ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, July 12, 2012

Tenggiri Sambal, Pitam Selepas Akad Nikah! Perghh Keh..Keh..


Tenggiri Sambal masakan yang telah lama tidak ku masak..
sebab terlupa dan tak terlintas langsung.. :D
dan hari ini secara langsung.. telah kumasak :))



Pitam Selepas Akad Nikah! Perghh... keh.. keh.. :)) :)) :))


Surat Khabar Metro, Rabu, 11hb Julai 2012, muka surat 14 << wahh detail gitewww :))

Tiap hari bila ada kelapangan mesti i baca suratkhabar.. tang berbunuh, rogol, dera, derhaka.. tak kubaca! selak laju-laju! :))
takut emosi dan tak SUKA!!! pengakuan jujur ni ekk.. :D

So kalau i nak tahu kisah 'Ngeri' dalam surat khabar i akan tanya Pak Habibi i yang tembamBOM tu sinopsis dalam suratkhabar tu kalau best.. i suruh Pak Habibi cerita kat i.. bagus punya bini kan :D


So hati tertarik nak baca satu kisah ni... *Seperti di atas tu ler ekk..:)

"Saya bercerai dengan isteri pertama sehingga ketiga, manakala isteri keempat meninggal dunia.Saya tiada anak dengan keempat-empat isteri itu dan saya tidak tahu khabar terkini ketiga-tiga isteri yang bercerai dengan saya." ~Katanya ketika di temui oleh Harian Metro.

Harian Metro melaporkan Idris 71, bergelar suami kepada Rohani 53, selepas 3 kali melafazkan akad nikah, dan dia mengakui terkejut sehingga PITAM sebaik sahaja melihat wajah isterinya yang di solek.

*Sekian kisah metro surat khabar semalam khas untuk bacaan you all :)) satu kerja pulak ekk.. boleh ku taip, macam kurang kerja ler pulak muahahahahahaa :)) :))*

lepas baca i dok gelak tak sudah!! 
PITAM terkejut tengok wajah bini di solek tu yang tak tahan.. anggornya lepas tu dia tengok yang lelain tu??? sure PENGSAN!!
HAH! jangan nak fikir ke lain pulak ekk.. *wink @____*

TENGGIRI SAMBAL


BAHAN-BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm halia
2 cm belacan
25 tangkai cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit

BAHAN LAIN :

6 ketul ikan tenggiri *lumur bersama sedikit garam dan goreng separa garing, angkat dan ketepikan*

bawang besar *hiris bulat, untuk sampingan
50 ml air asam jawa
1 helai daun limau purut *siat buang urat*
gula dan garam
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau, kecilkan api dan renehkan sehingga pekat.
Masukkan gula dan renehkan lagi.
Masukkan air asam jawa dan daun limau.
Masukkan ikan dan sesuaikan rasa,
angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

TENGGIRI SAMBAL


TENGGIRI SAMBAL

INI antara hidangan yang ku masak masa zaman kekanak dulu.. ikan tenggiri sambal.. kesukaan kami sekeluarga.. dan bila masak lauk TENGGIRI SAMBAL mesti ada pendampingnya.. :D


lauk lemak labu, tempeh dan kacang buncis.. semuanya sayur saki-baki dalam peti sejuk.. i pun tak perasan.. labu tu tinggal sepotong mana yang lainnya? apa yang ku masak?
muahahaaa.. lupa pulak wehh.. tak pe.. tak pe.. faktor usia :))


macam biasa telur masin wajib ada.. :D
kali ni rebus tak banyak.. sebiji je.. dah memang itu yang tinggal :))


Mau tak sedappppp... sedap ngko aii... :))


Sekian sahaja laporan hari ini.... esok lusa sepi balik dapur maya i ni yaa.. i dah mula outstations.. tapi sebelum i tinggalkan dapur i ni mesti lah ada sesuatu yang pasti akan ku kongsikan buat semua sebelum i menyepi.. apa teeeewww??? :D


ada resipi istimewa dari rambutan.. tunggu yaa.. buah rambutan memang sedang lebat berbuah... i dah plan kali ni sebelum i tinggalkan you all i nak share pokok2 buah-buahan di belakang, tepi kanan dan kiri pepokok dan hasil yang ada aka.. sedang lebat berbuah.. wahhh gitewww... so saborr yaaa... :D

Assalammualaikum.. :)

TATA!!

20 comments:

Neeza.Areef said...

salam k.sha
ada2 je berita ni kan..
sedap sambal ikan tenggiri..sy mmg penggemar ikan sambal..ratah je pun sangguh kak

~azillakhalison~ said...

pendamping tu yg sedap tu..ikan tenggiri masak ape lg ye kak sedap?

Ummi said...

Hahahahha..tu diaaa..! Pakcik tu pengsan tgk lepas disolek muka isterinya tu nape? Lawooo sgt ke, atau mcm cina opera tuh, hahahhaa... Tang lain2 tu kalau dia tengok dia sabor Sha, so x la pitam...dia fengsan jek...hahahhaa, ada2 jek Sha ni taauuu.... Btw, your ikan tenggiri sambal + set2nya tuh mmg mengancam...boleh pitam jgk...haha

Mas Sani said...

Hihihi....sy bc.....

Perghhhhh sedap banget tu kak, sambal ikan di gabung dgn telor masin ditambah plak dgn syr lemakkkkk...vavavommmm best!

rahel said...

Adoiiii..macam cerita opera van java la pulak ni...tapi kan..tenggiri sambal+telur masin+set2nya tu memang mengancam..konfirm fengsan pakcik nanti..hahaha..

yan's cottage said...

salam sha.....
sambal ikan tenggiri kena pulak masak lemak labu telur asin lagi
mmmmh....!!!!!!tak tahan laaaaaa......!!!!!

fazian.batrisyia said...

sedap nampak lauk kak sha tu...lemak labu tu mmg sy minat...

Bicara Kak Noor said...

salam Sha,akak pun nak fengsan jugak tapi tahan je tengok rambutan tu macam sedap je bolat2 isi nya,suka mamam gitu je rambutan ni kalau dah buat yg lain2 entah lah mcm tak pernah makan selain dari makan fresh gitu hahah jakunis lah tu kan...

Mas said...

salam kak sha...
perhh....sambal tengiri
sedapp tu kak

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hahaha I pun tergelak bila baca news tu...kesian pengantin perempuan tu, groom dia pengsan! :)

Wahhh sambal ikan tenggiri mu sungguh menggoda lak! Terasa macam ikan tu memanggil2 nama I...hehe!

Wahhh nak buah rambutan leh tak? Mana rumah cik? Hehehe

Amie said...

Lauk-pauk di sini, menggamit selera... baca ikut rentak lagu klasik nasional tu... segalanya di sini, menggamit memori he he hehh
Semua lauk yang dihidang sungguh menyelerakan!
oooo pitam sebab tengok rupa isterinya disolek yea...

Rohah said...

amboi kak, dah tersipnosis kat nama lauk ni pulak nampaknya kisah tu..ekeke

Salmi Khairil said...

k.sha sedaplah, saje wat orang terliur..

pak cik tu teruja tengok bakal isterinya cantik lepas bersolek..sampai pengsan..hehehe

gerhana luka said...

ikan yang besar2 memang sedap kalau masak sambal, anak saya kalau ikan tenggiri atau jenahak buat sambal mesti dorang kata ayam ;D hee... tak tau bezakan ikan ngan ayam. malam tadi saya masak ikan jenahak sambal anak2 dok meratah je ikan tu sampai licin.

saya pun tak suka baca berita bunuh, rogol ngeri tau macam manusia ni dah takde akal je rasanya.

wanie said...

Alahai sedapnya...nti boleh try ni..tenggiri ni x pitamkan..?
kak rambutan tu xde yg nak mkn ke..?

wanie said...

sedap tu ..tapi x pitamkan..?
rambutan tu xde yg nak mkn ke..?

Mat Gebu said...

Abang dulu masa baru2 kawen..dia pitam tak tgk Datin?..hahaha.... Minta amponn..patik hanya bergurau senda....Nice sambal...nanti CM buat ok..

zuwaidah said...

nengok rambutan tu memang tergoda laaaaa....suka sangat....tapi idak ler makan sampai pitam hehehheehe

zila norazila said...

he hee melampau tul pakcik tue..apa maksud pakcik tu sampai pengsan segala??>.h ehhee sha lauk fav aq jgk nie..tggiri lama x masak la..semua lauk2 ko sdap sha..wt kecurr jew kan..melampauuu..kim salam bagus sikit..ha hha haaa..

quinnie said...

hahaha..hawatnya pakcik tu pitam...sabo je la...mesti suspen je sape yg hadir kat majlis tu..kekekek

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ