ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Tuesday, February 19, 2013

Goreng Pisang Rangup.. Mood Masih Ke Parit :)


Assalammualaikum! Cak! Cak!
Hampir seminggu tak update blogs.. lebih rasanya :D

Dan mood mengupdate blogs masih lagi ke parit! nak mengumpul semangat edit gambar dan masukkan dalam blogs masih suam-suam kuku... ;))

Nak tahu kenapa???


Seminggu lebih riuh-rendah rumah di buatnya..

4 kekanak lelaki + 2 kekanak gegirl...

bayangkan macam mana punya riuh rembak jadinya.. kalau rumah berlantaikan papan rasanya dah lama runtuh di kerjakan dek kekanak riang di atas tu... :D

Penghabisannya bila semua dah pulang kepangkuan mak & ayah memasing...

tinggallah i terkonteng-konteng dan termanggu-manggu.. di rumah..

tak tahu nak buat apa! i tengok dinding.. dinding tengok i! muahahaa...


duk kat dalam opis pun tak ada mood.. selalunya bilik opis i di penuhi kekanak riang di atas tu hah!

i biorkan aje.. asalkan terkawal... jangan ber wrestling sesama sendiri :D

tu pun tak bagi main wrestling.. dia orang main wrestling tangan! muahaha.. gasak ler semua dah berlalu..

dah sunyi sepi.. macam bodoh pun ada ni hah! Ohh! bengong... :D

maka dengan itu demi mengais mood mengupdate blogs.. yang jap ada jap tak ada ni... i share dulu resipi simple foreva... macam biasalah dapur maya i memang sentiasa menyajikan hidangan yang ringkas dan mudah di cuba.. yang penting suci, halal lagi enak.. cecewahh...

resipi yang cukup mudah.. enak di makan begitu sahaja.. tetapi biasa menggegarkan iman bagi mereka yang sedang berdiet... *macam i laa.. hancuss diet i seminggu!* ;))

Goreng Pisang Rangup


BAHAN-BAHANNYA :

2 cawan tepung  gandum
4 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar gula pasir
4 sudu besar minyak panas *minyak masak benar-benar panas*
air secukupnya

10 biji pisang nipah *potong 3*
minyak masak secukupnya

CARA :

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Campurkan tepung gandum, garam dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan minyak panas dan kacau sebati.
  4. Masukkan kelapa dan air secukupnya sehingga menjadi batter yang separa pekat. 
  5. Celupkan pisang nipah ke dalam batter dan goreng sehingga keperangan atau garing.
  6. Angkat dan hidangkan bersama kuah kicap!     

 TARRAA!!!

Goreng Pisang Rangup



Yang simple tu lah yang sedap!

mata tak sempat berkelip dah licin!!!

Selamat mencuba!!

 
 Sekian dulu..

Jumpa nanti.. Assalammualaikum..

TATA!!

5 comments:

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..emmmm buat minum petang ni memang best gilerrrrrr

Shahriah Abdullah Novelis said...

Waalaikumsalam Sue :) Jom! makan sama2 :)

KakAsma said...

orang johor kalau makan goreng pisang takde sambal kicap tak sah makan.kat rembau bila akak tanya takde sambal kicap ke kak diarang kata apa tau rugi kalau tambah sambal tu..ada ker patut.
tapi serious nak cakap mmg nampak rangup gitu pisang goreng nyer..simpan resipi yer ..muah..muah...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh kecur air liur tgk pisang grg dgn sambal kicap tu... mmg terbaiklah!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Nak join Sue and the rest...jamah pisang goreng yang menggoda ni bersama teh tarik kaw kaw! Boleh lupa dunia!!! Hehehe...

Sihat dear?

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ