ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, November 25, 2010

fiLemenT CrAbs SouP




FiLemEnT CraBs SOuP

Bahan-bahan:

  1. 1 biji ~ Bawang besar ~ Hiris
  2. 4 biji ~ Bawang putih ~ Hiris
  3. 1 biji ~ Lada benggala/Pepper ~ Potong dadu besar-besar
  4. 1 biji ~ Kiub ayam
  5. 1/2 inci ~ Halia muda ~ Hiris halus
Sayur yang di perlukan : Kobis Cina/cerely/kacang buncis/karot/dan apa jua jenis sayur yang anda suka boleh tambahkan.

Filement Crabs 1 paket kecil

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dipotong. Tumiskan sehingga layu.
  3. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan sayur dan biarkan mendidih sekejap.
  5. Setelah karot empuk, masukkan filement crabs. Sesuaikan rasa dan tutup api. Siap untuk di hidangkan!

Tarra!!!! dah pun siap! mudahkan nak menyediakan FILEMENT CRABS SOUP! hirup panas-panas! SlurPPppppppp.... yummmyYY!! selamat mencuba! ~shahriah abdullah novelis~


ToM YuM AyAm SLuRrpPp

ToM YUm AyAm SLurPpPppp



Bahan-bahan untuk memasak TOM yum AYAM sLUrrRpPPp :
  1. 1/2 kg Ayam Segar ~ Cuci bersih dan toskan. Perapkan dengan garam dan lada sulah untuk tambahkan keenakkan pada ayam.
  2. 1 Biji ~ Bawang kuning ~ Di potong seperti buah oren.
  3. 4 Ulas ~ Bawang putih ~ Pecahkan atau Titik
  4. 2 Inci Lengkuas ~ Pecahkan atau Titik
  5. 2 Inci Halia ~ Pecahkan atau Titik
  6. 10 Biji ~ Cili padi Pecahkan (Tambah jika suka pedas dan kurangkan jika tak suka pedas)
  7. 2 Batang Serai ~ Titik
  8. 3 Helai ~ Daun limau perut ~ Siatkan
  1. 2 biji ~ Kiub tom Yum
  2. 2 biji ~ Limau purut/lime ~ perah ambil jusnya
  3. Daun ketumbar
  4. Daun Sadri
  5. Celery
  6. Carot + Buah Tomato + Kobis + Pucuk jagung muda dan lain2 lagi. Ikut suka anda
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk yang berisi dengan air
  2. Didihkan dengan api sederhana
  3. Setelah mendidih baru masukkan ayam.
  4. Setelah ayam empuk, baru masukkan jus limau dan sayur-sayuran
  5. Biar mereneh dalam sepuluh minit.
  6. Tutup api dan hidangkan panas-panas!
Tarraa!!! dah siap!!! Sup TOM YUM AYAM SLURRPPPP!! memang enak dan pedas berapi ekk... hidangkan bersama Nasi atau Mee Hoon... mudah dan enak... selamat mencuba! gerenti puas hati.... ~Shahriah abdullah Novelis~


SiMple PancAKe On SUnday

SimPLe PanCakE On SUnday
Bahan-bahan yang di perlukan:
  1. Tepung gandum 4 Cawan + 1 sudu kecil baking powder
  2. 1/2 Cawan gula pasir
  3. 3 Biji telur
  4. 1 gelas susu segar (tambahkan lagi jika adunan terlalu pekat)
  5. Secubit garam
  6. Sedikit mentega untuk di lengser atas kuali non-stick























Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Bancuhkan perlahan-lahan sehingga larut dan tidak bergentel. Jika bergentel bolehlah di tapis. Keadaan batter atau adunan hendaklah pekat dan tidak telalu cair. Sesuaikan rasa, tambah gula sekiranya tawar.

  1. Panaskan kuali. Lengserkan sedikit mentega. Pastikan api sederhana sahaja.
  2. Tuangkan satu senduk batter/adunan ke dalam kuali. Ikut sukatan atau saiz yang anda suka.
  3. Balik-balikkan Pancake. Sehingga kedua-dua belah bahagian berwarna keperangan.
  4. Angkat dan hidangkan bersama jam strawberry, jam aprikot, madu, mapple syrup atau ikut suka anda.
Tarraa!!!! dah pun siap!!! Very Simple Pancake On Sunday Morning!... mesti cuba, rasanya memang enak, lemak, berkhasiat dan semestinya keluarga anda suka! selamat mencuba!... ~shahriah abdullah novelis~

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ