ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Showing posts with label NASI LEMAK PELBAGAI JENIS. Show all posts
Showing posts with label NASI LEMAK PELBAGAI JENIS. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

Kerana Kacang Panjang.. Nasi Lemak Ku Masakkan...



Assalammualaikum.... :)

Selamat bersantai hujung minggu bersama keluarga dan teman tersayang... :D

Sarapan apa pagi tadi? Masak apa tengahari nanti? ;)

i awal-awal pagi dah tanak nasi lemak..

dah lama tak masak nasi lemak bungkus daun pisang dan surat khabar lama :D


Masak nasi lemak 3 pot sahaja... cukuplah yang ada di rumah ni pun cuma 4 orang aje.. tu pun tak habis.. kiranya masak untuk tengahari ler ni..

sebab petang dah nak menjengkit ke suatu destinasi :D


Tu dia.. nampak tak kacang panjang i yang bergayut tu???

yaa.. hasil tanaman kat kebun mini i tepi rumah tu hah!

kerana kacang panjang ni ler.. i tergerak hati nak masakkan nasi lemak..

:D




NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D

bahan-bahannya :

3 pot beras siam
santan pekat secukupnya
sedikit garam
2 batang serai *titik
2 biji bawang besar *hiris
2 ulas bawang putih *hiris
3 cm halia *hiris
2 helai daun pandan *siat dan simpul
1 sudu kecil halba

CARA :

campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan tanak di dalam periuk nasi letrik.
Setelah masak, bungkuskan ke dalam daun pisang dan alaskan dengan surat khabar lama.

TARRAA!!!!

NASI LEMAK BUNGKUS DAUN PISANG SURAT KHABAR LAMA :D


Lemak, harum dan enak!!! ;)


lawankan pulak dengan kari ayam semalam masih banyak berbaki..

waduhhh... enak bangat dongs!


tumiskan sambal tumis telur bersama ikan bilis..

kuah tu biar pekat, pedas dan manis!



confirm terangkat!!!!


anak ikan bilis goreng jangan lupa taw! ;)


kacang panjang segar dari ladang pun jangan lupa di celur!

ulam nasi lemak terbaik!


sekian sahaja selamat bersantai hujung minggu,

Jaga diri... senyum selalu...

Assalammualaikum..

TATA!!



Thursday, June 21, 2012

Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Assalammualaikum... Syukur Alhamdulillah panjang umur.. bertemu lagi kita di alam maya ni kan kan.. :)

ini Lunch i semalam.. :D masak agak lewat petang sebab gengs di rumah ni semuanya balik lewat, so kiranya masak sekali untuk dinner... wahh berapa banyak punya save budget tu!

Apa taknya... bil api bulan ni yaaaa hamfunnn!!! meleTOP! Pak Habibi membayar bil.. orang TNB pun terkejut!

"Rumah ke kedai ni Encik?"

"Rumah..."

<< slow aje Pak Habibi menjawab ekk.. berapa???
cuba teka! 

RM100? tidakk.. Up sikit! UP sikit! 
RM200?? TIDAKKKK... UP sikit! UP SIKIT! RM300???........................................................ << koma jap! :D

i jawab pun slow :D aje kat telinga Pak Habibi i yang tembamBOM tu ekk..

"Tak pe.. tak pe.. bulan ni kan cuaca panas.. segalanya kita gunakan letrik sewajarnya kan kan.. AloooOoLoOooo..." sambil senyum senget! :D maka memasak ler lauk fav Pak Habibi i tu dan anak-anaknya yang sememangnya fanatik benor dengan nasi lemak! heran tul! :)) dengan penuh harapan Pak Habibi i tetap bayar bil Internet i ni muahahahaaaaa :)) Macehh Pak Habibiku cayangg :)

Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Nasi Lemak Ala Kampung... :D

beras
bawang besar
halia
serai
santan
daun padan
sedikit garam

tanakkan sampai masak.. :D
bila dah tanak.. lipatkan dalam daun pisang.. ketepikan dahulu sementara menanti kengkawannya yang lain tu bersiap! :D

DAN BANYAK LAGI RESIPI NASI LEMAK BOLEH KLIK>>


SAMBAL TUMIS BAWANG


BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 biji kiub ikan bilis knoor

BAHAN LAIN :

minyak
3 biji bawang besar *hiris*
1 sudu besar air asam jawa
gula dan garam

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN KISAR* sehingga naik bau, garing dan sentiasa dikacau, masa menumis lama sikit.
Masukkan air asam jawa, sesuaikan rasa, masukkan bawang hiris.
Kacau rata sehingga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

SAMBAL TUMIS BAWANG
bersama Nasi Lemak :D


KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TEMPEH :


1 biji bawang besar *hiris
3 ulas bawang putih *hiris
2 keping tempeh *potong kecil
5 batang kacang panjang *potong
2 sudu besar *sambal tumis bawang* ala yang kat atas tu.. 
tau pon :))
minyak
sedikit garam dan gula

CARA :

Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih dan tempeh sehingga tempeh agak garing.
Masukkan sambal tumis bawang dan kacau rata.
Masukkan kacang panjang, sesuaikan rasa
Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak!

KACANG PANJANG GORENG BERSAMA TEMPEH dan NASI LEMAK :D


dah macam nasi ambeng pun yer jugak ni :D 


kacang goreng jangan lupa taw :)


ikan bilis goreng garing yang halus melus tu.. waduhh garing sedap benor! :))


telur mata kerbau! mata lembu! mata sapi!
goreng garing tengah tu bagi cair sikit! pengsan! :D


Nasi Lemak Lain Macam Punya Pesen Kengkawan Pengiringnya! Ya, Giteewww


Selamat menjamu selera kawan-kawan :)





baru i perasan.. timun lupa interframe.. tak pe tak pe.. :))

TATA!!


Friday, May 11, 2012

HoH! Mm.. GeeEE Sambal Tumis Telur Pindang... BUNTAT!!!


Assalammualaikum... Selamat tengahari Jumaat buat semua teman blogger baru dan lama.. Jutaan terima kasih kerana sudi add i sebagai rakan blogger..:)) dan sekejap aje lagi yang mana i belum add akan ku add sebentar sahaja lagi... dan jap aje lagi i nak Blog Walking ke setiap ceruk dapur you all.. meninggalkan jejak.. dan tak lupa juga bakal ku hangkut segala apa yang ada kat bawah tudung saji you alls muahahaa.. sila jangan katop pintu hokey! macehh.. muahzzz...:))


Hokey.. hari ni i masak lauk simple sahaja.. dalam tempoh 4o minit dah siap! siap dengan mengelap dapur dan mop lantai.. wahh giteew.. buat kerja macam lipas kudung hari ni sebab apa tau?? hehehehhh.. tu last nanti i cerita.. 

Sekarang ni i nak share sikit kat you all.. hari ni kan i masak nasi lemak... so pagi tadi.. i ternampak seorang kakak blogger yang cukup ganas! apabila di dapur... i suka jengah dapur kakak ni sebab apa taw.. heheehhh... sebab i suka tengok last sekali gambar bila dia  post... mesti ada gambar nasi bungkus alas dengan plestik untuk bekalan suami dia.. wahh.. tetiba teringat masa zaman kerja makan gaji giteww... itulah yang kuhadap! dan pagi tadi.. akak tu masak nasi lemak pandan.. wangi sehingga hidung i yang tak mancung juga tidak tersorong-sorong giteww terus meloncat kedapurnya pagi tadi.... nak tahu siapakah gerangan akak i yang comey dan ganas ketika memasak tu.. singgah KAK WATIE MUAHHHHZZZZ Hah! jangan lupa add sebagai rakan blogger kita ekk.. hari ni tak berbungkus nasi kak Watie sebab suami dia berkursus... *wahh semua kutaip!* muhahahahaa....


Dan seorang lagi rakan blogger yang i memang suka benoor masuk dapur dia ekk.. hitu nama.. perghh.. bila dia masak nasi apa ke jenis pun! memang MANTOP!!! berserimpai beras yang cukup panjang ala-ala sejengkal giteewww *kalau semut yang tengoklah* hehehheh.. sila KLIK sini >>> HAPE YANG KO MASAK RAHEL??? dia dah lama tak masak nasi mabeles panjang2 tu.. you kenalah kais-kais ekk.. dan silalah add Cik Adik Rahel tu sebagai rakan blogger kita okey..:)) macehh moga silaturahimm di alam maya ini semakin panjang hendaknya.. dan dapat kita manfaatkan bersama.. Aminn...:))

TELUR PINDANG


Ni semua hasil kerja Pak Habibi i.. dia teringin nak makan telur pindang.. wahh bukan main rajin lagi di membikin.. tak banyak cuma 30 biji sahaja.. untuk makan-makan, bagi kawan opis dia dan 


telur puyuh pun ada.. tak banyak... saja nak test!
hah! ni kang ada yang cakap Pak Habibi i tu Aww.. sebab rajin memasak... dia keras hokey!  hahahahaha.. hadoii yaaiii...
bukan senang i nak bagi dia guna dapur i tu...

untuk resipi telur pindang tu.. nanti i masukkan di lain N3 yaa.. sabar hokey!

SAMBAL TUMIS TELUR PINDANG
 HOH! MMM... GEEEE...



8 biji telur pindang
3 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar *hiris bulat*
gula dan garam

BAHAN KISAR :

40 tangkai cili kering
3 cm belacan
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA :

Panaskan minyak dan tumiskan *BAHAN-BAHAN KISAR* sehingga naik bau, garing dan sila tumis lama-lama dengan api sederhana dan sentiasa di kacau.
Masukkan bawang hiris, gula dan air asam jawa.
Masukkan telur, gaul rata, renehkan sebentar, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

TARRAA!!!

SAMBAL TUMIS TELUR PINDANG
 HOH! MMM... GEEEE...


Tuuu diaa... SAMBAL TUMIS TELUR PINDANG

 HOH! MMM... GEEEE...
Bahan yang i gunakan sikit aje.. no halia at all.. sebab rasa telur pindang tu dah sedaPPP...


lawankan dengan nasi lemak... Hoh! Mm.. GeeEEEE...



timun hiris nipis... Hoh! Mm.. GeeEEE... :))


Ayam goreng simple... buh tepung jagung, serbuk garlic, serbuk kunyit, garam gula. gaul rata, perap dalam 1/2 jam.. goreng sehingga garing... dah jadi Ayam Goreng.. Hoh! Mmm... GeeEE... :)


Yang mana berasal dari Johor tu memang dah sebati dengan telur pindang... itulah yang kami dapat jika ada kenduri kawen.. yang tak biasa makan tu.. memang cakap tak sedap.. tak pe.. tak pe..
i suka.. hehehehhh...


hidangan yang cukup simple, mudah segalannya 3 IN 1... :))

AL-Kisah Si BUNTAT! GRrrrrrrr!!!


Itulah si Buntat! Grr... kisahnya macam ni.. kucing yang molek aje duduk kat atas sofa i tu, semestinya bukan kucing i. Dan semestinya bukan kucing my beloved neighbours tu... tapi Buntat tu kucing liar.. Ehhh.. dalam liar-liar tu.. molek aje hekk.. dia dok bersimpuh atas tu.. Grrr...

Dah lah tak mesra alam langsung! bila dekat dia lari! bila lalu tepi pun Buntat akan lari lintang pukang! Cop! Cop! yang bubuh nama kucing tu pun i.. nak tahu mana dapat nama Buntat Tu?? hehehehh.. sebab ekor dia kontot! bulat naa macam batu buntat tu heehehh... pastu kecik aje.. badan dia suntat! naa...

Hah! gini kisahnya.. dulu Buntat tu duduknya hanya di luar... kalau nak makan pun i bagi kat luar... tetapi... ya TETAPI sejak pagi tadi.. baru i perasan!!! Buntat dah mula lepak dalam rumah i.... si Caramel & Teeramitsu kucing i tu pun duk dalam kandang tau! sekali-sekala aje keluarkan.. perghh.. dah lah mula masuk dalam rumah... HUAAAAARGHHHHHHHHHHHHHHHH..... << nangis dan jerit stok meraung tahap gaban!


Buntat....... ya si BUNTATTTTTTT tatatattatatatatttttt... tu dah mula masuk dalam rumah... secara hendap!!! dan yang tak sanggup tu dia bawak sekali pindah anak-anaknya yang 3 ekor tu!! MAKKKKKK!!!! TOoooOOOOOOoOOOOoooLONG!!! hadoiii.... dan satu hari ni i dok ler main kejar-mengejar dengan si BUNTAT dan anak-anaknya yang 3 ekor!!!!! penatTTTTT.. tensiIIII!!!

"Dapat tak sha??? Dapat tangkap tak sha??"

TAKKKK!!!!!!

*kisah bersambung!!*

Hari ini hari Jumaat hari yang mulia.. kedatang si BUNTAT dan anak-anaknya yang 3 hekor tu.. mungkin membawa rezeki... mungkin ada hikmah di sebaliknya.... *berat badan turun 1 gm dok mengejar dari atas ke bawah.. dari bawah ke atas... tu belum cerita tunduk bawah meja, celah gerobok lagi tu... huauUUUuuuaaaaaAAA....

psst.... yang best tu berlari mengejor bukan bawak penyapu! tapi gantung camera celah leher! muahahahahahaaaa... Istaghfar banyak2 yaa.. hari ni hari JUMAAT... sekian terima kasih..

TATA!!!


Wednesday, April 25, 2012

Nasi Lemak, Ayam Panggang Tairu Special Order


Assalammualaikum.. Selamat tengahari buat semua teman blogger baru dan lama... terima kasih kerana masih sudi singgah di dapurku yang ala-ala aje... terima kasih semua... yang mana meninggalkan jejak dan belum sempat ku balas tu... al-maklum sekarang memang tengah sibuk sesangat... semuanya berjadual... kalau lebih mengadap blogs.. alamatnya lari schedule dan terpaksalah bertungkus-lumus nak kena sudahkan... selagi tak siap! jangan mengada ko nak masuk tidur awal....setakat tidur 2 jam tu dah biasa dah i taw... tu yang mata tu bengkak dan sembab *sila lihat gambar i yang manja di atas tu! awww..* hehehe.... dan itulah rutin seharian i ekk.. padat dan sendat naa... kekadang tu.. nak tarik napas pun tersekat-sekat sebab kekenyangan... sebab sibuk!


Sibuklah macam mana pun... memasak itu satu kewajipan yang wajib i tunaikan sebelum mengerjakan urusan yang lelain tu.. pulak semenjak kebelakangan ni... rezeki ALLAH SWT beri bukan main lagi... Syukur Alhamdulillah.. bila dah rezeki masuk mencurah-curah tu.. aje memanglah kerja pun semakin ler bertimbun-timbun...


Undangan jangan cerita... banyak ku tolak dari ku terima! muahahaa.. bukan menyombong yaa.. sebab i ni jenis.. kalau buat sesuatu tak suka seperti melepaskan batuk di tangga... oh! tidak itu bukan prinsip yang i sejak dulu.. nak lakukan sesuatu... buat sehingga selesai.. serius dan sangat komited! lupakan shopping mopping sedangkan itu adalah hobi utamaku.. selain melancong dan melencung dan makan sakan!


Hari ni i masak simple aje.. tetapi agak luar biasa cikit.. permintaan my hero no 1 tu... yer laa menu minggu ni khas ikut tekak dia aje.. tinggal lagi 5 hari sahaja lagi dia nak merasa masakan air tangan Emaknya ni kan.. lepas ni makan ler ko nasi kawah nak aii... tak per... itu satu pengalaman baru buat Abang Amin... moga banyak ilmu yang berguna dapat dia raih sepanjang di PLKN tu nanti yaa nak... haihhh.. banyak ler pulak membebel ni ekk.. okay dah sedia.. jom kita memasak! satu lagi resipe baru yang telah ku olahkan agar menjadi satu menu baru buat semua rakan-rakan blogger.. terima kasih kepada yang sudi mencuba....:))

AYAM PANGGANG TAIRU SPECIAL ORDER ABANG AMIN



BAHAN-BAHANYA :

5 keping ayam *whole legs cuci bersih dan toskan

BAHAN UNTUK TAIRU DAN PERAP :


4 cm halia
8 ulas bawang putih
400 ml tairu *susu segar + 2 biji jus lemon*
garam
sedikit lada hitam
4 sudu besar madu

CARA : *berpandukan gambar di atas*

Perapkan ayam bersama *bahan-bahan di atas semalaman*

dan keesokkan harinya..



Toskan dari bahan perapan.
Pan siered kedua-dua belah bahagian *sila lihat gambar atas*
cukup sekadar keperangan cenggitu dah bukan garing tau... angkat dan ketepikan...


Baki kuah perapan tu.. renehkan di atas api... reduced sehingga pekat, angkat dan ketepikan


alas dulang pembakar dengan aluminium foil dan panggang dengan suhu 180'C selama 35-40 minit.. setelah keperangan.. angkat!

TARRAA!!!

AYAM PANGGANG TAIRU SPECIAL ORDER ABANG AMIN


Hidangkan bersama kuah tairu yang telah di pekatkan tu...


Baunya haruMMmmmmm noOooooooo.......


so juicy! so moist! so tender! so sedaPPPP.......
lawankan pulak dengan Nasi Lemak & The Gengs...


Untuk resipe nasi lemak KLIK SINI


Hirisan timun jangan lupa...


ikan bilis goreng dan kacang goreng jangan lupa..


telur rebus wajib ada...


sambal tumis ikan bilis bawang.. buh bebanyak naaa... manis dan pedas! sure terangkat dan terjongket-jongket!


sebelum nak makan tu tuangkan sos tairu yang enak tu.....


Perghhhhh... confirm.. Amelia datang bersama bib tersangkut celah leher bukan dada hahaha.. dan yang lelain tu... jangan lupa datang ke sini bawak tuala tangan.. kalau tak de.. tuala mandi pun boleh.... 


"Bismillah..... "

Abang Amin kirim salam kat semua...:)))


Selamat menjamu selera kawan... jumpa lagi.. jaga diri.. take care.. muahhh.... psst... ada satu resipe istimewa dari rakan blogger yang i nak cuba... siapakah gerangannya itu??? tungguuuUU.... hehehhh....

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ