ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, January 26, 2011

CAPATI AND THE GANGS

TENGGG!! TARRRAA!!!

CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
CAPATI, DALCA DAGING, SALAD PUDINA & SOUR CHEESE
 
 Ewah... ewahh... cewahh... cewah....
tajuk resipe tu aje memang ekk...
dulu boy friend ko dari India? Mumbai atau Pakistan ke shasha???
uish! macam mana korang tahu ekk...
hehe... aje memang tau... 
kita kan duduk di Malaysia bumi bertuah!
terdiri dari berbilang bangsa yer tak??
so tak salah kalau i yang berdarah kacukan NI...! 
emboihhhh... mengader ler tu hehee..
okay hari ini resipe sepanjang idak... resipe yang korang nak kena menyalin pun aje memang berjela-jela panjangnya ekk..
jangan pulak tonyehanku ini korang salin jugak hahaaa!!!
walaupun resipe panjang menjela-jela tu...
tetap jugak mudah oke!
jimat belanja!
jimat masa! 
sebab yang menjaga cepati tepi bara tu bukan akok!
hahahaa.... kerja-kerja membakar roti capati tu my assistant yang tolong ekk..
tetapi penyediaan, menguli, membancuh, menorak, menumis, menghidang i yang buat segalanya oke!
okay udah ler bersembang ekk...
meh kita salin resipe! kita mulakan dengan cepati dahulu, kemudian dalca daging, salad pudiana & sour cheese dan kemudian kita makan beramai-ramai!
pstt.. masa memasak cepati ni i pakai sari you! hahaha... mengader ler tu!

JOM!! SALIN RESIPE!!!

CAPATI
CAPATI
CAPATI
BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 peket tepung ATTA ~ khas dan khusus untuk membuat roti capati ada di pasaraya
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit tepung atta untuk menguli dan menorak nanti
CARA MEMBUATNYA:
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga menjadi sebuku doh, resipe ini i ikut dari paket tepung atta tu ekk.. sebenarnya ada bermacam cara nak membancuh tepung atta oke
  • ambik sedikit doh sebesar bola golf bukan bola rugbi oke!
  • torak sehingga leper dan bentuk bulat jagan terlalu nipis nanti liat dan garing tak sedap!
 haa.. tu dia macam gambar di atas tu ekk..
pastu bakar di atas kuali leper.. api sederhana sahaja oke kang rentung!
 tu diaa... buat cenggitu ekk.. tekan-tekankan dengan kain lembap nanti roti capati akan menggelembung cenggitu ekk... pastukan...
bila dah garing macam gambar di atas tu sapukan dengan sedikit minyak sapi, biar lembut dan lemak aje.. baunya perghh... MOooOOoo... lemak aje ko!
 tu dia pastu simpan dalam bekas dan tutup dengan tisu atau kain lembap biar lembut sentiasa sementara kita nak memasak dalca daging tu ekk..
mana guper cepati ko tu sha??
oh!cop! cop! lupa nak tunjuk cemana rupernya ekk..

TENGG!!! TARRAA!!!

CAPATI
CAPATI
CAPATI

 
 Amacam???
udah ler tu.. belum boleh di makan oke!
meh jom kita buat kuah dalca daging dulu ekk...

JOM! SALIN RESIPE!!

DALCA DAGING
DALCA DAGING
DALCA DAGING
 
 BAHAN-BAHANNYA:
  • *1 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *sedikit lengkuas
  • *1/2 sudu ketumbar
  • *1/2 sudu jintan kasar
  • *2 sudu besar serbuk kari daging
 *Bahan-bahan diaras kisar halus


BAHAN-BAHAN MENUMIS :
  • 1 ulas bawang putih ~ hiris
  • 1/2 biji bawang merah ~ hiris
  • 1/2 inci kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 batang daun kari
  • 1 batan serai titik
  • 3 batang cili kering gunting 2
  • 1 biji kelapa ~ jadikan 4 gelas air
BAHAN-BAHAN LAIN :
  • 200gm daging ~ potong kecil
  • 1 biji buah tomato ~ belah 2
  • 1 batang karot ~ potong kecil memanjang 2 inci
  • 7 batang kacang panjang ~ potong 1 inci
  • 1/2 biji bunga kobis ~ potong kecil
  • 2 batang lada hijau ~ belah dua
  • 1 biji kentang ~ potong kecil
  • 1 cawan kacang dal ~ telah di rebus terlebih dahulu 
CARA MEMASAK :
  • Panaskan sedikit minyak. tumiskan dahulu bahan-bahan tumis sehingga naik bau
  • masukan *bahan-bahan yang di kisar halus sehingga naik bau atau garing
  • masukkan daging dan masukkan santan
  • biarkan mendidih dan masukkan semua sayur-sayuran dan kacang dal
  • renehkan sehingga empuk
  • sesuaikan rasa 
  • angkat dan hidangkan!!
TENGGG!! TARRAA!!!

DALCA DAGING
DALCA DAGING
DALCA DAGING
 
wahhh.... macam ni dah boleh makan ke shasha???
uishh cuba nyabor kengkawan...
sabor ekk tak lari cepati di mangkuk tu..
ada satu lagi resipe nak share ni...resipe ni i paling suke! suke! sangat!

JOM! SALIN RESIPE!!!

SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
 
 BAHAN-BAHANNYA :
  • 5 tangkai daun pudina ~ ambil daunnya sahaja
  • 1 biji bawang merah ~ hiris
  • 5 biji tomato ceri ~ belah dua
  • 1 inci sour cheese ~ cubit kecil-kecil
  • 3 biji limau kasturi
CARA MENYEDIAKANNYA :
  • campurkan kesemua bahan-bahan
  • perahkan jus limau kasturi
  • taburkan garam di atasnya
  • siap untuk di kunyah!
 TENGGG!!!! TARRRAA!!!!
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
SALAD PUDINA DAN SOUR CHEESE
 
 WAHHHH... mudahnya...
tau tak per.. sedap ko rasanya..
i makan capati dengan salad tu aje ekk... dalca i kurenggzzzzz.. tapi yang lain suke... suke i ler suke ke tak hehe...
okay sekarang dah boleh mula makan capati oke!
pstt.. ni i share jugak dengan you all ada lauk GULAI IKAN SEMBILANG baki semalam tu...
perghh.. cicah dengan cepati memang sedap ko..
tu... tu.. bawah tu... resipe i dah share dengan you all.. kalau terlupa gi geledah kat tepi tu ekk..

 
Aduhaii... sha...
bila boleh makan ni???
okay.. okay jap ekk.. i hidangkan untuk you all ek... jap ekk.. ekk...
 muahhahahahaha... amacam???
nah! tisu berjenama priemier ekk...
jangan kecur manjang.. gi ler cuba ek.. mudah aje tu oke!
kalau dah malas atau tak tertahan lagi tu..
gi ler kedai mamak ekk..
psst... tengok-tengok mamak tu tau...
hahaa...
SELAMAT MENCUBA!!!
OPSS.. BELUM TATA LAGI OKE...
TU NAK SHARE LER GAMBOR I MEMETIK KACANG PANJANG TADI PAGI UNTUK BUAT DALCA TU HAH!
PSTT.. jangan jemu oke esok ada lagi resipe kacang panjang ekk.. ekk...
PHEWITTTTT....
TATA!!!

Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ