ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Ayam Citrus Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Assalammualaikum.. selamat petang semua.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Nasi Citrus.... aka nasi Oren.. :)

Ya, sebenarnya menerima panggilan dari sebuah majalah.. :) beliau meminta i menyediakan satu juadah istimewa khas buat *biarlah ia menjadi RAHSIA* 

maka terciptalah...

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Kawan-kawan yang biasa dah tentu sedia maklum.. i ni memanglah fanatik giler! dengan buah oren aka orange! :D

bukan i sorang aje di rumah ni semuanya sukakan buah oren.. stok seminggu untuk buah oren kat dalam peti sejuk tu lebih kurang 30 biji! bayangkan.. :))


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



BAHAN-BAHAN UNTUK NASI CITRUS :

2 pot beras siam *lebih sesuai beras basmathi tapi i kehabisan stok*
1 biji buah oren = parut kulitnya
100 ml susu cair + 1 biji jus oren = ketepikan 15 minit
air secukupnya untuk menanak nasi *bergantung kepada beras yang anda gunakan ya.. :)

BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *hiris
4 ulas bawang putih *hiris
2 inci halia *hiris

2 biji buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 helai bay leaf

1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega
3 sudu besar canola oil

CARA :

Panaskan minyak sapi, mentega dan canola oil.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga naik bau.
Masukkan beras dan kacau sebati.
Masukkan air secukupnya.
Masukkan susu cair yang telah di perahkan dengan jus oren.
Masukkan parutan kulit oren.
Sedikit garam dan kacau rata.
Tanak sehingga masak!

TARRAA!!

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Baunya cukup harum.. tetiba terbayang-bayang macam berada di Mexico!
cecewahhh... lemak, enak dan langsung tidak muak!

Ayam Citrus


BAHAN-BAHANNYA :

BAHAN KISAR :

2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
30 tangkai cili kering
1 sudu besar serbuk kari ayam
1 helai daun limau purut *buang uratnya*
1 biji buah tomato


7 ketul ayam

*perapkan bersama 1 sudu kecil serbuk kari dan kunyit, sedikit garam. Perap selama 20 minit*
panaskan minyak sedikit sahaja, hanya sekadar menggaringkan kulit ayam kedua-dua belah bahagian. Angkat dan ketepikan.

BAHAN LAIN :

100 ml susu cair + 1/2 biji jus limau nipis
2 sudu besar sos tomato
gula dan garam
minyak

2 pelepah daun kari *goreng terlebih dahulu dan ketepikan*

CARA :

Panaskan sedikit minyak dan masukkan *BAHAN-BAHAN KISAR* sehingga naik bau dan tumiskan dengan lama, api sederhana sentiasa di kacau.
Masukkan susu cair yang telah di campur dengan jus limau nipis, sos tomato, gula dan garam.
Kacau sebati, masukkan ayam dan renehkan sehingga ayam masak dan kuah pekat.

Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama daun kari yang telah digoreng!

TARRAA!!!

Ayam Citrus 



Bau harum, lemak, pekat, masam-masam manis.. waduhhh... terbaik!


ACAR SIMPLE :

1/2 biji timun *potong
1 biji tomato *potong
1/2 biji jus limau nipis
3 tangkai cili padi *hiris
sedikit gula dan garam

CARA :

gaul sebati semua bahan-bahan di atas dan sesuaikan rasa.
simpan di dalam chiller, setelah itu hidangkan.


Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Memang sesuai di makan di kala musim panas macam ni... :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Masam, manis, lemak dan enak!
tak caya cecuba.. :D

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



tadikan kan.. masa i hidangkan untuk Pak Habibi i yang tembamBOM balik untuk makan tengahari tadi kan kan..
i tak bagi tahu apa kenama nasi tu..
i cuma tanya...

"Bau apa?? cuba teka??"
:D
"Bau harum! macam bau oren? ehh.. lemon?"
:D
i jawab.... 
"Itulah.. Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah"

Wahh.. konon! muahhahahaa :))


hidangan lengkap yang cukup sesuai di hidangkan buat keluarga.. juga untuk majlis keramaian.. tak giteeww?? ya giteewww... ;)

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Selamat menjamu selera kawan-kawan.. :)


AlolOoooooolooo Teera asyik tido aje...
musim panaslah katakan.. aktiviti berlari sana-sini sangat terhad!
membute aje ler kerjanya.. :D tak pe.. tak pe :))

Nasi Ayam Citrus

Terbaru Dan Terkini Dari Dapur Sajian Istimewa Shahriah Abdullah



Insyallah... panjang umur.. bertemu lagi kita di alam maya ini ya.. :)

Jangan lupa cuba tau!

TATA!

9 comments:

rahel said...

Terbaik punya nasi ayam..tentu tak cepat muak makan sebab ada acar...dan yang pastinya enak banget...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Tq so much Rahel cayangg.. gue tahu lho memang suka bab2 nasi bertumis ni hehee... memang tak muak serius ni.. nanti cuba guna lho punya nasi yang panjang sejengkal tu ya.. muahzz

Amie said...

SHA....tak sanggup tengok peha ayam yang cantik montok bergolek tu...adeh deehhhh enaknya makan walaupun belum pernah rasa tapi dah terasa-rasa enaknya!!!!

gerhana luka said...

menggodanya nasi ayam sitrus tu... dah lama tak masak ayam masak merah pasni nak buat macam Kak Sha punya resepi tu sedapnya dah terbayang-bayang ni ermmm..

Zurina Hj.Zainal said...

aduh kak....lapar la plak tgk masakan akak....nk buat gak lahhhh....

Delima Zamrud said...

wahhhh hebat2 rase cam nk kunyah je monitor nie hehheheh lapoooo mau sepinggan pun jadik ler...

eiramalik said...

Sedapnya Kak Sha...keliur tgk ayam tu...dah terasa lemonnya bila makan...

Nieza said...

memang mengoda betul la nasi ayam citrus kak sha ni...harus dicuba ni nanti. tq sharing kak sha cyng yer:)

Amelia said...

Hi my dearest, wow... ini sedapppp best, nasi ayam special khas dari dapur you. I nak tambah second helping, hehehehe lepas makan baru diet!!!

Have a nice day, regards.

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ