ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, January 31, 2011

BUN DAGING DAN KENTANG

TENGG!! TARRAA!!!

BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG

 NYUMM!! NYUMM!!
 ADUHAII.. HAII.. HAI.. musim hujan cenggini.. makan apa pun sedap yer tak??
kalau buat pengat bukannya tak laku, tapi kurang menangkap!
cewahh.. ewahh.. ewah... 
ILMU SEGALA JENIS INTI DAH DI TURUNKAN SEBELUM INI KAN...
itulah dia.. bila inti dah ada, cakap aje teringin nak makan apa! semuanya boleh buat jam tu jugak yer tak?
okay! tak mo cakap banyak petang ni.. esok kita cerita panjang lagi ekk..
rasanya resipe BUN/ROTI/DOUGHNUT PELBAGAI JENIS KOT SEPANJANG MINGGU NI..
maklum ler hujan.. perot gengs2 di rumah tu manjang lapo! lapo! lapo!

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BUN DAGING DAN KENTANG
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI DAGING DAN KENTANG :
  • 1/2 kg kentang
  • 250gm daging ~ rebus terlebih dahulu dan potong kecil
  • 1 helai daun salam
BAHAN-BAHAN KISAR :
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 batang cili kering
CARA MEMASAK INTI :
  • panaskan kuali dengan sedikit minyak
  • masukkan bahan-bahan di kisar sehingga naik bau
  • masukkan kentang dan daging yang di potong kecil
  • masukkan sedikit air dan renehkan sehingga kentang empuk dan kuah kering
  • angkat dan ketepikan!
  • setelah sejuk bersedia untuk di jadikan inti PAU/ROTI/PIE/PIZZA DAN LAIN-LAIN LAGI
UNTUK DOH : 
BAHAN-BAHANNYA: 
  • 1 KG TEPUNG GANDUM + 1 SUDU KECIL BAKING POWDER
  • 3 BIJI TELUR SEGAR
  • 1 GELAS SUSU SEGAR
  • 3 SUDU BESAR GULA PASIR
  • 1 SUDU GARAM
  • 1 PEKET IBU ROTI
  • 1/2 BUKU MENTEGA
  • 1 SUDU TEH SHORTENING (TAK ADA TAK MENGAPA)
CARA MENYEDIAKAN DOH:
  1. CAMPURKAN IBU ROTI KE DALAM TEPUNG
  2. CAMPURKAN GULA PASIR
  3. GAUL RATA
  4. MASUKKAN TELUR
  5. MASUKKAN SUSU SEGAR (AGAK-AGAK JANGAN TERLALU CAIR)
ULI DOH:
  1. CAMPUR ATAU GAULKAN ADUNAN
  2. MASUKKAN SUSU JIKA ADUNAN KERAS JIKA LEMBIK TABURKAN TEPUNG DAN ULI SEHINGGA ADUNAN MENJADI SEBUKU DOH SEPERTI DOH DOUGHNUT
  3. LUMURKAN DI ATAS DOH DENGAN SEDIKIT MENTEGA DAN BIARKAN DOH NAIK DUA KALI GANDA DARI SAIZ ASAL
  4. SETELAH ITU ULI LAGI DAN CEKUT ADUNAN ANGGARAN 50GM DAN LEPERKAN ISIKAN INTI KARI DAGING DAN KENTANG DI TENGAHNYA DAN BULATKAN SEPERTI SEBIJI BOLA GOLF
  5. SUSUN DI DALAM LOYANG YANG TELAH DI OLESKAN DENGAN SEDIKIT MENTEGA
  6. SAPUKAN ATAS DOH DENGAN TELUR DAN SUSU SEGAR 
  7. BIARKAN SEBENTAR SEHINGGA DOH NAIK SEDIKIT
  8. BAKAR DI DALAM OVEN SUHU 150'C SELAMA 25-30 MINIT ATAU SEHINGGA BUN BERTUKAR KEPERANGAN
  9. ANGKAT DAN HIDANGKAN!
TENGG!! TARRAA!!!

BUN KENTANG DAN DAGING
BUN KENTANG DAN DAGING
BUN KENTANG DAN DAGING
Amacam??
mudah ajekan?? tak cuba tak tahu.. try sekali mesti nak lagi!
selamat mencuba!!
TATA!!



Shahriah Abdullah Novelis

No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ