ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, March 5, 2011

SUP DAGING REBUS

 
SUP DAGING REBUS
I kalau nak memasak tu.. susunan menu mengikut cuaca dan mood hehee.. kalau panas di luar tu... maka berair ler masakan i tengahari tu ekk.. kalau tak pun kering-kering jerk camtu.. musim hujan pun macam tu jugak... tetiba terfikir.. 'MAKAN UNTUK HIDUP? ATAU HIDUP UNTUK MAKAN?? hentah ler ekk.. kalau kita tak makan, macam mana nak cari rezeki.. kalau kita mogok lapar.. siapa yang nak beli daging dan ikan di pasau tu... udah ler tu jangan pening-pening kepala lagi ekk.. i sentiasa akan share dengan you all cadangan hidangan yang sesuai untuk keluarga ekk.. yang mana tak berkenan tu sila ler abaikan...nama sahaja manusia tetapi cara tetap berbeza yer tak? tiada paksaan hanya memberikan cadangan dengan CARAKU.. khas buat teman-teman yang ku hormati sekalian alam... wallahualam... psst.. hari ni Sabtu.. so minum petang ni awal-awal i dah bikin ekk.. apa tu shasha??? tunggu petang nanti ekk..:):) selamat bercuti hujung minggu... i tak bercuti sebab banyak kerja penulisan yang harus ku selesaikan... :):)

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
SUP DAGING REBUS
Bahan-bahan DIKISAR HALUS :
  • 1 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 peket serbuk sup (sha guna adabi)
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kg daging ~ potong nipis dan rebus sehingga empuk bersama sedikit garam dan pecahkan sedikit halia
  • 1 batang karot ~ potong memanjang
  • 3 biji kentang ~ belah 4
  • 1 batang celery ~ potong kecil
  • daun sup untuk tabur dan juga bawang goreng
CARA MEMASAK :
  • campurkan kesemua bahan-bahan yang di kisar ke dalam baki air rebusan daging
  • renehkan sehingga mendidih
  • masukkan daging, kentang , karot dan celery 
  • renehkan sehingga kentang empuk dan kuah pekat
  • sesuaikan rasa angkat dan taburkan dengan daun sadri dan bawang goreng!
TENGGG!!! TARRAAA!!!
SUP DAGING REBUS
Mudah aje tu kan??? tak perlu di tumis, jimat minyak dan kesihatan juga terjamin.. cewahh! usah pulak ko bedal sebanyak idak ekk.. cukup bulan gi cek sepital! hehee... selamat menjamu selera kengkawan semua...:):)
MENU TENGAHARI SABTU 5HB MARCH 2011 :
  • SAYUR PAK CHOY GORENG KICAP
  • SUP DAGING REBUS
  • SAMBAL IKAN BILIS
  • IKAN MASIN SEPAT
  • ULAMAN JERING DAN PETAI
SELAMAT MENJAMU SELERA!!

TATA!!!



No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ