ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, July 31, 2012

Juadah Berbuka Puasa 31hb Julai 2012


Assalammualaikum..:)
Wahh hari ni dah masuk Ramadan ke 11, Syukur Alhamdulillah...
Hari ni i masak cepat... sebab nak keluar petang nanti.. nak meninjau ke bazaar Ramadan. Saje je :D so petang ni i tak buat kuin-muih. Main pakai tunjuk aje petang nanti :D

Menu Berbuka Puasa Ramadan Ke 11
Bersamaan 31hb Julai 2012


Ikan Tenggiri Masak Kicap Cili Padi


Miso Sup Bersama Tofu Jepun


Udang Goreng Limau Purut


Ikan masin tenggiri jeruk 


Sambal Belacan

Ikan Tenggiri Kicap Cili Padi


BAHAN-BAHANNYA :

ikan tenggiri 5 keping *gaul bersama sedikit garam dan goreng separa garing angkat dan ketepikan

5 biji tomato ceri *belah dua
15 tangkai cili padi *buang tangkai
1 cawan kicap manis
50 ml air
2 sudu besar cuka
2 helai daun sadri *hiris
gula dan garam


BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 cm halia *hiris
4 tangkai cili kering *potong 2 inci
1 batang serai *titik
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan kicap, air, cuka dan renehkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan gula dan garam.
Masukkan ikan, tomato ceri dan daun sadri.
Masak sehingga kuah agak pekat.
Angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!

Ikan Tenggiri Kicap Cili Padi


yang simple tu lah yang sedap.. masak nasi tu lembik sikit ekk :D


Miso Sup Bersama Tofu Jepun
Gunakan paste Miso dan renehkan di dalam air, setelah mendidih masukkan tofu jepun dan daun bawang
angkat dan hidangkan!!


Udang Goreng Daun Limau Purut
resipi ini nanti i share di lain N3 ya :)


Pencuci mulut i berbuka petang ini..
Orange.. :D

Sekian sahaja... selamat berbuka..:)

Assalammualaikum..

TATA!!

Menu Berbuka 31hb Julai 2012



Assalammualaikum... :) Selamat berpuasa Ramadan yang ke 11 hari ini buat semua teman-teman.
Mood nak mengambil gambar secara ber props segala nampaknya kian menipis :D
Lepas memasak terus snap ala kadar sahaja dengan motto..
'Lebih Cepat, Ringkas, Janji Bergambar'

:)) :D


Menu Berbuka 30hb Julai 2012 :

  1. Nasi Goreng Sotong 
  2. Anak Ikan Selar Goreng Garing
  3. Cili Jeruk
  4. Puding Coklat Coktail

Sangat Ringkas dan Cukup Mengenyangkan :D



NASI GORENG SOTONG :

BAHAN-BAHANNYA :

5 cawan nasi sejuk *peroikan

400 gm sotong *siat kulitnya dan potong 1/2 inci lebar, perapkan bersama serbuk lada sulah dan sedikit garam*

1/2 cekak sayur sawi *cuci bersih dan potong 2 inci*
2 tangkai daun sadri *hiris
minyak
garam dan gula

Telur dadar *untuk sampingan*
daun salad *hiris untuk sampingan*
cili merah *potong untuk sampingan*

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
7 tangkai cili kering
2 cm belacan


CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR*sehingga naik bau atau garing.
Masukkan batang sawi dan sotong, kacau sebati dan renehkan sebentar.
Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasa.
Masukkan daun sawi, daun sadri dan kacau sebati.
Angkat dan hidangkan!!


Nasi Goreng Sotong Sebelum di hias :D

TARRAAA!!!

NASI GORENG SOTONG :


Simple dan mudah.. Nellysha tambah 4 kali okeh :D guna senduk nasi kecik ;))


lawankan dengan anak ikan selar goreng garing.. waduhh sedap benauu :D


Wahh cili jeruk wajib ada... kesukaan Pak Habibi dan Abang Aemir.. Nellysha sorry dia kata.. pelik bau cili jeruk tu... :D

Hidangan pemanis...


Puding Coklat bersama buah Coktail...
Slurppp i buat lembut aje.. slurpp gitewww :D



Sekian sahaja.. menu berbuka... Insya~ALLAH petang nanti jika ada kelapangan semestinya akan ku kongsikan menu dan resipi berbuka puasa Ramadan yang ke 11..

Selamat berpuasa...:)




Assalammualaikum...


TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ