ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label SANDWICH PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label SANDWICH PELBAGAI JENIS. Show all posts

Monday, September 10, 2012

Egg And Cheese Sandwich



Assalammualaikum... :)

Selamat pagi semua... :D Pagi ni di kampung i hujan dengan lebatnya.
Bangun awal pagi, terus rebus telur.
Sarapan pagi yang paling mudah dan senang nak di sediakan.
Cukup mengenyangkan dan boleh bertahan sehingga ke petang :D

Egg & Cheese Sandwich


Bahan-bahannya :

1 bungkus roti putih
5 biji telur *rebus dan kupas kulit
50 gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
beberapa keping cheese 

CARA :

Campurkan telur, mentega, serbuk lada sulah dan sedikit garam.
Lecekkan telur sehingga hancur.
Ambil beberapa keping roti.
Sapukan adunan telur tadi dan letak sekeping cheese.
Potong dan sedia di hidangkan bersama kopi O panas!

Tarraa!!!

 Egg & Cheese Sandwich


Makan sebaik sahaja di sediakan.
Simpan di dalam chiller sebentar dan lepas tu baru di makan pun sedap jugak!
:))


Jangan lupa kopi O panas.
Ibu mertua kesayangan ada di rumah iEgg & Cheese Sandwich
memanglah fav dia. ;)


Sekian sahaja perkongsian pagi ini.
Jaga diri...
Jangan noty-noty :)


Assalammualaikum...

TATA!!


Thursday, March 1, 2012

EGG SANDWICH WITH SHITAKE MUSHROOM

EGG SANDWICH WITH SHITAKE MUSHROOM


Assalammualaikum.... selamat pagi semua... cewahhh pagi ni dengan ringan jari-jemari i share breakfast i di rumah ni yerk... jarang i share resipe breakfast sebab selalunya sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerja... tapi pagi ni ada kelapangan sedikit so share lah kat you all... kan semalam i dah beritahu you all i dok borong pelbagai jenis cendawan.. so pagi ni i masak lagi sejenis cendawan which is one of my fav mushroom dan mudah di dapati di pasaran... Shitake Mushroom... harganya pun mampu di beli.. sapukan pulak di atas roti bijirin yang kaya dengan serat.. waduh.. waduh... memang terbaik! 


Itu ler dia... Miss Shitake Mushroom... cute kan kan... :))) dah jom! salin resipe mudah dan teringkas di dunia.. seperti biasalah yer...:)))

EGG SANDWICH WITH SHITAKE MUSHROOM


Bahan-bahan yang  i guna : 6 keping roti bijirin, seedikit mentega, 4 biji telur, 1 batang daun sadri, 1 sudu besar sos chili thai, 2 keping cheddar cheese, sedikit cracked black pepper, white pepper, serbuk bawang putih, 5 kuntum cendawan shitake. Dah tu jerk.... 

Cara : Cairkan mentega dan gorengkan shitake mushroom, pecahkan telur dan campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Gorengkan adunan telur sehingga set. Angkat dan sapukan di atas telur!

TARRAAA!!!

EGG SANDWICH WITH SHITAKE MUSHROOM


Psstt... kekenyangan ni ekk... siapa cakap kalau sarapan pagi kerja jadi lebih bertenaga??? mengantuklah pulak nih! hahaha... aduyaii... berjumpa tengahari nanti yaa... resipe termudah di dunia.. macam selalu.. wink.. wink* take care & smile....:)))

TATA!!!


Saturday, March 5, 2011

SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR

 
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR

Muahahaa.... jarang i share resipe breakfast di blogs padahal everyday dapur tu mesti akan menyediakan breakfast atau sarapan pagi buat gengs2 si rumah tu ekk.. pagi ni i share jugak sebab... rasanya rugi betul... tak share.. selalu buat sandwich untuk breakfast tak pernah snap gambar.. so today energy ada terlebih rajin.. sebab i sayang kat you pun yer jugak... so tak ler sarapan pagi tu asyik nasi goreng aje yer tak... amalkan memakan sarapan roti di pagi hari... dengan cheese dan juga telur... kaya dengan kalsium, serat dan vitamin..... so gengs yang nak bertugas dan ke sekolah tu segar dan bertenaga.. Insyallah jika ada kelapangan akan i sharekan resipe sarapan pagi setiap hari di rumah i ni ekk.. untuk apa??? sekadar berkongsi kepada semua... sayang semua... kecuali kaum adam hehe...:):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR
 
Bahan-bahannya :
  • 5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
  • 70gm mentega
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kepingan cheese
  • 1 buku roti putih sandwich
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • hancurkan telur dan mentega sehingga sebati
  • taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
  • sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya
  • lakukan sehingga habis
  • potong dua/ menyerong
  • bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperangan
  • angkat dan hidangkan!
 TENGGGG!!! TARRRAAAA!!!!
SANDWICH TELUR DAN CHEESE BAKAR


Mudah aje kan??? kenyang You... for me setengah keping tu aje dah cukup mengenyangkan! selamat bersarapan bersama keluarga tersayang!!! menu tengahari nanti semestinya simple dan enak! tungguuuu!!!

TATA!!!



Tuesday, February 22, 2011

SANDWICH TUNA IN SUNFLOWER OIL

 
SANDWICH TUNA IN SUNFLOWER OIL
(minum petang bersama Gengs Bonda di meja batu 22 hb Februari 2011)

Nama resipe wah!! kemain lagi... gerenti ada yang tepuk dahi ekk.. sabor jangan risau... nama aje gempak cenggitu bunyi.. buatnya alahaii... tak sampai 20 minit dah selesai! Okay TUNA IN SUNFLOWER OIL tu i beli dah siap-siap dalam tin ekk.. you all gi ler cari di pasaraya... atas jenama AYAM BRANDS... semestinya HALAL... ekk.. tinggal di bukak aje penutupnya hehe. pastu terus sapukan di atas roti.. roti tu jangan pulak lupa sapukan dengan mentega.. hah! aje memang lemak aje ekk.. jangan lupa dadukan 1/2 biji bawang merah dan 1 batang lada hijau....gaul rata bersama tuna tu tadi...lepas tu di sapu atas roti tangkupkan dua... potong kulit roti yang keras tu... dah siap! tinggal ngap!!! hah! yang you all baca itu ler resipenya ekk.. ekk... kali ni i tunjuk gambar aje oke.. sesekali rasakan kelainannya... 

JOM!!! TENGOK GAMBAR!!!
 SANDWICH TUNA IN SUNFLOWER OIL

SIMPLE AND DELICIOUS!!! SUKATAN 1 TIN TUNA TU MEMANG UNTUK SEBUKU ROTI EKK.. TAK LEBIH DAN TAK KURANG...
HIDANGKAN BERSAMA KOPI O PANAS-PANAS! MEMANG SYIOK!!!
 MENU MINUM PETANG BERSAMA GENGS BONDA DI MEJA BATU....
Tu dia... gengs meja batu Bonda ekk... minum petang 22 FEBRUARI 2011 di meja batu sambil memikirkan masa hadapan! cewahhhhh!!! gaya mesti ada... selamat mencuba kawan-kawan!
TATA!!!


Friday, January 21, 2011

SIMPLE SANDWICH SARDIN

TENGGG!!! TARRRAAA!!!

SIMPLE SANDWICH SARDIN
SIMPLE SANDWICH SARDIN
SIMPLE SANDWICH SARDIN

 Hah! ni satu lagi hidangan minum petang atau sarapan pagi ekk.. 
kalau piknik pun camtu gak ekk... kalau tak ada sandwich wah! bukan piknik namanya ekk..
ko pergi piknik ke shasha???
idak ler.. saje je.. roti tu semalam beli... tak ada sorang pun yang menyentuhnya...
so dapat ler idea.. pulak kengkawan anak bujang tu ramai yang datang main bola...
nak bagi makan kuih puteri mandi mana boleh!
nape tak boleh shasha??
sebab bebudak tu main bola belum mandi ler hehee..
lagi satu kalau bebudak bujang tu nak main bola takkan nak makan bersudu berpiring..
so i buatkan ler simple sandwich sardin...
mudah aje ko..
ambil sardin segera dalam tin tu... ala yang dah siap ada perasa lada ler.. ada mayonise ler..
so... sapukan dulu roti tu dengan mentego... pastu ko sapukan pulak dengan sardin dalam ten (tin) tu ekk..
hiriskan tomato nipis-nipis...
ko tangkup kan dua...

TENGGG!!! TARRRAAA!!!
SIMPLE SANDWICH SARDIN
SIMPLE SANDWICH SARDIN
SIMPLE SANDWICH SARDIN

 hah! amacam???
tak sempat bebudak bujang tu masukkan gol!
dah siap dah simple sandwich sardin i tu ekk...
Pstt.. nak mengadu ler ni ekk...
ngelat ko.. bebudak bujang tu lepas ku hulurkan sandwich terus melepak...
atas rumput tu ekk.. perghh boleh pulak berpiknik!
kan i dah cakap... macam kemestian pulak ekkk...
ada sandwich mesti ada piknik!
hehe.. sharing is caring!
selamat mencuba!!
TATA!!!
Shahriah Abdullah Novelis

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ