ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Friday, February 18, 2011

BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

SYukur Alhamdulillah... bertemu lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Bersyukur juga kerana dengan limpah dan rahmat DARI YANG MAHA ESA.. dapat lagi i share dengan you all semua, teman-teman yang setia menjengah blogs kesayangan i ini ekk.. Shasha sayang kamu juga, terima kasih bebanyak... hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... Hari ini anak kesayangan yang no 2 tu demam, so buat ler nasi bubur atau ada yang panggil nasi air. I memang ler suka sesangat makan nasi bubur ni ekk.. tapi tak suka makan di luar, sebab dan musababnya... kalau semangkuk nasi bubur tu memang ler cukup ehhh.. ehh.. lauk-pauknya alahaii... memang menitis air mata kalau demam ekk.. sikit bebenau... masak sendiri lagi berbaloi... nak makan apa, tambah apa, ikut selera tekak yer tak... pastu boleh makan berulang-ulang, kalau dah makan berulang-ulang kali tu maknanya demam dan baik ler tu! hehe....

JOM!!! SALIN RESIPE!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2) 

Kita mulakan dengan BUBUR NASI :
 Bahan-bahannya :
  • 2 pot beras ~ rendam selama 1/2 jam dan cuci bersih. Masak bersama 6 mangkuk air menggunakan sukatan beras yang sama. jika kurang tambah airnya lagi.
  • 1 helai daun pandan campurkan ke dalam beras sehingga tanak
  • bubuh garam jika suka i tak suka so i tak bubuh ekkk
  • sentiasa di kacau. setelah tanak hidangkan panas-panas!
 
 TELUR MASIN :
  • 5 biji telur masin ~ cuci bersih
  • didihkan air dan masukkan telur masin
  • rebus selama 8-10 minit
  • angkat dan rendam dengan air sejuk
  • belah dua dan hidangkan!
 IKAN BILIS GORENG BAWANG :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan
IKAN BILIS GORENG KICAP :
Bahan-bahannya :
  • 300gm ikan bilis ~ cuci bersih dan toskan
  • 5 ulas bawang putih ~ hiris kasar
  • 1 biji bawang merah/kuning ~ hiris kasar
  • 7 biji cili padi ~ buang tangkai
  • 4 batang lada hijau ~ hiris kasar
  • 1 inci halia ~ hiris
  • 6 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar cuka masakan
Cara memasak :
  • Panaskan minyak. goreng dahulu ikan bilis sehingga garing baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan lada hijau
  • masak sehingga bahan-bahan layu
  • masukkan kicap dan cuka sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
SAMBAL UDANG KERING :
 
 Bahan-bahannya :
  • 300gm udang kering ~ cuci bersih dan rendam bersama air panas mendidih selama 5 minit. toskan
  • 2 batang lada merah
Cara menyediakannya :
  • Tumbukkan lada merah dan udang kering sehingga lumat
  • campurkan sedikit gula
  • sedia di hidang!
 SAWI GORENG SOS TIRAM :

 Bahan-bahannya :
  • 5 ulas bawang putih ~ dadu
  • 1/2 biji bawang merah ~ dadu
  • 1 peket baby sawi ~ cuci bersih dan toskan
  • 4 sudu besar sos tiram
  • sedikit minyak bijan
  • 3 biji tomato ceri ~ belah dua
Cara Memasak :
  • Panaskan minyak sedikit di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan bawang sehingga naik bau
  • masukkan buah tomato dan sayur sawi
  • masukkan sos tiram dan kacau rata
  • sesuaikan rasa dan renjiskan dengan minyak bijan
  • angkat dan hidangkan!
SUP AYAM REBUS :

Bahan-bahannya : KISAR KESEMUANYA

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
Bahan-bahan lain :
  • 4 keping tulang ayam potong kecil
  • 3 biji kentang ~ kerat 4
  • 1 batang karot ~ potong kecil
  • daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara memasak :
  • campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan renehkan sehingga tulang ayam empuk, kentang empuk dan sesuaikan rasa
  • angkat dan hidangkan!
TENGGG!!! TARRRAAA!!!
BUBUR NASI AND THE GANGS (VERSI 2)

 Nampak leceh... tapi mudah YoUuu....
SELAMAT MENCUBA!!!
TATA!!!

Pstt.... saya baru update blogs yang satu lagi tu... tekan sini >> AKTIVITI PRINCESS NELLYSHA CUTI RAYA CINA!


No comments:

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ