ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, March 8, 2012

BUBUR NASI & THE GENGS

BUBUR NASI & THE GENGS 


Assalammualaikum... hari ni makan bubur nasi i youuUu... terlebih rajin atau malas ni??? rajin okeh.. sebab yang mudah tuu cuma masak bubur nasi tu jerk.. lelauk tu yang leceh nak di bikin.. tapi kali ni i bikin apa yang ada aje... cuaca pulak sekarang ni tak menentu.. jap hujan.. jap panas.. so hari ni panas mencetang! tu yang masak bubur.. malam kang ehhh... kena masak lagi ler ni ekk.. tapikan sesekali makan bubur best! langsung tak muak.. mesti perot i suke sebab senang nak mencerna! *pengsan*

Okay Sila betulkan tempat duduk anda kerana hari ni i masukkan semua resipe sekaligus! baikkan i.... *sila tepuk tangan*

BUBUR NASI & THE GENGS 

BUBUR NASI


Memula sekali tuu... sebelum nak memasak apa-apa tu... masak dulu bubur nasi ni ekk... sukatan 1 1/2 pot beras 6 cawan air dan sehelai daun pandan atau jika tak lembut sila tambahkan air lagi sehingga nasi kembang menjadi bubur ler ekk... "Nasi dah jadi Bubur..." hah! cenggitu ler.. masak nasi tu biar sehingga jadi bubur! *pengsan*

* i paling tak suka bubur nasi di bubuh garam.. tak tahu kenapa.. memang tak suka.. muak kot..*
*tak pengsan pon...*

TELUR MASIN


4 biji telur masin cuci bersih dan rebus sehingga telur masak. Setelah sejuk potong 2.. yer puan-puan dan cik kak....

TELUR DADAR KISAR


6 biji telur + 1 biji bawang besar + sedikit serbuk lada hitam + 2 tangkai lada merah dan sedikit garam. Campurkan kesemuab bahan-bahan dan kisarkan dengan blender. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan. *tekstur agak berbuih.. tak per.. gunakan api perlahan. Memang berbeza dengan telur dadar biasa.. lebih lembut dan gebu i tell you Kak Long!

TAUGEH GORENG CHAI PO *LOBAK ASIN*


1 mangkuk taugeh + 1 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih + 1 sudu besar udang kering + 1 tangkai lada merah + 6 keping chai po *lobak asin-hiris*, sedikit minyak : Cara : Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, lada merah, chai po dan gorengkan sehingga bawang layu. Masukkan taugeh angkat dan hidangkan!

IKAN BILIS GORENG KICAP


250 gm ikan bilis + 1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih + 3 tangkai lada hijau + 1/2 cawan kicap manis + 1 sudu besar cuka + gula dan garam. Cara : Panaskan minyak dan goreng ikan bilis separa garing, masukkan bawang besar, bawang putih, lada hijau sehingga naik bau. Masukkan cuka dan kicap manis, sesuaikan rasa, angkat dan hidangkan!!

IKAN MASIN


Aduyaiii... ni nak kena tulis resipe jugak ke??? okay i guna ikan masin YU, goreng dan tumbuk hidangkan bersama limau kasturi... terbaik!!!

TARRAA!!!!

BUBUR NASI & THE GENGS 


TERBAIK!!! TERBAIK!!! TERBAIKKK!!! selamat mencuba kawan-kawan!!!

TATA!!!!!


7 comments:

dapurCikWan said...

terbaik la kak!!! nampak sedap ;)

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hai Cik Wan... tq... so muchhh :))))

dapurCikWan said...

Kak! thanks follow blog Cikwan... akak, teruskan berkongsi resepi ye. really miss ur 'aksi2' di dapur MasterChef =)hihi

Shahriah Abdullah Novelis said...

Terima kasih jua.... Cik Wan pun rajin memasak... suke kita hehehe all the best!

mMoOnN aAlLeEaA said...

fav.saya ni kak bubur nasi.kalau g johor mesti makan kat taman selesa.sedap betul bubur n lauk2xnya

Shahriah Abdullah Novelis said...

Betul tu moon... bubur nasi kalai di Johor dulu akak rajin makan di Taman Sentosa.. tak tahu sekarang ni ada lagi ke tidak ekk.. best kan!

mMoOnN aAlLeEaA said...

akak. bubur nasi taman sentosa tu masih ada kak. penuh je setiap malam org makan.

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ