ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Wednesday, March 9, 2011

LEMAK PISANG VERSI (2)

 
LEMAK PISANG VERSI (2)

Ewahh.. Cewahhh.. ciwahh.. Versi (2) dah ekkk.. padahal kalau ikutkan dah sampai versi ke (10) dah ekk.. al-maklumlah baru ada blogs khas untuk resipe, maka segala apa jenis masakan yang ku masak tiap hari di rumah ni baru ler dapat di kongsikan bersama kengkawan semua..:) okay kali ni lauk lemak pisang i tumis... biasanya main pakai lebur cenggitu jerk.. so i nak tumisan i tu rasa lebih enak.. i tumis.. so rempah yang di gunakan masak dan baunya lebih harum tapi pedasnya yaaa... hamfuunn... itu ler rahsia kesedapannya kalau nak masak lauk lemak pisang ni ekk. kalau tak pedas... ala-ala nak makan pun macam nak tetido depan nasi tu hahaa.. dah tu jerk!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
LEMAK PISANG VERSI (2)
TU DIA... pisang hehee. i ni bab kalau nama pisang nggak pakar dong! tapi kata my PA neng naya tu.. nama pisang ni pisang susu... nak tanya bonda entah kerumah jiran mana satu haaa... so pisang ni di tanam di belakang umah tanpa perhatian langsung tetapi cukup masa berbuah ler dia.. dan kami pun tebang ler pokok pisang tu ekk. kerana pisang tidak berbuah dua kali....

Bahan-bahan DI KISAR :
  • 1 biji bawang merah (besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 tangkai cili padi (memang berapi ni oke)
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan kasar
Bahan-bahan LAIN :

  • 9 biji pisang muda ~ cuci bersih, siat kulitnya dan isinya di tumbuk/ dipecahkan dengan lesung 
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai ~ titik
  • 1 helai daun kunyit ~ siat
  • 2 keping asam keping
  • 3 keping tulang ikan kurau
  • 2 biji buah keras
  • 1000ml santan pekat
Cara memasak :
  • Panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan serai sehingga naik bau atau pecah minyak
  • masukkan pisang yang telah di celur dan masukkan santan, daun salam dan asam keping
  • renehkan sehingga kuah pekat
  • sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
LEMAK PISANG VERSI (2)
kuah tu biar pekat atau sama rap aje dengan pisang tu ekk.. baru ler best!
ikan masin dan sambal belacan wajib di lawankan dengan lauk lemak pisang ni ekk...:):)
MENU HIDANGAN 9HB MARCH 2011 :
  • IKAN TENGGIRI RAMPAI KUNYIT
  • SAYUR LEMAK PISANG
  • IKAN GORENG RANGUP BAWANG PUTIH
  • SAMBAL BELACAN DAN ULAMAN
  • IKAN MASIN
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN... CAYANG KAT YOU ALL EKK..:):)

****ESOK ADA KEJUTAN DI BLOGS KESAYANGANKU INI... APA DIA??? TUNGGU!!!***

TATA!!!

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ