ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label AGAR-AGAR DAN PUDING. Show all posts
Showing posts with label AGAR-AGAR DAN PUDING. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku! Chocolate Puding Just You And Me!

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!

Amacam??

Dwi Bahasa pon boleh! Ngehehehhh....

Bismillah....

Assalammualaikum!

Syukur Alhamdulillah! Tq! ALLAH! pejam celik... dah masuk Ramdhan yang ke-12!!!

Ramadhan Please Don'T GO!!! :'(


siapa yang dah lama kenal i kat blogs ni tau i HANTU COKLAT!

tapi bukan semua coklat yang i suka... sesuka hati i nak suka yang mana.. ekk.. yang paling fav yang ada rasa peanut dan macadamia! itu IN TOP LIST memang!

coklat yang lain tu biasa-biasa sahaja!

Ok.. tak nak bincang pasal coklat.. nanti macam-macam spekulasi yang TERKELUAR!

Okay.. kisahnya cam ni... nampak tak bakul isi coklat tu?

nampak tak kasut i celah bakul tu??

nampak tak??

Okay gambar tu tiada kena mengena..

i nak share kat you olls.. resipi..

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!


Yangg.. entah dah berapa kali ulang share kat blogs i ni ekk.. cuma namanya aje yang i tukar...

konar baring.. rempit kiri dan kanan pun..

tang tuuu jugak rasanya!

tu yang i buh coklat TERSENGKANG!
atas puding tu..
bagi ada kelainan cikit!
Muahahahhahaa....
Dah! Jom! Puasa kurangkan berceloteh.. lebihkan amalan ya... erkk...

Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!

Chocolate Pudding Just You And Me!


BAHAN-BAHANNYA :

1 peket agar-agar serbuk
1000ml air
200ml susu cair
secubit garam
180gm gula kastor
150gm coklat button
1 sudu besar esen vanilla
1 biji telur kuning

HIASAN : COKLAT LAGI BESAR LAGI GEMPAK K.BAI!

CARA :

  1. Campurkan air dan agar-agar serbuk dan larutkan.
  2. Masukkan gula dan larutkan di atas api. sentiasa di kacau dan jangan sampai meruap!
  3. Setelah larut masukkan susu cair dan gaul sebati. masukkan telur yang telah di kocok terlebih dahulu. masukkan esen vanilla. Angkat dan tapis.
  4. Bahagikan kepada dua bahagian. Dan satu bahagian campurkan dengan coklat button. Larutkan coklat.
  5. Sekarang anda ada 2 adunan. 1 adunan susu dan 1 adunan coklat.
  6. Masukkan 1/2 senduk adunan susu dan tuangkan sedikit adunan coklat di tengahnya. Ambil lidi dan lorek-lorekkan.
  7. Lakukan sehingga selesai dan simpan di dalam peti sejuk sehingga set dan chill!
TERIMA LAH.....


Puding Coklat Susu Hanya Kau Dan Aku!


Chocolate Pudding Just You And Me!

Amacam???

Sah! Sah! Coklat yang sebesar alam tu yang terserlah yer tak?

Muahahhahaaa.a..... dapppnyeew... hepp! puasa!


Selak cikit strawberry tu!

WOW!!! tetap nampak cekelat yang besor atas tuuuuu laa....

muahahhaaa.....



Nyomm... Nyommmm...


Tuangkan sos kastard... pastu sudu dalam mulut...

mata pejam.... muncung ternaik-naik!!

Nikmat tekak.... untung jadi tekakkan?

@_# FAINTED K!


Gambar di atas tiada kena mengena..

tetapi ada jugaklah..

foto dulu sewaktu bamm.. bammm... nyee..

sebab dok baham coklat setiap masa!

tak caya sudah!

K.BAI!


Alolooolooo... momotnya skap yang ada atas kepala i tu...
hepp! limited edition tak de jual kat luar! nak cari kat photoscape hiihihii...

Jangan lupa cuba tau!

cayangg you olls! memmuahahhhh :D

Thursday, March 7, 2013

Puding Roti Marble Coklat Resipi Rakan Blogger... Terima Kasih Teman...



Assalammualaikum.. Selamat petang semua...:)

Dua tiga hari ni i memang tak sibuk... soOooo mood memasak yang entah ke mana menghilang semenjak kebelakangan ni *mungkin terlalu sibuk* tetiba muncul kembali.. wahh! best betullah.. semangat nak memasak tu pun luar biasa... semangat nak makan tu usah ler cerita.. yang tu memang sentiasa FULL BATERY!!! muahahaa...

Okay di pendekkkan cerita.. walaupun i akan taip panjang lebor macam selalu.. tu yang buh.. The Writer's Cooking... bukan sahaja resipi.. kena jugak berkongsi cerita yer tak.. :))

Okay.. kisah ni dah lama sebenarnya.. kisah di mana
 'TAHAP MENGODER MELEBIHI DARI TAHAP MEMBIKIN' 
hah! tu dia.. faham ke tak ni?

Tak pe.. tak pe.. kita teruskan lagi bercerita ler ekk..

Okay, kalau you olls nak tahu.. yang tak nak tahu tu pun terpaksa ambil tahu sebab i dah tertaip kat sini heheeeee :D

Puding Marble ini adalah salah satu pemanis mulut bila tiba bulan puasa... kuih fav Pak Habibi i yang TembamBOM tu hah! tiap kali dia singgah ke bazaar Ramadhan mesti dia akan beli puding marble coklat ni ler.. yang bini tu pulak tak berapa minat.. so dia memang menggalakkan si suami tu..

"Beli lagi jimat Yang!"
 muahahahahhahahahaa..... 


SOoo.. semenjak tu.. tiap kali tiba bulan puasa.. puding roti marble pasti akan muncul lagi.. dan lagi... selama sebulan kita umat islam berpuasa.. waduhh nostalgia betullah buat i sekeluarga! terutama sekali buat Pak Habibi i yang temBAMBOM tu hah! setahun sekali baru dapat merasa... hari-hari biasa dia tak teringin pulak walaupun banyak jual di pasar malam tu hah! lain sikit kot rasanya.. sebab terpaksa berpuasa dulu baru dapat merasa! muahahaa....

Okay, pesanan ni untuk Pak Habibi...

"Wahai suamiku...Habibi.. lepas ni tak perlu tunggu tiba bulan puasa ler yer..."

hehheheeeeeeeeeee :D

Okay pesanan ini untuk kengkawan yang setia singgah di sini.. nak tahu macam mana terbuka hati i nak membikin Puding Roti Marble ni??

Sebabnya..... masa i on FB tadi.. tengah syiok scrool down kat NewsFeed tu.. ternampaklah satu blogger yang sememangnya sangat termahsyur di kalangan blogger-blogger masakan... terus ler tekak ni kecur.. selalunya tak pulak.. biasa je.. hehehe... so tanpa berlengah i terus terjon! ke dapur << serius terjon dan bukan dengan payung terjon! hehee...

cek barang! semua ada yehaaa... apalagi terus ler bancuh.. :)

Buat Kak Nor tersayang.. terima kasih kerana sudi berkongsi resipi di blogs.. kerana Puding Roti Marble Kak Nor lah sha terus terjon bersama kamera dan terus ke dapur membancuh... tq Kak Nor sayang dia muahzzzz :) Dan terima kasih juga buat tuan empunya resipi Hanamemories.. tq so much! muahzzzzz sejuta kali :)

Dan buat Kak Nor tersayang.. sha share pula resipinya di sini yaa Kak Nor... cayang dia!
Semoga ilmu di alam maya ini akan terus dapat di manfaatkan buat semua teman-teman.. Insya~ALLAH ~ Wallahualam~

Puding Roti Marble Coklat

**Resipi i just copy & Paste** :)


PUDING ROTI MARBLE COKLAT
resipi : Hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram



Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air = hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys ~ k.nor guna 1/2 sk choc emulco

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak/manis, kurangkan sukatan susu pekat.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz2MpvmhCvp


 Puding Roti Marble Coklat


Sangat mudah..
Sangat simple..
 Sangat menarik..
 Jimat belanja..
 Sangat sedap... 

i bahagikan kepada dua loyang kecil macam gambar di atas tu... :)


Awal-awal lagi i dah called Pak Habibi..

"Psstt... ada sesuatu..."

Psstt.... agak2 Pak Habibi terfikir tak ekk i akan buatkan dia Puding Roti Marble fav dia ni???
atau dia ingat i masakkan dia ikan cencaru bakar??
OhhhHHh!!! Tidakkk....

Muahahaaaa... :))  

Puding Roti Marble Coklat 


Selamat mencuba... selamat menjamu selera bersama keluarga tersayang..:)

Jaga diri.. Assalammualaikum..

TATA!!

Tuesday, January 1, 2013

Blue Berry's Pudding Happy New Year 2013


Assalammualaikum.... dan selamat sejahtera buat semua...

Selamat Tinggal 2012... dan Selamat Datang 2013..... 

Pejam celik.. pejam celik.. mata terkebil-kebil... :D

Diam tak diam.. tahun 2012 telah meninggalkan kita semua...

Terlalu banyak kenangan... terlaluu... banyakkkkk!!! 

yang pahit dan yang manis... semuanya kalau disingkap semula kisah sepanjang tahun 2012.. rasanya...tak habis setahun nak dikisahkan semula... :) 


Selamat tinggal 2012... selamat tinggal semua kisah lalu...

Selamat Datang 2013... semoga tahun ini akan menjanjikan sejuta kemanisan buat kita semua..

Wahai teman-teman yang kuhormati sekalian..

Di kesempatan ini Shahriah dan keluarga ingin mengucapkan..

Selamat Tahun Baru!!! Happy New Year!!!

Buat semua teman-teman yang kuhormati.. tiada yang terkecuali pon... :D


Asalnya dulu... tahun 2010.. i ingat lagi.. dengan hanya berbekalkan sedikit ilmu.. yaa.. tak yaa.. godeh sana.. godeh sini..
dalam reti tak reti menyusun ayat..
dalam reti tak reti nak snap dan edit gambar..
pastu yang kuedit tak ke haper-haper ayat..
tak pe.. tak pe.. usia mematangkan kita.. :D
bermula dengan 5 orang yang join blogs ini.. di mana...
kesemua 5 orang itu adalah suami, adik, i sendiri aje 2 kali tertekan 'JOIN' muahahahaa :)) dan anak..

dan lihatlah.. sekarang dah ada lebih 600++ yang join blogs dapur maya i yang tak seberapa ini...

**pencapaian yang membanggakan!! :D walaupun kengkawan blogger yang lain dah mencecah ke angka 60000 members tak ada ler kecoh macam i!! :D

Bermula.. dengan meter reading... dari angkat 1 pengunjung... i ler pengunjung yang pertama.. sendiri edit dan masukkan N3 sendiri jengah sendiri punya post! muahahaa... bukan sekali ehhh... banyak kali!!! macam jakon naa.. masa baru-baru ada blogs tau..

dan lihatlah sekarang ini.. berkat perkongsian rakan-rakan alam maya yang tidak pernah jemu... berkongsi maklumat.. di blogs masing-masing dan akhirnya..

Blogs.. masakan...

The Writer's Cooking

pengunjung yang tidak pernah jemu datang bertandang di dapur maya ku ini... lebih dari 300000++
bayangkan!!!

Wahai teman yang kuhormati sekalian terima kasih..

Terima Kasih... :)

**sayu tau ni sambil menaip**

Hukk.. hukk.. sebab usia bertambah satu angka!!!
tak pe.. tak pe... :D          


Kalau di tanya apa azam i tahun ini???

rasanya tak ada...

sama sahaja macam yang lepas-lepas... sebab i ni jenis yang cool dan sentiasa berfikiran terbuka dan malas nak fikir yang menyesakkan kepala...

i plan...

i akan buat dengan bersungguh-sungguh...

sampailah... BERJAYA...

yaa giteww.. lebih dari itu memang tak ada.. terima seadanya... :)


Walaupun i tidak menyusun azam untuk tahun 2013..dan tahun-tahun sebelumnya pun...

T.E.T.A.P.I << tak perlu eja :D

yaa.. T.E.T.A.P.I

'DOA DAN IKHTIAR TANPA JEMU'

itu motto yang kupegang selama ini...

dan kejayaan semalam adalah berkat usaha yang tidak pernah jemu dan putus asa... itu sahaja... :)  

cuma... ada sesuatu yang i buat i F.R.U.S.T << yang ini sila eja :D frust!!!! sangat!!

nak tahu apa??

**kisah bersambung** :D

Blue Berry's Pudding
      

BAHAN-BAHANNYA :

1 peket agar-agar segera *jenis serbuk
220 gm gula castor
1 litre air
200 ml susu segar
secubit garam
1 sudu besar perisa blue berry

1 peket buah blue berry

CARA :

Masukkan air, agar-agar serbuk, gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula larut. *sentiasa di kacau dan api sederhana*
Masukkan susu cair dan secubit garam, kacau sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian satu biarkan putih susu.
Bahagian dua campurkan dengan perisa blue berry.
Sediakan acuan dan tuangkan adunan *terpulang yang Bahagian satu dulu atau yang Bahagian dua.
Masukkan beberapa biji blue berry ke dalam acuan dan biarkan sehingga set di dalam chiller.
Hiaskan bersama whipping cream dan buah blue berry.
Hidang ketika sejuk!          

TARRRAA!!!!!

Blue Berry's Pudding


Sejujurnya.. i buat puding Blue Berry ini pada petang 2012..
dengan cuaca hujan lebat di luar rumah..
cahaya pun suram sahaja...
jadi gambar tidak berapa elok..jadilah yaa.. dari tak bergambar baca aje celoteh i yang panjang berjela ni :D

Tak pe.. tak pe..

Yang penting.. niat i memang ikhlas nak berkongsi resipi ini khas buat semua teman-teman semua sempena tahun baru.... dan kalau you all baca N3 i ni.. i edit gambar dan masukkan N3 panjang lebor ceritanya dah macam cerita Hikayat Mak Limah Balik Kampung... tepat jam 1:36 am!!! 2013!!!

khas untuk semua teman-teman yang tidak pernah jemu datang bertandang dan meninggalkan komen.. dan tetap bersabar kerana i tidak berkesempatan BW dan membalas komen you olls..
busy.... cuti sekolah melayan anak-anak :D


Selamat Tahun Baru Semua!!!

Happy New Year My Beloved Friends!!!

cayang sangat kat you all... :D


Okay sambung kisah tadi tu... :))

i F.R.U.S.T sangat!!!!

sebab...

bukan main kerja keras nak turunkan berat badan... yang naiknya.. kalah saham ojol! naik mencanak...hampir 9 KG!!! dalam tempoh setahun...from 55kg <<< dulu and now >>>64kg!!

**perlu ke tulis??? ehhh....perlu untuk rujukan tahun 2014 takut terlupa apa yang i frustkan muahahaaa!!! :))

so azam yang tak berjaya 2012.. tidak mungkin akan kuulangi...

mungkin kerana faktor usia??

mungkin nak kena ke LONDON MANAGEMENT???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
TAK ADA M.A.K.N.A.N.Y.A!!!



as long as my Pak Habibi yang TEMBAMBOM tu still Maintain GEMS...

soOooooo..... tak perlulah i berlumba nak turunkan berat badan :D

**cakap orang frust** :D

Apa pun... terima kasih semua.. kerana sudi meluangkan masa membaca celoteh i yang agak 'terlampau panjangnya' rasanya ramai yang dah pening-pening lalat... 

tak pe.. tak pe.. ni first time i buat N3 ucapan selamat Tahun Baru.. tahun sebelumnya memang tak pernah :D


Muahzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz << gaya kissed sampai terlelap tahun 2013!!

Happy New Year 2013!!!!

Minta ampun dan maaf jika selama ini tutur kata dan cara Shahriah ada menguris mana-mana pihak.. sejujurnya langsung sekuman pun tak terniat...ya giteew :D

apa pun.. Ayuh! kita hadapi hari yang mendatang 2013 dengan satu tekad baru...

'Tempuhi Hari Mendatang Dengan Hati dan Fikiran Yang Terbuka'

~WALLAHUALAM~

sekian dulu.. 

jaga diri... terima kasih teman... sayang semua... muahzzzz....

Assalammualaikum...

**kissed di atas itu hanya UNTUK KAUM HAWA SAHAJA <<< AMARAN!** :D

TATA!!


Thursday, September 13, 2012

Puding Coklat Berlaici Yummeh!


Assalammualaikum... :)

Dah lama tak share menu minum petang. 
Petang ni i ada sedikit kelapangan. So i share jugaklah..
pencuci mulut yang simple dan yummeh i tell you! ;)


Dah lama Pak Habibi mintak i buatkan dia puding coklat.
i tak terbuat sebab terlampau sibuk.
Petang ni i buatkan sebab tanda Terima Kasih kepada Pak Habibi TembamBOM i yang sudi menemani i outstations semalam.. :D


i bubuh laici sebanyak tidak dalam puding coklat tu.
kali ni i tak guna acuan agar-agar tetapi i gunakan cawan biasa tu je.. :)
Hasilnya wahhh... masa hidang tu siap berpiring lagi..
sukanya Pak Habibi :D
ya giteew kononnyalah...

Puding Coklat Berlaici


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN A :

100 ml susu cair *i guna jenama ideal
100 ml jus laici dari tin
150 gm gula pasir
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar serbuk koko *van hauten
secubit garam

*BAHAN DI ATAS KOCOK SEHINGGA GULA HANCUR*

BAHAN B :

1/2 peket agar-agar bertali *gunting kecil
500 ml air

BAHAN LAIN :

1 tin buah laici

CARA :


Campurkan *BAHAN A* dan masukkan ke dalam periuk.
Jerang di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masak sehingga agar-agar larut.
Masukkan *BAHAN B* dan kacau sebati selama 5-7 minit.
Angkat dan tapiskan terlebih dahulu.
Sediakan acuan dan masukkan buah laici dan tuangkan adunan agar-agar tadi.
Masukkan ke dalam chiller sehingga set!

TARRAA!!!!

Puding Coklat Berlaici


SlurPPpppppppppppppppppppppppp!!!!
Puding Coklat Berlaici


Mudah, ringkas dan sedap!
tak caya cecuba.. cecuba... :))


Nyaman Bah!


Perempuan sejati memang suka bab-bab gini! :D




Sekian..

Jumpa lagi!

Assalammualaikum..

TATA!!


Thursday, July 12, 2012

Hidangan Pengganti Diri, Agar-Agar Rambutan Gula Melaka



Assalammualaikum.. :)

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 

*MAAF LER YER GAMBAR TAK BERAPA CANTIK, SEBAB DAH SENJA BARU SNAP GAMBAR, I TAHU YOU ALL AKAN CAKAP MACAM NI.. OKAY JERK!* :D

dah agak dah :))


Ku selitkan juga beberapa aktiviti sepanjang tidak bersiaran di dapur maya ku ini.. :D


Jangan lupa dapatkan Surat khabar :

Sinar Harian Grup Karangkraf

15hb Julai Ahad

Untuk Info lanjut KLIK SINI, TQ :)

Dan juga...



Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 



Jadual kerja yang terlalu padat dan sendat...

ehh tapi sempat pulak masukkan N3 :D

sebab masukkan N3 dalam blogs juga ada termasuk dalam jadual kerja i :))

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 


siang tadi i dah tayang dah kan gambor buah rambutan yang besor tiap biji sebesar telur ayam.. memang besar.. isinya manis dan langsung tidak berair.. ranggup bila di kunyah :D
terbaik dari ladang awww :))

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 




sebab isinya besar dan manis, macam laici ada jugak rasanya tu.. tapi bukan laici.. itu rambutan :))


dok ler memikirkan apa yang nak ku kerjakan dengan isi rambutan yang sedap tu..

*sambil garu-garu dagu dan bukan kepala* 
maka.... jadilah... 

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka :D



BAHAN-BAHANNYA :

1 peket serbuk agar-agar berperisa vanilla *ada di pasaran*
100 gm gula pasir
100 gm gula melaka *racik kecil*
1000 ml air
1 helai daun pandan *simpul*
secubit garam
400 gm isi rambutan *hiris isinya sahaja tanpa kulit sari atau biji* awww :D *INI UNTUK ISI DI DALAM AGAR-AGAR*

100 gm isi rambutan + 100 ml air kisar hancur dan tapis ambil jusnya sahaja


CARA :

Campurkan air, daun pandan, serbuk agar-agar, gula pasir dan gula melaka dan jerangkan di atas api dan kacau sehingga gula larut.
Masukkan jus rambutan dan kacau sebati, tambah secubit garam.
Angkat dan ketepikan sebentar.

Sediakan acuan dan masukkan sedikit isi rambutan dan tuangkan adunan agar-agar ke dalamnya.
Lakukan sehingga selesai dan simpan di dalam peti sejuk sehingga set. i biarkan separuh hari :D
bila sejuk wahh enak gitewww ;))

TARRAA!!

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 



Slurppp.. waduhhh.. nak tahu tak rasanya macam mana? :D


Rasanya lemak dan manis.. bila tergigit isi rambutan tu terus mata yang terpejam menikmati agar-agar tu terus terJOJOL!! :))


macam rasa Lim Chee Kang pun yerk.. erkkk betul ke tu ejaannya??
hehee :)) pepaham sendiri ajelah yaa... macehh :D


macam rasa rambutan pun ya :))


makan bila betul2 dah sejuk dalam peti waduhhh...
mau tak terangkat!
rambut pun boleh terangkat i tell you!
tak caya?? tanya rambutan tu.. :D


cecuba.. cecuba.. ;)

Hidangan Pengganti Diri,
 Agar-Agar Rambutan Gula Melaka 



Okaylah.. rasanya itu aje menu i untuk minggu ini.. lepas ni i dah mula sibuk dan outstations...
banyak hal yang tak ku kisahkan lagi..

nantilah bila free semestinya i akan update resipi masakan i yang tak seberapa tu kan.. cuma tonyeh tu aje yang panjang leborr masak gitu jugak :D


nak tahu pasal rambutan kat kebun i tu?



sekian sahaja laporan i untuk minggu ini.. nantikan kisah selanjutnya selepas i balik yaa.. doakan segalanya berjalan dengan lancar... jaga diri, senyum selalu dan jangan noty! muahzzzzz ;)

Assalammualaikum,

TATA!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ