa minggu ini ekk.. terutama semenjak musim hujang manjang ni ekk.. aduhaii.. telur naik 3 papan ko! mengalahkan biawak dah ekk.. dah ler telur sepapan naik sampai RM10! sama naik dengan harga petrol! psstt... mengadu aje ni bukan merungut.. tu yang ku beli Ibu ayam yang moleh aje berposing dalam bakul tu ekk.. dah seminggu kubeli ibu ayam tu ekk.. ehhh.. ehh.. manjang 2 bijik aje telornya ko! hahaa... nak tahu di mana i dapat ibu ayam yang garanGGG aje mukanya tu.. jengah-jengah ler blogs i yang satu lagi tu ekk.. ekk.. http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com pastukan.. musim hujan cenggini.. bila memalam kala bute tu ehhh... lapor ler pulak! maka memasak ler maggie segera berperencah TOM YUM. best ko sesekali pekena maggie, wal hal umah ni MAGGIE di larang keras! sama keras macam telur ibu ayam yang GaranggGGG tu ekk.. tapi i nak share gak gi mana i masak Maggie Segera yang ringkas tetapi rasanya sungguh luar biasa sama macam ibu ayam yang garang tu jugak!
TENGG!!! TARRRAA!!!

MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
 JOM!! SALIN RESIPE!!
MAGGIE SEGERA
Bahan-bahannya :
GOT BAHAN JUGAK OKE! hehe...
  • 3 ulas bawang putih ( i suke bawang putih) ~ hiris
  • 3 batang daun sadri ~ hiris
  • 1 peket maggie perencah TOM YUM
  • brocoli
  • 4 batang cili padi kampung! ~ potong kecil
  • 1 biji telur ayam
  • 2 gelas air
Cara memasak :
  • didihkan air di dalam kuali kecil
  • masukkan bawang putih dan cili padi
  • masukkan perencah TOM YUM dan juga brocoli
  • masukkan maggie dan pecahkan telur
  • taburkan daun bawang
  • angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRRAA!!!

MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
MAGGIE SEGERA
 namanya pun dah MAGGIE SEGERA! so you all kena masak dengan segera dan makan juga dengan tergesa-gesa oke! sebab bila dah sejuk tak bes!
selamat makan maggie segera!
PSTTT... ini termasuk dalam menu musim tengkujuh ahakz!
TATA!!!




Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ