Assalammualaikum.. Selamat Malam Semua.. :)
Wah! N3 kali ni sebelah malam.. :D
Sebesar tidak gambar sotong i post kat sini :D
Siapa suka makan sotong? angkat mouse!
Siapa tak suka makan sotong??
Wah! tak ada yang angkat mouse ;))
Okay-okay.. yang mana angkat mouse tu sila turunkan sekarang :D
Macehhh ;))
Kali ni i nak share kat you all semua satu lagi resipi sempoi..
biasalah i kalau masak manjang sempoi dan simple.. yang susah dan leceh i masak bila ada majlis istimewa.. terutama sekali hujung minggu bila keluarga dan sanak-saudara datang berkunjung..
Kalau hari biasa.. manjang lauk biasa sahaja... ;)
dan yang paling kerap dan biasa i masak tiap hari.. untuk anak-anak yang tak pernah jemu-jelak..
Ayam Goreng! tak ayam goreng, telur dadar! tak telur dadar.. spaghetti! itu ajelah yaaa... ;)
tapi malam ni i share sotong! Aww! :D lega sikit kan... ;))
Sotong Goreng Sempoi Aww!
BAHAN-BAHAN :
500 gm sotong saiz M } buang hitam dan potong 3
100 ml air
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukupnya
2 helai daun limau purut } siat
BAHAN TUMIS :
Minyak
1 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih } hiris
3 tangkai cili hijau }
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 batang serai } titik
CARA :
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan *Bahan Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan sotong, asam gelugor, daun limau purut, air dan renehkan sebentar.
- Setelah kuah agak pekat, sesuaikan rasa.
- Angkat dan hidangkan!!
TARRAA!!!
Sotong Goreng Sempoi Aww!
Sedap tak?
Sedap laa... :))
Sekian dulu.. sambung nanti... jaga diri yaa..
Assalammualaikum..
TATA!!