ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, April 16, 2012

Kurma Kambing Vs Mini Baguette


Assalammualaikum.. dan salam sejahtera buat semua teman-teman... Hari ini adalah hari yang paling sibuk buat i ekk.. tak tahu yang mana satu nak ku bikin dulu.... mana nak siapkan kerja penulisan, mana nak cari idea.. nak uruskan kerja rumah ler... hadoii... memang bila dah tak ada PA Indon ni segala kerja begitu banyak naa... terkejar-kejar.. pulak tu jenis tak reti kerja nak bertangguh... tambah aje satu kerja lagi dah lari schedule.. apa pun.. utamakan memasak dulu lepas tu.. baru uruskan kerja yang bertimbun tu.... Nak tanya ni... baca dalam hati aje ekk.. ada sesapa nak kerja jadi PA i tak??? i janji tiap hari i masakkan yang enak-enak! muahahaa.... bilalah PA i nak sampai ni... tolonglahhhhh.... <<< suara penuh merayu.. tapak tangan bercantum bawah dagu.. <<< mata masa tu kuyu ala-ala katon puss in the boots! >>> pengsan tahap 12! muehehhee...


Idea nak memasak kurma kambing tu setelah berhempas dan pulas nooo... membanting cik Baguette atau pun French Bread... psst bukan i yang membanting doh roti tu ekk.. my hero no 2 yang tolong bantingkan semalam petang... so pagi tadi baru ku bedal dan bakar dalam oven.. dan lawankan pulak dengan kurma kambing yang meletop tu.. tapi nak buat mudah yaa ampunNNnn.... untuk resipe Baguette Mini tu dan kisah ceritanya  silalah klik sini >>> Al-Kisah Si Mini Baguette....


Kurma Kambing 

Bahan-Bahannya :

500 gm kambing *bahagian shoulder so dia bertulang sikit
1 tangkai lada hijau *belah dua
3 biji kentang *belah 4
4 tangkai daun pudina *daunnya sahaja
santan 600 ml

BAHAN TUMIS :

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji bawang besar *potong baji
2 ulas bawang putih *hiris
minyak

BAHAN KISAR :

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
1 peket serbuk kurma *Adabi


CARA :


Panaskan sedikit minyak dan *Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan *Bahan Kisar dan renehkan sehingga rempah masak.
Masukkan daging kambing dan kacau rata. Renehkan sebentar.
Masukkan santan dan kentang, renehkan dengan api sederhana, sentiasa di kacau takut pecah minyak.
Setelah daging kambing dan kentang empuk, masukkan lada hijau dan daun pudina. Sesuaikan rasa dan hidangkan!!

TARRAA!!!

Kurma Kambing 


Mudah aje kan... lawankan dengan mini Baguette i tu perghh...


Tetiba terasa macam ada kat 2 buah negara.. Kashmir dan France!


Wal hal ada ni hah! kat rumah tengah dok menghadap kerja yang bertimbun muahahaa... aje memang aje kan.. ehh.. realiti dan fantasi harus di gabungkan... dan akhirnya akan menjadi.... SATU.. pasti!
tak giteewww.. udah ler ekkk...


Jangan lupa cuba my resipe tu ekk.. mini baguette yang cukup comey dan meletop di dalam mulot hehhee...
Selamat menjamu selera kawan-kawan.....


Idea untuk minum petang nanti.... Kerana sebiji epal.. bersempena karyaku yang ke~8....:)))

TunggUUUuu.......

TATA!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ