ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 11, 2011

GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

 
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS

Mood bila tiba hari Jumaat aje mesti tekak ni terasa macam nak makan lauk kampung... bersantan... berkuah sup dan macam-macam lagilah.. Pulak tu ada nenas lagi sejoreng... ada pulak santan beku... dan ikan masin sepat 4 ekor! terus ler ku gulai lemak... dah lama tak masak.... lawankan pulak dengan celur pucuk ubi, celur pucuk berbuas... ada pulak jering! tumbukkan sambal belacan! aje memang you.. lepas makan terus ler kuyUU....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 
Bahan-bahannya :
Kisar lumat :
  • 1/2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kuyit
  • 1/2 inci lengkuas
  • 9 batang cili padi

Bahan-Bahan lain :
  • 4 keping ikan masin sepat rendam 1/2 jam dan bilas dan potong dua
  • 1 biji kelapa ~ jadikan 5 gelas santan 
  • 1 helai daun limau purut ~ siat
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1/2 biji nenas ~ potong kecil
Cara Memasak :
  • Campurkan ke semua bahan-bahan yang telah di kisar bersama santan, daun limau purut dan serai
  • renehkan sebentar. masukkan nenas dan ikan masin sepat
  • biarkan mereneh dalam 8 minit sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS
 GULAI LEMAK IKAN MASIN SEPAT DAN NENAS 

 Tak sampai 20 minit dah siap Iyerrkkk..
selamat mencuba!!
 TATA!!


Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ