ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 11, 2011

TELUR GORENG SOS TIRAM

 
TELUR GORENG SOS TIRAM

Assalammualaikum semua teman-teman... dah tiba hari Jumaat, penghulu segala hari... Syukur Alhamdulillah.. panjang umur kita dapat berjumpa lagi ekk... hari ni i masak simple aje... tetapi i tell you.. Baekk punyerr!!! yek elee.. sha setakat telur goreng jerk tu... ehhh.. yer ler.. tu telur goreng belum yang lelain lagi tu.. aje memang bertambah makan hari ni ekk... nak tahu kenapa??? nanti i tell you ekk.. ekk..

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
TELUR GORENG SOS TIRAM


Bahan-bahannya :
  • 7 biji telur ayam ~ goreng sebiji-sebiji dan ke tepikan
  • 5 ulas bawang kecil (bawang merah ~ hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ dadu
  • 2 hiris halia ~ hiris batang mancis
  • 1 batang celery ~ hiris
  • 1 biji tomato ~ dadu kasar
  • 2 batang daun sadri ~ hiris untuk tabur
  • 6 susu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 batang lada merah ~ hiris
  • 1 sudu teh tepug jagung ~ bancuh dengan sedikit air
  • 1 cawan air
Cara memasak :
  • Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan semua bahan-bahan yang di hiris sehingga naik bau
  • masukkan sos tiram dan kicap lemak manis
  • renehkan sebentar
  • masukkan air tepung jagung dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan tuangkan kuah sos di atas telur
  • taburkan dengan daun sadri dan hidangkan!
TENGG!!! TARRAA!!!
TELUR GORENG SOS TIRAM
TELUR GORENG SOS TIRAM
TELUR GORENG SOS TIRAM 
Tutup sebelah mata pun boleh masak dan siap dengan segera! cewahh!!
selamat mencuba!!
 hidangan tengahari ini 10 FEB 2011
GULAI LEMAK SEPAT NENAS + TELUR GORENG SOS TIRAM + IKAN GORENG RANGUP +SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN PUCUK UBI CELUR + BERBUAS CELUR + JERINGG!!
YER PASAL JERING TU YANG I PALING SUKE!!!
TATA!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ