ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, February 28, 2011

MENU DAN RESIPE MAJLIS ULANG TAHUN KEKANAK RIANG DANISH (7) DAN WONTA (4)

 
MENU DAN RESIPE MAJLIS ULANG TAHUN
KEKANAK RIANG
DANISH (7) DAN WONTA (4)

Tu dia... muncung aje mulut anak dak shelly yang nama Wonta tu ekk... dengor cerita basah kek yang i buat kan untuk mereka berdua tu hehe.. tapi lilin tetap tak padam! tu dia.. mukadimah kali ni ekk.. cerita tak leh panjang lebor.. kerana kepenatan yaa... amat! dua hari berturut-turut memasak ekk... kepuasan melampaui segalanya i tell you... so kali ni i nak share dengan you all menu untuk majlis kekanak riang ekk.. tadi majlis untuk para remaja... kalau majlis kekanak lagi meriah pemakannya ekk... kalau berat pun khas untuk para ibu dan ayah kekanak riang tu yang hadir... tak ada idea nak taip apa lagi seriously memang kepenatan! so jom! kita tengok apa juadah yang sesuai untuk majlis kekanak riang ekk.. sekadar memberi idea.. tak sesuai sila abaikan... **segala menu dan masakan segalanya i masakkkan untuk my beloved sista dak shelly tu ekk.. khas untuk anak-anak kesayangannya merangkap juga anak saudara kesayangan i... pendekkan cerita i sayang semua sekali ler.. termasuk ler you all.. kecuali kaum adam oke..:):):)

JOM!!! JENGAH!!!

 NUGGETS! hah.. ni memang sinonim kalau ada jamuan hari jadi kekanak ekk... ni si shelly ler yang menggorengnya dengan pemantauan my neng naya! haha... dia tu apa tau...makan tau ler... kalau shelly terbaca N3 i ni aje memang hehee...
 sambal tumis ikan bilis... resipe dah pernah keluar.. sila geledah di bawah lebel ikan bilis kalau tak silap ekk.. sambal tumis ni untuk di lawankan dengan mee goreng yang i buat tetapi gambar mee goreng tu alahaii... sipi-sipi aje tukang snap gambor tu ekk... anggornya lapo! hehe
sandwich sardin... yang ni pun memang sinonim kalau ada birthday kekanak riang ekk. sha punya sandwich sardin memang simple.. you all mesti cuba ni kalau buat bday kekanak riang ekk.. tak pedas dan jimat belanja.... resipe shasha share ringkas aje ekk.. you all pepandai ler menokok tambah ikut suka...

Bahan-bahannya :
  • bawang merah ~ dadu
  • bawang putih ~ dadu
  • limau kasturi ~ ambil jusnya
  • lada merah ~ dadu dan buang biji (elakkan pedas demi kekanak riang)
  • sardin dalam tin ~buang kuah sos yang ada dan hancurkan
Cara menyediakan :
  • gaul rata segala bebahan di atas 
  • panaskan sedikit minyak dan setelah itu masukkan bahan-bahan yang telah di campur tadi
  • gaul rata dan biarkan kering sebentar
  • sesuaikan rasa angkat dan sejukkan terlebih dahulu
  • ambil roti dan sapukan dengan mentega kemudian sapukan dengan inti sardin
  • tangkup dua keping roti, buang kulit tepi dan hidangkan!
MARCARONI BAKAR
Bahan-bahannya :
  • markaroni ~ celur sehingga empuk dan toskan
  • telur
  • bawang kuning ~ dadu
  • bawang putih ~ dadu
  • lada hijau ~ dadu
  • daun pudina ~ dadu
  • daging burger atau daging kisar
  • telur
  • susu cair
  • garam secukup rasa
  • cheese
  • serbuk rosemary
  • **mungkin ada yang tertinggal tak per nanti sha masak lagi sekali dengan sukatan biasa.. sha share dengan you all ekk..
Kesemua bahan-bahan di atas di campurkan sehingga sebati. masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah di oles dengan sedikit  mentega. masukkan adunan markaroni ke dalam dulang pembakar dan taburkan dengan serbuk rosemary dan taburkan dengan cheese. bakar selama 20 minit atau keperangan. (**RESIPE DENGAN SUKATAN TEPAT NANTI SHASHA SHARE DI LAIN KALI, TAK SYOK BAGI RESIPE TANPA SUKATAN YANG TAK TEPAT.. SEBAB I MAIN PAKAI ANGGAR LEBIH DAN KURANG AJE... UNTUK RESIPE TEPAT NANTI I SHARE DENGAN YOU ALL.. TAKKAN YOU ALL NAK TRY BUAT DENGAN SUKATAN 3KG MARKARONI YER TAK? hehhe.. apa pun resipe dah bagi... yang mana biasa mengagak tu boleh ler anggorkan sendiri ekk..) cayang you all...:):)

AGAR-AGAR BUAH CAMPUR
sukatan resipe dah pernah di share sebelum ini hanya tukar isi di dalamnya.. so you all tolonglah berhenti dari memborong JELLY segera di kedai tu ekk.. try buat sendiri lebih muai dan lebih enak..
ahah! masih lagi dalam chiller tu.. kek birthday Danish yang ke (7) pun i buatkan kiranya sponsor ler ni hhe... resipe kek coklat dengan sapuan chocolate ganache i dah pernah share.. so please ler geledah sendiri ekk...
masih juga dalam chiller... kek birthday Wonta yang ke (4) juga resipe kek coklat yang sama... nanti ambil ler resipe dari label di bawah nama kek.... atau untuk topping chocolate ganache tu you all jengah di label 'majlis ulang tahun aminmustaqiim shah (17) i ada share di situ...
 tu dia birthday boy.. ala-ala gembira gitu ekk.. i lagi ler suka.. walaupun i tak menghadirkan diri sepanjang majlis berlangsung kerana kepenatan hehe.. dok umah pengsan!
 kek kekanak riang mesti ler colorfull... buh ler coklat M&M tu berbanyak ekkk....
kekanak memang suka biskut oreo... so i buh biskut oreo... suka ler kekanak tu ekk...
 hah! tu ler dia mak kekanak riang tu ekk.. sibuk mengagihkan kek! dengor cerita naik sampai 200 orang yang hadir! makanan sama rap selesai! Syukur Alhamdulillah... kalau tak cukup pun i tak boleh buat apa sebab pengsan dah kat umah masa tu hehe....

tu dia dengan periuk sekali naik atas meja oke! kalau i ada masa tu sure telinga dak shelly adik i tu dah kena piat 400'C oke! tang presentations jangan memain dengan akak dia ni.. pantang periuk naik atas meja oke... mujur i tak de masa tu.. gambar ni pun Amin yang snap.. bila nak edit gambor ni baru ternampak! terlopong jugak ler sekejap.. ehhe.. apa pun segalanya berjalan dengan lancarnya.. dengornya hadiah naik sampai 5 bakul! Syukur Alhamdulillah.. dengan niat???? menjamu tetamu dan bersedekah itu sahaja... tiada niat lain... okay rasanya cukup ler ekk.... ada jugak gambar yang shasha tak share di sini sebab Amin anak kesayangan shasha tu amik tak berapa elok..... ada lagi bermacam jenis juadah..... MEE GORENG yang i masak tetapi gambar tak elok.. habis semuanya... jiran tetangga shelly pun ada bagi beberapa jenis kuih-muih.. Moga ALLAH MELIMPAHKAN SEGALA RAHMAT BUAT MEREKA SEMUA... AMIN.... :):)

TATA!!

psst.. tomorrow back to normal.. Insyallah ada lagi menu hidangan harianku buat keluarga tersayang.. dengan caraku........ terima kasih kepada semua yang tak jemu singgah di blogs shasha ni ekk.. cayang awak semua... khas untuk kaum hawa sahaja...:):)




1 comment:

ananaifa enterprise said...

-salam perkenalan... suke tgk gambar2 foods yg ade dlm blog ni... menaikkan selera sungguh! hihi.. ni saya nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah//

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ