ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label IKAN MASIN~GORENG/BERLADA/BERLAUK. Show all posts
Showing posts with label IKAN MASIN~GORENG/BERLADA/BERLAUK. Show all posts

Friday, November 23, 2012

Terubok Ikan Masin Goreng Tomato Hijau ~ Di Terbangkan Dari Pasar Satok Kuching Sarawak



Assalamualaikum.... :)

Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan blogger baru dan lama yang ku hormati... ;)

Apa khabar semua? sihat hendaknya.. Syukur..Alhamdulillah... ada yang rindu i ke? :D i rindu kat you all taw... ;)

Minta ampun dan maaf kerana menyepi tanpa khabar dan berita :D

Baru sahaja pulang dari menjalankan tugasan di Kuching Sarawak.. sambil menyelam tenggelam timbol.. ;) selesai tugasan terus ler menjelajah Kuching tidaklah semua tempat dapat di lawati.. namun seronoknya sepanjang berada di sana.. sampai laa.. mood nak meng-update blogs ke Sungai Sarawak sana tu hah! :))

Bukan tak ada mood... tetapi kepenatan berjalan sakan sampai laa terasa.. pulak tu bila balik dan load semua gambar sepanjang berada di bumi Kenyalang.. perghhh... ada lebih 3000++ gambar yang perlu di pilih dan di edit.. bayangkan! pengsannn... sejuta kali darab dengan 3 aje... ;))

Okaylah... i pun tak nak taip banyak-banyak.. (TIPU) :D
 masa i edit blogs i ni.. jam menunjukkan tepat jam 1:46 am... PAGI :D

i kisahkan pendek je dulu yaa... kisah panjang lebor penuh bergambar segala tu semuanya tu i akan update di blogs SINI
**bagi i masa untuk edit gambar yang berlubur tu yaa.. macehhh :D

Ikan Terubok Masin
Pasar Satok Kuching Sarawak         


i ke sana pada hari ketiga...
dengan menggunakan perkidmatan tourist guide yang berbayor :D
maka dengan hati berbunge-bunge.. i telah mengarahkan tourist guide untuk bawa i ke pasor :D
itu yang i teringin sangat nak pergi...orang sibuk nak melancong tempat best-best dan menarik.. i nak ke pasor! :D
tak pedulik.. i memang minat tempat-tempat macam ni... hati berbunge-bungE giteewww :D
maka ke... 
Pasar Satok..
macam pasar biasa juga.. hanya pasar Satok sesak dengan peniaga2 yang berjualan... sibuk dan sesak..
riuh-rendah... seronok i you :)

terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran... buah-buahan.. ikan segar.. udang kering.. ikan bilis.. dan yang paling terkenal sekali.. Ikan Masin Terubok...
kalau ke Sarawak tak sah! tak borong yer tak? :) 

**kisah panjang lebor dan gambor yang banyakkkkkk naaaa... nanti i update di blogs cuti-cuti i ehh...** 
berapa kali nak bagitahu?? pssstt.. takut i lupa :D  


Tu dia.. sekali ke pasor dengan baju keler merah!
ramai peniaga yang tegur i..
"Merah sangatlah mak ngah!"
i sengih :D << cam ni :))

ikan terubok masin bersusun.. pusing kanan dan kiri..
banyak sangat ikan terubok masin..
dan tourist guide yang i bayor tu menyarankan i satu tempat yang berbaloi sangat harga ikan terubok masin tu taw.. 
segar-bugar pulak tu...
i kalau ke mana pun.. siaplah.. mulalah jadi wartawan tak bergaji :D
soal itu dan ini.. psst.. sejam jugak duk kat situ :D 
doklah menyoal dan memerhati dengan begitu asyik sekali... ;)      


Handsome tak? :D
HEPP!! jangan tenung lelama.. pisau untuk menyiang ikan terubok masin yang masih segar tu.. baru sahaja naik dari laut.. terus di siang..
punyalah pantas.. perghh.. teruja i you..
teruja jugak nak cuba..:D
Pak Habibi i sound slowww____ jee.. 
"Nak beli ke nak berniaga?"
wahhhh!! giteeww..
i jeling manja jeww :D


Tu dia ikan terubok yang telah siap di siang.
lepas di cuci barulah di toskan terlebih dahulu and then barulah di lumurkan dalam isi ikan tu dengan garam khas... 
gambar penuh nanti i update kat blogs.. cuti-cuti i tu ya.. sabor.. nak memilih gambor ni yang mata berpinor :D

dan i telah memborong ikan terubok masin yang masih segor tu.. tak lah banyak..
cukuplah untuk stok.. dan agihkan buat saudara-mara :D


Wahhh! gitewww.. nampak tak kotak yang ada arrow tu..
yaa.. itulah kotak yang penuh berisi ikan terubok masin yang masih segor ku terbangkan khas dari Pasar Satok Kuching Sarawak...

adalah dalam 9 kG!
itu pun setelah Pak Habibi.. sound i.. sloowwww___ naaa...

"You bawak kotak tu eh!"

tu yang 9 KG jEeeeee :D   

 kisah panjang lebor nanti kat blogs cuti-cuti i tu.. *berapa kali nak beritahu daaa..* 
**bukan apa takut you all yang terlupa :))
dah jom! masak!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


i masak banyak... lebih kurang 4 ekor ikan terubok masin..
sebab keluarga i datang berkumpul di rumah...
tapi di blogs ni i share untuk resipi 1 ekor ikan terubok masin yaa ;)

Okay mula-mula sekali, potong ikan terubok masin kepada 3 bahagian atau selebar 3-4 jari.
Cuci bersih dan toskan sehingga kering.
taburkan dengan 2 sudu besar tepung beras dan gaul rata.
Panaskan minyak penuh dan goreng.  


angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Ketepikan.


3-4 biji tomato hijau.
Potong baji 

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau 


BAHAN-BAHANNYA :

1 ekor ikan terubok ikan masin
3 biji tomato hijau
6 ulas bawang merah *hiris halus/mayang
4 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia muda *potong julien/batang mancis
15 tangkai cili padi siam merah *hiris
3 sudu besar cuka masak
1/2 cawan air
gula
garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan, bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga layu.
Masukkan air dan cuka renehkan sebentar.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan ikan terubok masin dan buah tomato.
Renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Ikan Terubok Masin Goreng Tomato Hijau     



Rasanya amatlah segar!
apa taknya beli yang segar-segar..
 adik ipar i orang Sarawak... sentiasa di rumah ni ada stok ikan terubok masin..

but i tell you.. yang segar lebih S.E.D.A.P!!!! <<< sila eja ketika membaca :D


Jamu keluarga i yang berkumpul...

semua cakap memang segar dan tak sama dengan yang kami beli sebelum ini... di awet lebih lama.. yang segar lebih enak taw! aww ;)
Pak Habibi paling banyak makan!
Pastu i sound dia pun slowww... JeE..

"Patutnya beli 19 KG! kan kan!!!!!"

:))    


masam... manis.. lemak.. dan pedas!

Ikan Terubok Masin Satok memang TERBAIK!!!


labu dia comey dan cute!
sorry i tak beli..

sebab Pak Habibi dah janji.. balik dia nak tanamkan i labu.. :D


 Bukan hanya ikan terubok masin yang kuborong...

Psstt.. tahu tak.. kesemua bag dan kotak yang tertenggek atas trolley itu adalah ole-ole dari Sarawak :D
semua ole-ole... beg luggage pakaian i.. tiada di dalam gambar di atas yaa.. bayangkan... apa agaknya yang i borong tu???

sabor... bagi i masa cuba satu persatu masakan dari hasil bumi Kenyalang tu yaa... dan bagi i masa edit gambar yang berlubur tu... tak tahu nak edit mana satu sebab semua okey! muaahahhaa...:))

Okaylah sekian dulu... cakap je tak nak taip bebanyak.. kalau buat manuskrip ni dah jadi 2 bab! :))

      
 Jumpa lagi...
Jaga diri..
Assalammualaikum...

TATA!!

Thursday, July 12, 2012

Tenggiri Sambal, Pitam Selepas Akad Nikah! Perghh Keh..Keh..


Tenggiri Sambal masakan yang telah lama tidak ku masak..
sebab terlupa dan tak terlintas langsung.. :D
dan hari ini secara langsung.. telah kumasak :))



Pitam Selepas Akad Nikah! Perghh... keh.. keh.. :)) :)) :))


Surat Khabar Metro, Rabu, 11hb Julai 2012, muka surat 14 << wahh detail gitewww :))

Tiap hari bila ada kelapangan mesti i baca suratkhabar.. tang berbunuh, rogol, dera, derhaka.. tak kubaca! selak laju-laju! :))
takut emosi dan tak SUKA!!! pengakuan jujur ni ekk.. :D

So kalau i nak tahu kisah 'Ngeri' dalam surat khabar i akan tanya Pak Habibi i yang tembamBOM tu sinopsis dalam suratkhabar tu kalau best.. i suruh Pak Habibi cerita kat i.. bagus punya bini kan :D


So hati tertarik nak baca satu kisah ni... *Seperti di atas tu ler ekk..:)

"Saya bercerai dengan isteri pertama sehingga ketiga, manakala isteri keempat meninggal dunia.Saya tiada anak dengan keempat-empat isteri itu dan saya tidak tahu khabar terkini ketiga-tiga isteri yang bercerai dengan saya." ~Katanya ketika di temui oleh Harian Metro.

Harian Metro melaporkan Idris 71, bergelar suami kepada Rohani 53, selepas 3 kali melafazkan akad nikah, dan dia mengakui terkejut sehingga PITAM sebaik sahaja melihat wajah isterinya yang di solek.

*Sekian kisah metro surat khabar semalam khas untuk bacaan you all :)) satu kerja pulak ekk.. boleh ku taip, macam kurang kerja ler pulak muahahahahahaa :)) :))*

lepas baca i dok gelak tak sudah!! 
PITAM terkejut tengok wajah bini di solek tu yang tak tahan.. anggornya lepas tu dia tengok yang lelain tu??? sure PENGSAN!!
HAH! jangan nak fikir ke lain pulak ekk.. *wink @____*

TENGGIRI SAMBAL


BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm halia
2 cm belacan
25 tangkai cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

BAHAN LAIN :

6 ketul ikan tenggiri *lumur bersama sedikit garam dan goreng separa garing, angkat dan ketepikan*

bawang besar *hiris bulat, untuk sampingan
50 ml air asam jawa
1 helai daun limau purut *siat buang urat*
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau, kecilkan api dan renehkan sehingga pekat.
Masukkan gula dan renehkan lagi.
Masukkan air asam jawa dan daun limau.
Masukkan ikan dan sesuaikan rasa,
angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

TENGGIRI SAMBAL


TENGGIRI SAMBAL

INI antara hidangan yang ku masak masa zaman kekanak dulu.. ikan tenggiri sambal.. kesukaan kami sekeluarga.. dan bila masak lauk TENGGIRI SAMBAL mesti ada pendampingnya.. :D


lauk lemak labu, tempeh dan kacang buncis.. semuanya sayur saki-baki dalam peti sejuk.. i pun tak perasan.. labu tu tinggal sepotong mana yang lainnya? apa yang ku masak?
muahahaaa.. lupa pulak wehh.. tak pe.. tak pe.. faktor usia :))


macam biasa telur masin wajib ada.. :D
kali ni rebus tak banyak.. sebiji je.. dah memang itu yang tinggal :))


Mau tak sedappppp... sedap ngko aii... :))


Sekian sahaja laporan hari ini.... esok lusa sepi balik dapur maya i ni yaa.. i dah mula outstations.. tapi sebelum i tinggalkan dapur i ni mesti lah ada sesuatu yang pasti akan ku kongsikan buat semua sebelum i menyepi.. apa teeeewww??? :D


ada resipi istimewa dari rambutan.. tunggu yaa.. buah rambutan memang sedang lebat berbuah... i dah plan kali ni sebelum i tinggalkan you all i nak share pokok2 buah-buahan di belakang, tepi kanan dan kiri pepokok dan hasil yang ada aka.. sedang lebat berbuah.. wahhh gitewww... so saborr yaaa... :D

Assalammualaikum.. :)

TATA!!

Thursday, April 5, 2012

IKAN SEPAT MASIN LEMAK CILI API NENAS

IKAN SEPAT MASIN LEMAK CILI API NENAS


Assalammualaikum... wah! keler kuning lagi kan kan... yer hari ni cuaca sangat panas di luar sana tu... so masa nak memasak tu terfikir-fikir apa agaknya yang nak ku masak hari ni. Ikan, Ayam, Sotong, Daging segalanya bersusun dalam peti sejok menanti giliran untuk di masak.... so masa dok mengelap sana sini kat dapur basah i tu kan kan... maka dapat ler idea.... sangat mudah simple dan dah banyak kali pun i share di blogs masakan i ni.. tapi kali ni i ubah suaikan resipe tu... agar menjadi lebih sedap dan enak! tak gitewww.. *tepuk tangan ramai-ramai* macehhh...:)))


Nenas beli hari tu... kat pengkalan raja... ada lagi sebiji dan dah masak pun..... capai nenas... pastu....


Gi pulak ke tepi dapur... petik cili padi yang banyak sangat berbuah.... petik sekali limau kasturi... limau kasturi tu nanti petang sikit nak ku buatkan teh ais... perah bebanyak.. buh ais... wahhh...... masa minum tu... mata pejamkan sikit... tapak tangan kipas-kipas ke muka... sebab masam hahahaa... *pengsan tahap 1*

IKAN SEPAT MASIN LEMAK CILI API NENAS


BAHAN-BAHANNYA :

4 Ekor ikan masin sepat
 *potong 3, rendam sebentar dan cuci bersih dan toskan*
1 batang serai *titik
1 biji nenas *potong kiub*
gula dan garam

BAHAN KISAR :

400ml santan pekat
20 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit

CARA :

Masukkan *BAHAN KISAR, nenas, serai dan renehkan dengan api sederhana. Sentiasa di kacau.
Setelah nenas agak empuk, masukkan ikan masin sepat.
Sesuaikan rasa, dan setelah kuah agak pekat.
Angkat dan hidangkan!!!

TARRAA!!!

IKAN SEPAT MASIN LEMAK CILI API NENAS


3 IN 1... tak payah masak sayur hari ni nenas tu anggaplah sayur hehee....


Lemak dan manis... masam hujung-hujung... sedap tul!


Hari ni memang masak simple.. sebab sibuk menunggu orang pasang air-cond kat bilik tidur satu lagi... petang nanti datang pulak orang pasang dapur masak baru... wahhh.... hari yang sungguh panjang buat i hari ni ekk.... tapi sibuk macam mana pun... menu petang nanti dah ada... tungguuu..... dapat idea dari......


Hehhehhh... yer CIK akak pisang yang sampai laa namanya tak ku tahu... budak yang ku bagi sesisir suruh tanya mak dia apa kenama pisang ni petang nanti baru datang.... hahahaa... lupa pulak nak tanya Pak Habibi.. dia tu memang asal dari Bandar... dia lebih tahu dari i yang asal sejak lahir di kampung tapi banyak membesar di Singapura... tu yang langsung tak amik kisah tentang nama pisang muahahaa... okay tu jerk laporan hari ni... tunggu petang nanti yerrr....:)))

TATA!!!


Friday, February 11, 2011

KAILAN IKAN MASIN

 
KAILAN IKAN MASIN

Memang nak mengadu ler sesangat ni ekk.. tulah! kengkonon tak nak rambut berbau ikan masin, mengader mencari tudung.. wah! memasak ler kailan ikan masin macam nak rak! memang ler rambut tak berbau. Tahu.. tak...yer... yer.. arr memasak! dah ku bubuh dalam pinggan bujur.. siap aje makan malam tadi terus ler berbegas nak edit gambar dan masukkan dalam blogs kesayanganku ini... HUaaaaaAAAAA.... (menjerit!) aduhaii.. masa  tu termenung depan PC oke! rupanya tak ku snap gambar masakan KAILAN IKAN MASIN! so yang ada ni gambar bedaah! i punya lagi menarik ala-ala gelap2 gitu kelernya ekk... jadilah kang tak tunjuk gambar cuma keluarkan resipe tak berseri pulak yer tak... pstt nak tahu kenapa gambar masakan lain i snap... kenapa gambar kailan ikan masin tidak??? bersambung selepas you all salin resipe oke...

JOM!! SALIN RESIPE!!!
KAILAN IKAN MASIN

 Bahan-bahan : 
  • 4 ulas bawang putih ~ di pecahkan sahaja
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • 1 keping ikan masin tenggiri jeruk ~ potong dadu
  • 1 peket sayur kailan ~ asingkan batang dan daun
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar ~ sos ikan/fish sauce
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan masin dan batang kailan sehingga ikan masin garing dan batang kailan layu
  • masukkan daun kailan, sos tiram, fish sauce, kacau rata
  • sesuaiakan rasa. angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRAA!!!
KAILAN IKAN MASIN
KAILAN IKAN MASIN
KAILAN IKAN MASIN
 
Tension aje ni.. memasak macam nak rak.. tapi guna gambar tiruan! huk.. huk.. nak tahu tak kenapa gambar kailan i tak ada???
tu... pengakuan sebenar..
rupanya anak dara kerempeng i dok snap gambar si Apple Macintosh membuta!!!
cett!!! anak i terdelete oke!!
Grr... pasti ada hikmah di sebaliknya maka i cool jer oke...
grr.....

 SELAMAT MENCUBA!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

 
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

Mood bila tiba hari Jumaat aje mesti tekak ni terasa macam nak makan lauk kampung... bersantan... berkuah sup dan macam-macam lagilah.. Pulak tu ada nenas lagi sejoreng... ada pulak santan beku... dan ikan masin sepat 4 ekor! terus ler ku gulai lemak... dah lama tak masak.... lawankan pulak dengan celur pucuk ubi, celur pucuk berbuas... ada pulak jering! tumbukkan sambal belacan! aje memang you.. lepas makan terus ler kuyUU....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 
Bahan-bahannya :
Kisar lumat :
  • 1/2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kuyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 9 batang cili padi

Bahan-Bahan lain :
  • 4 keping ikan masin sepat rendam 1/2 jam dan bilas dan potong dua
  • 1 biji kelapa ~ jadikan 5 gelas santan 
  • 1 helai daun limau purut ~ siat
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1/2 biji nenas ~ potong kecil
Cara Memasak :
  • Campurkan ke semua bahan-bahan yang telah di kisar bersama santan, daun limau purut dan serai
  • renehkan sebentar. masukkan nenas dan ikan masin sepat
  • biarkan mereneh dalam 8 minit sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
 GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 

 Tak sampai 20 minit dah siap Iyerrkkk..
selamat mencuba!!
 TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

Thursday, January 13, 2011

SUP PETOLA TULANG IKAN MERAH MASIN

TENGGGGG!!!! TARRRRAAA!!!

SUP PETOLA 
TULANG IKAN MERAH MASIN

SUP PETOLA 
TULANG IKAN MERAH MASIN

SUP PETOLA 
TULANG IKAN MERAH MASIN
 JOM! SALIN RESIPE!!!!
NAK TENGOK AJE BOLEH TAK SHASHA???
BOLEH... BUKANNYA I KISAH PUN HEHEEE....

BAHAN-BAHAN YANG DI PERLUKAN :
  • 1 BIJI BAWANG KUNING ~ HIRIS
  • 4 ULAS BAWANG PUTIH ~ DADU
  • 1/2 INCI HALIA ~ DADU
  • 1/2 BATANG CELERY ~ HIRIS
  • 1 KEPING TULANG IKAN MASIN MERAH/KURAU ~ POTONG 
  • 1 BATANG PETOLA ~ POTONG
  • 1 biji tomato ~ belah 4
  • SEDIKIT BAWANG GORENG DAN DAUN SADRI
  • KALAU SUKA BOLEH BUBUH CILI PADI/LADA MERAH
  • SEDIKIT LADA SULAH
CARA MEMASAK :
  • TUMISKAN BAWANG MERAH, HALIA, BAWANG PUTIH DAN CELERY DENGAN SEDIKIT MINYAK
  • MASUKKAN AIR DAN TULANG IKAN MASIN
  • APABILA MENDIDIH MASUKKAN SAYUR PETOLA
  • SESUAIKAN RASA
  • ANGKAT DAN HIRUPLAH! APA LAGI NAK KO BUAT YER TAK?
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!!!
Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ